Post Terbaharu :

Sunday, July 20, 2014

'I Love You'

Bismillahirrahmanirrahim,
Entahlah, tiba-tiba tadi saya terbuka satu blog ni. Dia screen capture seluruh mesej PM FB dia dengan seseorang lelaki yang pernah mengajaknya untuk bercinta. Hidupnya penuh rasa berdosa. 
Akhirnya, ke dakapan Allah jualah tempat dia merintih. Kerana, lelaki itu cumalah beromong kosong. Tak mampu melaksanakan 'janji-janji'nya. Kononnya, dirinya hanyalah untukmu.

Ye,
Sesiapa saja boleh ucapkan 'I Love You', 'Saya Sayang Awak',
It's just a word my dear.
Yang penting adalah hati. 

Kalau kau cintakan Tuhan sekali pun, 
belum tentu dapat membuktikan yang kau sememangnya mencintai agamaNya.

Sebab 'I Love You' itu cuma perkataan. 

Kau percaya dengan lelaki yang berkata sebegitu? 
Kau cair kerana perkataan itu?


Kadang-kadang saya memang benci lelaki. Hanya kerana cinta, mengubah dirinya dan orang dicintainya 360 degree bagai nak rak! Itulah cinta bodoh.

Semoga dijauhkan.

Saturday, July 19, 2014

Hipokrasi

Bismillahirrahmanirrahim,

Aku rasa semua benda dalam dunia ini hipokrit.
Bermula pada diri sendiri, kekeluargaan, persahabatan, masyarakat, organisasi, birokrasi, politik, media, hiburan dan semuanya!
Semuanya hipokrit!
Tidak berpaksi pada realiti. 
Malah takut sandarkan pada realiti sebenar.
Kenapa? Menjaga kebaikan untuk diri sendiri?
Bacul.

-Tak tahu kenapa aku sangat marah hari ini. Kurang pahala puasa aku. Dan aku tak tahu kenapa aku tulis ini.-
:'(

Tuesday, July 15, 2014

Senyum Santai: Kisah Lucu Ketika Sahur

Bismillahirrahmanirrahim,
Saya masih lagi terkenang satu kisah ketika di bulan puasa sewaktu zaman Asasi di UIA PJ,  kira-kira empat tahun lalu iaitu pada tahun 2010. Ketika itu, saya masih lagi baru semester pertama semasa di alam kampus. Pada tahun tersebut, kami berpuasa ketika belajar.

Bila teringat kisah ini, saya tersenyum. Rindu dengan sahabat-sahabat Asasi dan ada satu nilai yang bermakna buat saya. Ianya satu kejadian...Entah,kisah ni lucu atau tidak.

Dedikasi bersama roomate Asasi: Mus,Ija dan Nada.

Alkisahnya...

============================================
Seperti biasa, sebelum masuk subuh, saya dan roomate yang lain akan bersahur bersama. Paling tidak makan kurma dan minum air. Biasanya selepas sahur kami tak tidur. Kami akan tidur selepas solat subuh. 
Kadang-kadang, saya solat subuh di musolla sebab nak elakkan nampak katil. Waktu tu, saya memang jarang tidur selepas subuh. Biasanya selepas subuh saya akan terus belajar di waktu pagi. Rajinnya masa tu...Sekarang? Hampeh.

Cuma ada satu hari tu...malam sebelum kejadian itu berlaku...
Roomate saya yang kecil molek Si Nada, dia berbuka puasa bersama kawan-kawan coursemate di luar. Dia menelefon kami se-roomate samada nak kirim dia makanan atau tak. Kami kirim dia belikan KFC Snack Plate. Kami mengidam dan bolehlah dijadikan sebagai sahur. Almaklumlah, zaman asasi bukan selalu boleh pergi outing. Itupun cuma boleh keluar sewaktu hujung minggu dan pasar malam setiap hari selasa petang. 

Si Nada balik ke bilik agak lewat. Kami tertunggu-tunggu dia pulang. Malam itu saya tidur agak awal. Tak silap pada pukul 10.30 malam. Entah kenapa tidur awal malam itu. Penat agaknya. Alhamdulillah..nyenyak tidur malam tu.

=========================================
Kemudiannya, saya terjaga dari tidur untuk bersahur. Setiap hari, biasanya si Nada akan kejutkan kami untuk bangun sahur. Si Mus dan Nada boleh dikatakan setiap kali waktu sahur akan banyak bercakap. Ini bagus untuk kami supaya sentiasa segar. 

Pagi itu, saya terjaga sendiri. Saya terdengar si Nada dan Mus sedang berbual-bual rancak di meja belajar sambil makan KFC. Oh! Sudah waktu sahur rupanya. Lampu bilik pun sudah dibuka. Saya terus ke tandas untuk segarkan diri dan menyempatkan diri untuk bersahur. Mereka makan di meja sementara saya makan di halaman ruang tengah bilik. Si Ija rasanya masih lagi tidur masa tu. 

Sahur makan KFC! Sudah tentu rasa mewah. Saya terus baca doa panjang-panjang. Agak bersungguh-sungguh saya baca doa masa tu. Yang saya tahu, doa kita berkat masa nak sahur dan berbuka. Lagi-lagi nak makan KFC. Huuhuhuhu. 

Sakan betul saya bersahur pagi itu. Selepas habis makan, saya terus berwuduk. Bersiap-siap untuk solat subuh. Sementara menunggu waktu subuh tiba, saya duduk sebentar di meja belajar. Ingatkan nak baca Quran dulu sekejap. 
Saya terlihat jam di atas meja. Eh? Rosak ke jam ni? Jarum jam menunjukkan 1.30pagi. Kemudian saya bertanya kepada mereka. 

"Mus, Nada. Sebenarnya sekarang ni tengah pukul berapa?"

Balas si Nada, "Laa...Ly, tengah pukul 1.30 lah"
"Hah????????????????" Terkejut beruk dibuatnya masa tu.

Mus menyapa, "Itulah...kitaorang pelik betul tengok Lily lama giler baca doa nak makan"

Hahahaha. Kami tertawa. Seriusly, saya bermati-matian ingat masa tu memang waktu sahur dalam sekitar pukul 5 pagi. Tambah lagi si Mus dan Nada belum tidur, mereka rancak berbual seperti kebiasaan waktu sahur.

Kisah ini memang membuatkan saya tersenyum setiap kali datangnya bulan Ramadan. Kisah ini jugalah mengingatkan saya supaya sentiasa menjaga masa, memperbanyakkan doa dan menjaga kualiti puasa tersebut. Sebabnya apa yang saya rasakan hari ini. Musim puasa semakin rasa tercabar. Selepas sahur,kerap rasa mengantuk lalu tertidur membuncitkan perut. Bila berbuka dan bersahur, lebih melayan nafsu makan daripada mencari berkat doa. 

Bulan puasa, bulan memperbaiki diri.
Salam Ramadan ke 17.
:-D 
Dedikasi buat: Ija,Mus & Nada <3




  

Saturday, July 12, 2014

Lain

Bismillahirrahmanirrahim,
Saje godek-godek gambar dalam hard-disk. Tiba-tiba terbandingkan satu gambar ni.

[CORETAN]
Anjakan  3tahun yang berbeza. Aku tak tahu apa yang berbeza itu.
Gambar ni diambil waktu sem lepas dengan masa IPTIM waktu asasi.
Aku rasa lain. Kawanku, Shifa pun aku rasa lain. Huhu
Aku rasa dua-dua pun lain.

Tahun 2011 aku rasa zaman paling obes.
Tahun 2013 aku berjaya hilangkan banyak berat badan.
Sebenarnya tahun 2014 aku dah mula naik berat. Shifa pun kata berat dia naik.
Kawan-kawanku yang lain pun aku tengok semuanya naik berat.
Mungkinkah bahagia? Atau mungkin faktor umur? Semakin lama semakin naik.

Aku perlu berbuat sesuatu. Bermula sekarang.


Thursday, July 10, 2014

Bentuk Sumbangan Terhadap Palestin

Bismillahirrahmanirrahim,
Berderet berita tentang isu serangan di Palestin pada minggu ini.

Jika kita 'tidak mampu' 'berbuat apa-apa', antara bentuk sumbangan yang boleh kita laksanakan untuk saudara kita di Palestin ialah:
1. Berdoa dan baca doa Qunut Nazilah.
2. Sumbangkan derma ke dalam akaun badan-badan Palestin seperti Aqsa Syarif, Aman Palestin dan sebagainya.
3. Boikot barangan Israel. Jika rasa susah/tidak boleh, kurangkan pembeliannya.
4. Stop seketika berhuha-huha, selfie dan seangkatannya tanda solidariti kita.
5. Sampaikan berita pada orang sekeliling. Tidak semestinya perlu bersajak dan bermadah.
6. Sedar, daripada tak peduli langsung.

===================================================
Tabung Kecemasan Aqsa Syarif:
AQSA SYARIF BERHAD
Maybank : 551575 004299
Bank Islam : 1209 20100 34904

Tabung Derma Aman Palestin 
Maybank:562263010787
CIMB: 8600460353

Sumbangan via SMS
Taip PALESTIN 10/5/3/1 to 39111.

Tuesday, June 24, 2014

Pengalaman Bekerja Sebagai Event Crew

Bismillahirrahmanirrahim,
Kali ini saya ingin kongsikan sedikit pengalaman saya yang lepas bekerja sebagai salah seorang krew dalam event besar. Masa tu saya baru semester ke 2 di tahun pertama. 

Selepas habis exam, saya ada program baktisiswa di Langkawi. Biasalah kalau dah penghujung exam, semestinya duit pun sudah pokai. Lagi-lagi nak pergi Langkawi,  semestinya macam-macam nak beli di sana. Jadi, sementara ada dalam 4 hari cuti sebelum bertolak, saya cuba cari kerja sambilan untuk tampung perbelanjaan saya di sana nanti. Tak naklah susahkan mak ayah. 

Saya membelek-belek laman Mudah.my, di situ ada nyatakan satu syarikat mencari crew event bagi Pameran Pengantin Malaysia 2013 di PICC, Putrajaya selama 3 hari. Waktu bekerja adalah dari 9pagi hingga 10malam. Satu jam dibayar RM5. Cantik, ok lah tu kan. Biasanya saya kerja satu jam cuma boleh dapat RM3. Lokasinya pun dekat dengan rumah ayah di Putrajaya. 

Saya pun apply kerja ni, sambil menyiapkan resume. Sebenarnya ini boleh dikatakan kali pertama saya terlibat dengan event luar. Biasanya dalam universiti sahaja. Saya datang ke HQ dia di Sri Gombak. Masa ni saya keseorangan. Tak taulah, kenapa zaman ini saya terlalu berani dan berkobar-kobar menyertai apa-apa program bersendirian tanpa mengharapkan orang sekeliling. Prinsip saya, 'Tiada peluang kedua selepas ini'.

========================================================================
Di hari event, seawal 8 pagi saya berada di PICC. Hari pertama ayah tolong hantarkan. Hari yang seterusnya saya berjalan kaki sebab ayah balik Johor. Masa ni pertama kali jejak ke PICC. Kelihatan di situ terlalu ramai orang. Rupa-rupanya ada konvo Maktab Perguruan sedang berlangsung. Saya masuk ke dewan pameran. 
Perjalanan jalan kaki dari rumah yang berwarna oren tu hingga ke bukit PICC.
Mengambil  masa dalam 30minit. Ya Allah, memenatkan. Bertambah slim lepas ni. Terharu.
Sarapan pagi. Sambil melihar suasana di Putrajaya dari puncak PICC.
Ooo, saya sangkakan pameran pengantin ini para pengantin akan memperagakan pakaian atau aksesori, rupa-rupanya banyak booth-booth vendor yang menydiakan servis berkaitan perkahwinan. Tak kurang juga ada banyak aktiviti-aktiviti lain seperti talk ilmiah. Wah, esklusif-nya melihat apa yang ada di situ. Set-set perkahwinan nampak berprestij dan mahal. Serba banyak bolehlah buat anggaran bajet perkahwinan nanti.
Di sini, saya berkenalan dengan pelajar-pelajar UITM Puncak Alam yang juga crew-crew event macam saya. Mereka sangat kelakar, mesra dan tak sombong. Mereka segan katanya disebabkan saya dari UIAM. Mereka tak fikir saya lagi segan dengan mereka sebabnya mereka lebih luas view nya dan nampak lebih proaktif. Kami bekerja dan makan bersama-sama.

Makan di cafe PICC. Kue teow goreng+brocolli.
RM8. Punyalah mahal. 
========================================================================
Skop kerja dalam event ini, kami ditugaskan dibahagian pendaftaran, pintu masuk dan pintu keluar. Saya ditugaskan di pintu masuk utama. Tugas saya tolong bantu usher para hadirin dan juga menjual goodies bag. Part menjual inilah paling tak tahan. Tapi, siapa yang dapat jual banyak akan dapat komisen lebih.  Kerja ni lebih kurang menjadi sebagai sales promoter lah jugak. Apa yang memenatkan, penat nak 'mengayat' orang ramai supaya beli bag tersebut. Ada yang mudah dilayan, ada juga yang mengutuk kami ambil kesempatan menjual beg lah bagai. Kerja ini agak mencabar. 
Inilah beg yang kena jual tu.
Susun beg dulu dan tunggu orang ramai datang.
Kalau keadaan sudah lapang, kami boleh berehat sebentar. Saya masuk ke dalam dewan melihat suasana. Boleh merasa makanan daripada syarikat catering. Memang agak happening. Seronok. Macam nak kahwin. 
Nasi pandan. First time dengar dan merasa.
Memang sedap. Baunya harum.
Dalam event ini  juga saya berpeluang melihat seleberti-seleberti depan mata seperti Heliza Helmi, Corrie Lee,Hilal Asyraf dan lain-lain. Kelihatan mereka nampak begitu bersederhana. Yang saya sebak melihat Hilal Asyraf, biasanya saya tengok orang yang popular akan diselubungi orang ramai, wartawan dan jurugambar. Tapi saya lihat dia berjalan keseeorangan sambil terincut-incut kaki sedikit. Sungguh hidupnya bersederhana. Alhamdulillah, apa-apapun  pengalaman ini amat bermakna selain dapat ilmu baru dan $$.


Self reflection. Boring pergi ke tandas. Tandas PICC xde paip. Menyusahkan.
Masa ni dah kurus sikit. Lily yang dulu bukanlah Lily yang sekarang.
Dulu rasanya lebih better. Ada keberanian. Ada prinsip yang kuat.
Tak taulah apa dah jadi sekarang. :'(
Hope boleh kembali jadi yang lebih baik.

Yeay, dapat sign dan kata-kata daripada Hilal Asyraf.

Kalau berminat nak join event-event seperti ini selepas ini, boleh layari www.urbanvibe.com.my
Biasanya mereka perlukan crew. Ambilah peluang ini.