Post Terbaharu :

Sunday, August 3, 2014

For You...Wanita

Bismillahirrahmanirrahim,

Daripada Ukhti Rabiatul Faazra

Baruuu tadi baca dengan ibu.
Perempuan kalau solat cukup 5 waktu, berpuasa, jaga kehormatan dan taat suami, maka masuklah ke dalam mana-mana pintu syurga yang dimahukan.
Suka sangat kalau kita sebagai muslimah boleh ambil ini jadi sebagai pesanan dan peringatan.
Kalau ada rasa mahu menggatal, menggatallah dengan melakukan persiapan untuk menjadi seorang wanita yang siap solehah buat seorang suami kelak.
Itu baru menggatal dengan cara yang betul.
Kerana perkahwinan bukan hanya tertuju untuk melayari cinta cuma.
Alangkah indah andai kita memahami bahawa perkahwinan itu membuka ruang dakwah yang lebih besar.
Mahu jadi seorang muslimah, tiada cukup berselfie bersama tudung labuh dan niqab sahaja, sayang.
Lihatlah, mahu besarkan kanak-kanak era moden kini bukan sama macam dulu.
Bukan senang.
Mahu besarkan anak-anak, perlukan seorang muslimah yang penuh ilmunya. Yang bijak mengerti rentak isi hati dan jiwa si kecil. Yang cukup cinta dan luahan kasih sayangnya.
Mahu menjadi seorang isteri. Yang tunduk taat dengan kesetiaan dan cinta. Yang bijak menjaga kehormatan dirinya. Yang cukup memberi sepenuh perhatian dan pengertian.
Muslimah.
Dirimu tiada cukup dengan ilmu di kuliah cuma.
Belajarlah ilmu rumahtangga.
Belajarlah psikologi dalam menangani kanak-kanak.
Belajarlah ilmu-ilmu kehidupan.
Belajarlah menjadi seorang muslimah.
Yang diamnya bisa menggegar dunia.
Yang lembutnya bisa membangun membentuk jiwa-jiwa mujahid kecil.
Didiklah diri menjadi muslimah acuan agama.
Bercakap.dengan.diri.sendiri.
Note.to.future.myself.

Friday, August 1, 2014

Penyeksaan Berakhir

Bismillahirrahmanirrahim,
28 & 29 Mac 2014 adalah tarikh kakak yang sulung berkahwin. Pada masa itu saya ditugaskan untuk mengambil gambar pada keseluruhan hari. Kakak yang melantik saya. 
Kalau ambil jurugambar luar, memang agak mahal. Bajet diperlukan sekitar 2-3k juga. Tapi saya cuma minta dalam RM300. Itupun saya fikir sudah mewah. Lagipun, tak sampai hati  nak cekik darah kakak sendiri. Huhuhu.
================

Hari ini 1 Ogos 2014,  baharulah gambar-gambar tersebut disiapkan dan dimasukkan ke dalam album.  Fuhhh. Alhamdulillah....
Kira-kira hampir 4 bulan saya ambil masa untuk menyiapkan album tersebut.

4bulan??? Lama tu. 
Bukan ke sepatutnya lepas kahwin tu gambar-gambar tersebut kena siap?

Pertama-pertamanya, saya memohon maaf terutama kepada pihak pengantin dan juga ahli keluarga yang 'tertunggu-tunggu' album tersebut. Tak dinafikan memang agak sukar dan mencabar buat kerja sambil belajar. Tambah lagi masa tu saya dikekangi peperiksaan pertengehan semester. Susah nak bahagikan masa. Serabut kepala dibuatnya. 

================

Tiba-tiba saya ada perasan artikel dalam satu website ni (izwanyusof.com). Senior UIA. Memang dia pun kata proses untuk menyiapkan album perkahwinan ambil masa 2-3 bulan. Yup, betul. Memang take a lot of time. 

Proses editing agak sukar terutamanya nak pilih gambar yang betul-betul berkualiti, pose terbaik dan sebagainya. Ada gambar pengantin dah ok, tapi keadaan sekeliling pulak k.o. Ada part pengantin tertutup mata lah. Ada macam-macam lagi kerunsingan. Kemudian kita nak kena balance kan warna dan terang gelap gambar lagi. Dan kita juga kena pilih gambar yang betul-betul sesuai untuk tatapan ramai.

Setakat ini, saya menggunakan 4 jenis software untuk edit gambar, iaitu Picasa, Photoscape, Adobe Photoshop dan Adobe Lightroom. Mula-mula edit guna picasa. Bila tengok semula, gambar macam tak lawa. Last-last saya paksa diri guna lightroom, barulah dapat gambar yang terbaik. Patutlah take time.


Part paling saya sakit hati, bila kita nak cuci gambar, kedai printing gambar buat gambar tu terlampau pekat, crop sembarangan, gambar kekuningan. Sememangnya lain daripada apa yang kita telah buat semasa proses editing!
Sesi menyusun gambar ke dalam album.
Part last kita kena susun gambar-gambar tersebut dalam album mengikut susunan yang terbaik. Kemudian barulah ditunjukan kepada pengantin. 

================

Dasyat juga buat kerja fotografi perkahwinan ni. Patutlah kebanyakan jurugambar perkahwinan cas harga pakej sampai beribu-ribu ringgit. Saya fikir mereka suka ambil kesempatan dan cekik darah padahal just shoot, snap and print. Rupa-rupanya tidak semudah itu. Perlukan skill, masa dan tenaga. 

Paling penting, seseorang yang ingin memulakan kerja sampingan sebagai jurugambar perkawhinan perlu ada kemahiran dan digalakkan timba pengalaman dulu dengan jurugambar perkahwinan yang pro. Mungkin saya kurang pengalaman.

Mungkin ini kali terakhir saya ambil gambar orang kahwin. :'(
Akhirnya, 'penyeksaan' ini berakhir.
Tinggal kenangan.





















Wednesday, July 30, 2014

Batman & Lagu Sumber Motivasi

Bismillahirrahmanirrahim,
Tak lama lagi akan masuk bulan Ogos. Kalau ikut perancangan, saya perlu menyiapkan kerja Projek Multimedia untuk cikgu sekolah sebelum akhir bulan tersebut. Maknanya ada lebih kurang 3-4 minggu sahaja lagi. 

Peringkat Deisgn. Tak siap pun lagi.
Buat suatu sistem multimdia menggunakan aplikasi Flash memanglah agak sukar. Kena sarat dengan idea kreatif dan banyak berimanginasi untuk tampilkan kelainan supaya nampak lebih menarik. Macam biasa, kalau kita buat projek mesti akan ada rasa down dan hilang mood dan motivasi. 
===============================

Semalam saya sempatlah tengok 2 cerita batman; The Dark Knight & The Dark Knight Rises. Bagi saya, filem-filem Batman memang menusuk kalbu dan boleh menaikkan semangat seseorang. Lagi-lagi dengar lagu latarnya yang diadun oleh Hanz Zimmer. Memang meremang. 

Biasanya, kalau saya rasa down, saya akan buka lagu di youtube. Saya akan buka lagu OST The Dark Knight Rises. Lagu yang paling saya suka 'Why Do We Fall?'

Saya sempat ambil quote daripada filem Batman Begins. Quote yang saya suka ialah semasa babak Bruce Wayne terjatuh dalam perigi. Kemudian bapa dia bertanya, "Bruce, kenapa kita terjatuh?". 

Manakala dalam filem The Dark Knight Rises, saya suka babak Bruce cuba lepaskan diri dari lombong sambil berlatarkan bunyi lagu Why Do We Fall. Seorang doktor yang berada di situ juga mengingatkan Bruce, "apa yang kita perlukan adalah kekuatan dalaman bukan kekuatan fizikal". 

Filem-filem hollywood ni walaupun macam dongeng, tapi sarat dengan nilai. Cubalah bandingkan filem melayu.

 

==============================

Pada setiap semester, saya akan ada 2-3 projek subjek yang perlu dibuat. Ada yang senang dan ada yang susah. Kena cari idea dan solusi. Waktu tengah buat, mesti ada rasa stress, takut, sedih, kecewa dan down. Nak menghadap groumate yang tak komited lagi payah. Kadang-kadang tu terpaksalah buat kerja keseorangan.

Saya teringat 2 sem kebelakangan ni. Sewaktu kena menyiapkan projek Web Programming 1 dan Projek Game Multimedia. Saya akan menangis keseorangan. Sebab projek-projek itu agak sukar. Tambah lagi groupmate cuma ada 2 orang sahaja termasuk saya. Kena belajar independent. Bila stress saya akan buka lagu Why Do We Fall ni. 

Saya juga akan buka kompilasi lagu motivasi di Youtube. Kebanyakan semua lagu OST filem.

Tak kurang dari itu, saya akan buka lagu-lagu Zikir Ustaz Zulkarnain. Memang membangkitkan semangat. Dan...boleh buatkan kita menangis. Mengingatkan kita supaya sentiasa bertawakal pada Tuhan. Pernah satu hari tu saya diminta design poster. Seriusly memang saya takde idea langsung pada masa tu. Bila bukak lagu zikir ustaz ni, entah tiba-tiba bertubi-tubi idea datang. Huhuhu.

Selain itu, digalakkan buka alunan bacaan Quran. Saya suka dengar bacaan qari Mishary Rashid Al Afasy. Memang sedap. Biasanya juga, saya akan buka Surah Luqman bacaan (tak ingat). Tapi alunan dia memang sangat merdu.  InshAllah, kalau kita dengar ayat-ayat Quran ini, dapat aliran-aliran positif. Plus dapat pahala.

Lagu macam lagu Melayu, saya akan buka lagu-lagu KRU, Gemuruh-Faizal Tahir, Berdiri-Suki. Yang lain-lain tak berapa minat.
Projek Game Multimedia, Semester 4.
==============================

Saya fikir saya ini lemah. Saya tak pandai.
Allah tidak akan sekali-kali menguji hambaNya diluar kemampuan.
Walauapapun,
Alhamdulillah, projek-projek tersebut sudah pun berakhir dengan jayanya.

Bila kita stress, kita akan memaksa diri kita terus berusaha.
Kurangkan sandaran pada orang lain. Buktikan yang kita ini boleh.
Apa yang saya dapat sepanjang buat projek-projek tersebut,
'Sebenarnya, lemah itulah sumber kekuatan'.


Kahwin Dalam Masa Terdekat?

[CORETAN SENYAP-SENYAP]

Bismillahirahmanirrahim,

Kalau ada orang yang ada niat/ hajat yang baik untuk jadikan kita sebagai pasangan hidup, itu sudah menjadi khabar yang indah buat kita. Yelah, nak mendirikan baitul muslim adalah tuntutan yang baik daripada duk ber-couple-mouple kat luar sana tu, ber-sms, ber-chatting bagai yang menambah saham dosa, lebih baik diikatkan dengan ikatan yang sah.
Tapi...lain pula jadinya. Aku cukup risau sekarang ini. Mak dengan ayah sudah mula bercerita tentang seseorang yang mungkin akan dijodohkan dengan ku. Mereka sangat berkenan dengan dia. Hampir seminggu aku terus murungkan diri. Aku tak tahu kenapa. Bila soal ini dibangkitkan, aku akan 'mengamuk' secara tiba-tiba dan mendiamkan diri. Mungkin rimas. Mungkin sebab aku lebih pandang orang lain. Mungkin juga aku lebih prefer mamak.

Entah. Buat masa ni aku terpaksa block ramai orang, deactivate FB,  off phone, off wassap dan line. Aku tak mahu  berhubung dengan sape2 sangat. 

Kalau memang sudah tibanya giliranku, mungkin aku boleh pertimbangkan. Masalahnya aku ada 2 orang lagi kakak yang belum berkahwin walaupun keluargaku jenis tak kisah 'langkah bendul'. Tambah lagi, aku masih tengah belajar. 

                                   ===================================
Sejak dulu lagi, aku memang ada impian nak kahwin di usia muda. Tambah lagi aku belajar di UIA. Dah memang environment-nya ramai yang kahwin muda. Ex-roomate dan classmate aku pun dah sampai beranak-pinak. Pergi kelas pun sampai bawak baby. Tapi aku tak nak lah kahwin dengan ada niat sebab UIA atau sebab trend yang duk orang upload gambar-gambar kahwin kat Facebook tu. Pernah aku coretkan dalam entri sebelum ini (klik sini) & (klik sini).

Masa tu kalau aku sudah bernikah awal-awal, aku rasa ok sikit kot. Sebabnya masa tu aku masih lagi ada motivasi dan pegangan hidup yang agak kuat. Dan waktu itu juga memang aku 'sudah bersedia' nak bernikah. Tapi nak buat macamana? Jodoh dan perancangan semua tu semuanya Allah tentukan.

===================================
Selepas aku buat research, baca dan berbual-bual dengan orang sudah berkahwin, barulah aku tahu perkahwinan itu bukanlah semudah yang disangka. Baik semasa sebelum, semasa dan selepas. Lagi-lagi kronolgi perkahwinan melayu tu complicated.  Aku yang jadi fobia. Tengok kakak aku yang sulung berkahwin baru-baru ni pun aku rasa macam payah.

Kalau kita nak kahwin ni, kenalah 'kahwin' dengan family dia sekali. Faham? Dah bersedia? Ada orang pandai bercinta dengan anak dara orang, tapi bila nak jumpa family perempuan tu terus malu dan penakut. Faktor ekonomi pun kena kukuh. Kemahiran berkeluarga, keibubapaan, kemahiran diri pun kenalah asah kaw-kaw. Macam cerita Sebenarnya Saya Isteri Dia Raya baru-baru ni, pandai je buat anak, tapi tak pandai jaga anak. (menyampah drama melayu)

Yang paling penting, ilmu dan agama tu kena mantap weh. Aku rasa bab-bab agama pun aku semakin berkurang. Entah...terpengaruh dengan keadaan sekeliling mungkin. Aku kenalah kerah diri ni ditetapkan hati.
                                           
“Seorang wanita itu dinikahi kerana empat; kerana hartanya, kerana keturunannya, kerana kecantikkannya dan kerana agamanya. Maka hendaklah kamu mengutamakan yang beragama, nescaya kamu berbahagia.” 
- Imam Bukhari dan Imam Muslim-

                                       ===================================
No...no...
Aku tak boleh fikir tentang ini buat masa ini.
Aku masih nak mendalami ilmu agama.
Aku masih nak asah kemahiran diri.
Aku masih nak balas jasa mak ayah.
Aku masih nak habiskan belajar.
Aku masih nak dapat kerja dulu.
Aku masih nak main game-game yang core.
Aku masih terguling-guling atas tilam.
Aku masih nak bersama-sama dengan kakak-kakakku.

Yup. Semua di atas ini semua yang aku nak buat masa bujang. Ada yang bermanfaat dan ada yang lagha. Tapi tulah...aku ni manusia lemah dan aku kenalah ingat yang: "Tanggunjawab itu lebih banyak daripada masa-masa yang ada". So sad...
Minta maaf jika dikecewakan. Aku bersyukur sebab sekurang-kurangnya aku TAK BERCINTA/BERCOUPLE. (Patut Masuk Amalan & World Book of Record) :-P
Dah memang sebab aku benci couple2 yang tipikal. 

Kita hamba. InshaAllah aku cuba berubah. Cuma bukan masa yang terdekat ini. Tapi aku akan cuba juga. Kalau dijodohkan dengan orang yang kita tak nak, aku rasa macam nak lari jauh-jauh. Huhu. Tapi.... Kalau aku biarkan macamtu, tak pasal-pasal jadi andartu.  Aku kena yakin dengan kententuan Allah.

“Maha Suci Tuhan Yang telah menciptakan makhluk-makhluk semuanya berpasangan, samada dari yang ditumbuhkan oleh bumi atau dari diri mereka ataupun dari apa yang mereka tidak mengetahuinya.” (Surah Yaa Sin : Ayat 36)

Tuesday, July 29, 2014

Syawal Itu Macamana?

Bismillahirrahmanirrahim,

Di pagi syawal, saya tertanya. "Betul-betul ke syawal itu 'hari bermaafan'? " 
Pagi bermaafan, petang mula mengutuk. Apakah ianya sekadar adat kebiasaaan?
Walaupun ianya merupakan tuntutan agama supaya kita saling bermaafan di pagi aidilfitri.

"Kepuasan sebenar pabila tibanya Syawal adalah apabila kita berjaya merendahkan diri (ego), mengakui segala kesilapan yang pernah dilakukan, memohon maaf secara terus & memaafkan orang lain dengan rela. Apabila hubungan kita sesama insan baik, insyaAllah 'hubungan' kita dengan Dia juga akan lebih mudah. Kalau bukan sekarang, bila lagi. Kan? ;) 
Salam Lebaran. Maaf Zahir & Batin."

Bukan kosong-kosong.
It's all maybe about ego.

Sunday, July 27, 2014

Salam Aidilfitri 1433H | 2014

Bismillahirrahmanirrahim,


Salam aidilfitri buat semua para Muslim, keluarga, sahabat2 & pendidik2 yang dikasihi. 
Mohon maaf atas segala khilaf dan kekurangan diri ini. InshaAllah akn terus diperbaiki.
:"(
Semoga segala amal dan kebaikan kita semua Allah berkati.
Semoga tarbiyyah Ramadan terus hidup dan diamalkan.

1 Syawal 1433H