Post Terbaharu :

Monday, June 15, 2015

Misi Membeli Laptop

Bismillahirrahmanirrahim,
Buat masa sekarang, saya guna laptop business untuk buat kerja harian. Spec memang kureng. Laptop sekarang ni dibeli pada tahun 2010. Kira hampir 5 tahun lah juga usianya. Jangka hayat laptop paling baik pun 3 tahun. Bila dah melebihi tahun tu dia akan banyak ragam.
Bila jadi budak IT ni, memang banyak buat kerja guna komputer/laptop. Lagi-lagi bila saya banyak buat kerja grafik. Sekarang nak siapkan kerja FYP pun tergendala sebab laptop susah nak support. 

Target nak beli laptop second hand je. Tapi spec mesti better dari yang ada sekarang. Kalau nak beli ni saya fokuskan kat dia punya processor, OS, RAM dengan grafik kad. Kalau boleh nak cari laptop yang sesuai untuk buat kerja grafik dan gaming. 
Ni saje letak sticker NVIDIA dan RADEON.
Bajet laptop power. :-P
Jadi sementara ada cuti 3 bulan ni, saya amik langkah untuk mengumpul duit. Bulan Ramadan ni saya ambil upah kerja sebagai pembantu bazaar. Gajet-gajet kamera DSLR pun saya mula jual. Barang-barang terpakai pun saya jual. Sayang tu memang rasa sayang. Tapi dari menyemak kat rumah, lebih baik jual. 

Saya tak nak lah menyusahkan mak ayah untuk belikan laptop ini. Kalau boleh saya nak cari duit atas usaha sendiri. Bila saya kumpul duit ni, boleh nampak pengorbanan mak ayah selama ini. Mereka lagi banyak cari rezeki untuk banyak benda. Ni saya cuma fokuskan kat barang yang satu.

InshaAllah, biiznillah.






Sunday, June 14, 2015

Ceramah dalam Bahasa Inggeris

Bismillahirrahmanirrahim,
Sejak masuk UIA, bahasa pengantaraan yang digunakan biasanya dalam bahasa Inggeris. Kalau ada program atau talk pun guna bahasa Inggeris.

Saya ni bukanlah bagus dalam bahasa Inggeris. Kalau setakat nak menulis atau cakap-cakap tu mungkin boleh sikit. Masalah paling besar, saya ada masalah pendengaran dalam bahasa Inggeris. Masa ujian MUET yang lalu, markah paling teruk adalah bab listening. Lain didengar, lain fahamnya.

Saya memang tekad dalam hati, kalau ada mana-mana talk dalam bahasa Inggeris, memang saya akan reject awal-awal. Buat apa dengar kalau kita tak faham! Pernah saya dengar satu talk ni, tapi saya tidur. Itu ego saya ketika itu sampailah sekarang.

Sampailah malam tadi, saya ter-klik video Zakir Naik di youtube, entah kenapa saya khusyuk dengar ceramahnya dalam yang diusampaikan dalam bahasa Inggeris itu. Kemudian saya layan video Ahmad Deedat dan beberapa tokoh ulama yang lain. Wah, boleh je saya faham, malah terasa ada panahan cinta di situ. Penyampaian mereka cukup terkesan di hati. Tengok kata-kata mereka dalam FB pun banyak yang sentap.
Kita ni kalau tak nak buka hati kita sendiri, memang sampai bila-bila akan tersungkur di situ sahaja. Hai, dalam kelas pun pensyarah ajar dalam bahasa Inggeris, boleh je saya survive selama ini. Itu lah, ego. Selagi ada benda baik, cubalah kita buka ruang untuk diri kita. Lepas ni kena belajar menerima sesuatu.









Sunday, May 31, 2015

Projek Animasi

Bismillahirrahmanirrahim, 
Ini adalah projek ringkas yang saya buat dengan partner untuk subjek Animation Technique. Jemput tonton.



Nama Blog Bertukar

Bismillahirrahmanirrahim,
Saya mula berjinak-jinak dalam dunia blog sejak tahun 2009 iaitu semasa zaman SPM. Masa tu nama blog saya "Lileez Studio-Insaniah Corner".

Lileez - nama samaran.
Studio - angan-angan ada studio seni/workspace sendiri.
Insaniah - peringatan yang kita ini seorang insan, manusia yang ada kelemahan.
Corner - suatu sudut.

Masa ini, saya banyak menulis sudut penulisan ke arah kerohanian.


Kemudian, pada awal tahun 2011, saya tukar ia kepada nama "Ketuk-Ketuk Hati". Saya saje guna istilah ketuk-ketuk untuk menampakkan ianya santai. Saya sedar hati kita ni 'mengada-ngada' yang perlu diketuk sedikit. 

Masa ini, saya banyak tulis pengisian secara ringkas. Ye lah, panjang berjela pun orang malas nak baca.

2 tahun kemudian, masih menggunakan nama blog yang sama. Penulisan nampak lebih panjang. Saya banyak kongsikan pengalaman hidup. Kadang-kadang mengenai coretan peribadi dan rohani. Saya catatkan supaya suatu masa bila saya baca semula, membuatkan saya berfikir semula dan tersenyum. 

Kini sudah tahun 2015, saya tukar ia kepada "Blog Lily Insani". Mungkin ia lebih mudah diingati dan sebagai 'easy recognizable'. Header blog akan tukar tak lama lagi. Selepas ini juga, saya akan fokus untuk membangunkan blog untuk hasil kerja seni dan design, sebagai rujukan portfolio saya.

Bila saya fikir semula, kenapa saya mahu ketuk hati ni? Sedangkan hati ini milik Allah? Layakkah? Hati ini sifatnya sedih. Kita bertanggungjawab nak menguruskannya. Dan...sampai bila mahu diketuk jika bukan kita sendiri yang mengubahnya sekarang jua?

Semoga terus istiqamah dalam dunia blog ini dan tidak jemu untuk kongsikan pengisian yang ada manfaatnya untuk orang lain...









Friday, May 15, 2015

Tragedi Last Class 14 Mei

Bismillahirrahmanirrahim,
Kalau di UIA, 13 Mei 2015 pastinya diingati kerana isu rampasan mikrofon Rafizi Ramli ketika berucap dalam Forum Gst. Lain pula kisah aku pada hari keesokkannya.

14 Mei merupakan hari sesi terkahir kuliah pada sem ini. Kelas terakhir semua pelajar semestinya gembira. Aku baru sahaja selesai buat pembentangan projek Animasi. Aku cadang nak raikan rasa penat lelah itu dengan pergi makan di KLCC bersama kawan. Release tension. Aku seronok sangat pada masa tu.

Namun....bila tiba di KLCC, ada satu peristiwa besar berlaku. Tak sampai 15 minit kami balik semula ke UIA dengan bermuka masam. Ada konflik berlaku antara aku dengan kawan rapat aku itu. Aku tak nak ceritakan apa yang berlaku. 

Cuma apa yang aku nak highlightkan:
Kita merancang, Allah menentukan. 
Manusia merancang dgn cita, Allah merancang dgn cinta.

Bila kita merancang sesuatu, jangan terlalu gembira.
Cukuplah bersederhana...

Minta maaf wahai sahabat....



Kenapa Kita Lupa?

Bismillahirrahmanirrahim,


Kenapa kita mudah lupa?


Supaya kita dapat lupakan kesedihan yang lalu...