Post Terbaharu :

Wednesday, July 4, 2012

Repeat MUET

Bismillahirrahmanirrahim,
Alhamdulillah... itulah ungkapan sebaiknya diucapkan selesai sahaja menduduki ujian Speaking Test MUET buat kali kedua tadi ! Ya, saya memang MUET REPEATER!
Suatu Ketika :
Pertama kali saya menduduki ujian MUET adalah pada bulan Mac yang lalu. Selepas mendapat result yang 'kurang memberansangkan', saya mula agak panik. Dengar-dengar untuk ke kuliah di main campus UIA , result MUET kena 'cantik' malah 'bersih', jika tidak nanti kena banned! . Mana tidak kalutnya, pendaftaran untuk pejalar ijazah pertama dibuka pada bulan September nanti. Lantas saya terus hubungi pihak Department of Admission&Record (ANR) berkenaan result tersebut. Staf di situ maklumkan perkara yang sama. Jika hendak ke main campus nanti result mesti kena 'cantik'. Lagi-lagi bagi sesiapa yang ambil program Medik. Result mereka kena 'tough' walaupun kuliah letakkan syarat band yang rendah. Tanpa berfikir panjang, saya terus beli nombor pin di BSN dan terus daftar online secara persendirian bagi menduduki ujian MUET sesi Julai ini.

Jika direnung semula result yang lalu, markah yang 'mencacatkan' result saya adalah bahagian LISTENING. Memang sangat teruk. Sebenarnya,semasa di dewan peperiksaan  hari tu, saya tersalah faham dengan arahan yang dinyatakan dan juga otak saya melayang dek kesejukan berjam-jam dalam dewan AMF itu. Saya pun rasa pelik, kebanyakkan sahabat-sahabat yang satu batch dapat result yang kurang menawan juga.Walaupun agak kecewa, saya pasti  semua yang berlaku ini pastinya salah satu hikmah yang Allah sampaikan.

Sebenarnya, [maaf jika sumber tidak tepat] kawan-kawan saya yang sudah berada di main campus maklumkan kepada saya, result MUET ini hanya digunakan masa nak graduate degree & waktu nak kerja nanti sahaja.  Sebabnya mereka sendiri pun belum ambil ujian MUET lagi.Aik? Kenapa staff ANR tu cakap lain pulak? Mana satu nak ikut ni? Nak ikut kawan-kawan atau orang UIA sendiri? Sedangkan berlambak lagi pelajar degree di UIA tu tak ambil MUET/result tak cantik lagi. 
Bagi saya, cukuplah kita memudahkan urusan orang lain dahulu, mana lah tahu suatu hari nanti orang lain permudahkan urusan kita. Kan?

Berbalik apa yang berlaku pada hari ini:
Bermacam-macam status Facebook sempat saya tinjau semalam, ada yang kata:

"Takutnya nak speaking test MUET esok!!!"
"Hati berdebar-debar"
"Doakan saya speaking test MUET esok ye..."
"All the best "
"Cuak lah!!"
"Dup Dap,Dup Dap"

Saya percaya majoriti calon ujian MUET termasuklah saya mengalami perkara yang sama namun tidaklah semuanya. Semasa saya dibilik kuarantin tadi, masing-masing bermuka cuak. Ada yang membelek-belek buku MUET, ada juga sedang berlatih bersendirian. Mengapa kita perlu rasa takut? Bercakap je pun! 
Saya akui, saya bukanlah penyampai yang baik lebih-lebih lagi kena bercakap dalam bahasa Inggeris. Bagi saya, ACT NATURALLY!. Bagaimana kita bercakap seharian itu, itulah speaking diri kita. Jangan hipokrit kerana ingin dapat markah yang tinggi. Bertindaklah dengan kejujuran. Bukanlah di sini saya bermaksud jika kita seorang pendiam, kita mesti jadi pendiam semasa di bilik ujian nanti. Luahkan sahaja apa kita tahu.Apa-apa pun, latihan dan rujukan perlu dibuat untuk kita mencakna lagi minda kita ni. Ok ye.  Doakan saya dan sahabat-sahabat yang lain untuk menduduki ujian bertulis pula pada 28Julai ini.All the best to all MUET candidates....




5 Perkongsian:

Anonymous said...

assalamualaikum... nak tumpang tanye .. cm mne daftar muet persendirian tu ye,, sy tgk pde mpm,, knpe ble cube dftr,,ktenye pndftrn da ttp ?? sama ke pndaftrn untk repeat dgn yg bru nak ambil?? tolong sy... plzzz

Unknown said...

erra:
waalaikumussalam...
masa kes sy ni, sy buat betul2 hari terakhir seblum tarikh tutup.

rasanya, beeter erra direct call dkt mpm.

Unknown said...

Salam. Nk tye, kalau ambik muet kali ke dua then utk ape2 urusan nt kena gunakan result yg latest ke? Mksud sy kalai skrg band 4, then yg kedua band 3, jadi akan valid yg band3 tu ke? Tq

Anonymous said...

macam mana dengan password nk isi borang online untuk persendirian tu? nk thu password tu kat mna? sbb klu ambik muet kat uia, dorang yg isi kan?

Unknown said...

Tanpa Nama:
minta maaf saudara/ri, saya rasa sistem yang digunakan sekarang dengan zaman saya ambil muet sudah berbeza.
Saya sarankan saudara deal confirmation dgn pihak pengurusan yang buat muet ini. ataupun rujuk FAQ muet itu sendiri. :-)

Post a Comment