Post Terbaharu :

Friday, March 29, 2013

Nanti Menyesal...


Bismillahirrahmanirrahim,
Salam penghulu sekalian hari.
Hari ini dah masuk hari Jumaat yang mulia ini. Bermakna cuti hanya berbaki 2 hari lagi. Sudahkah kita berbakti di rumah di kala cuti ini? Hehe

Tersentap saya membaca gambar oleh Ma'aruf Club ini. Seolah-olah memerli diriku je.
Subjek-subjek yang dah habis study:
System Analysis and Design (SAD) sahaja. Subjek Accounting baru je bab 1.Hari ini pula mak ajak pergi Gunung Ledang atas urusan kerja. Bila lagi mahu study Calculus? Sempat lagi ke nak spend masa dan berbakti dengan keluarga ni di musim cuti ini?

See?? Nampak sangat cuti2 sebelum ini saya melengah-lengahkan masa. Bila dah nak dekat penghujung cuti ini lah terasa rajin sikit nak study.

Selain itu, ada juga kerja-kerja sampingan yang saya perlu cepat langsaikan:
1. Design banner Malaysian-Shop
2. Design Poster Mahabbah Day ICTSS
3. Design Poster&Promo Martial Arts Festival (MAFEST)

See? Dah kata dah...Sesungguh tanggungjawab itu lebih banyak daripada masa-masa yang ada...(Baca hadis kt gambar tu ye).

0 Perkongsian:

Post a Comment