[KISAHKU...SEORANG DESIGNER YANG TIADA BAKAT]
Bismillahirrahmanirrahim,
Hari ini aku rasa sungguh teruji. Tetapi, ujianku ini apalah sangat jika hendak dibandingkan dengan mereka yang lebih dasyat dugaannya. Cuma ini hanya sekadar luahan diriku untuk dikongsikan bersama khususnya bagi mereka yang mahir dalam design-design ini.
Hari ini aku terkejar-kejar dengan pelbagai urusan.
Hendak menguruskan urusan peribadi, urusan perkahwinan keluarga, urusan menjual buku teks, urusan pre-reg sahabat, homework dan juga ada banyak pihak yang menempah untuk aku design kerja-kerja mereka.
Malam ini pula, aku ada meeting dengan kelab.
Alhamdulillah, satu per satu aku berjaya menyiapkannya.
Cuma...
Lewat malam tadi, ada seseorang yang PM aku. Dikhabarnya suruh membuat design poster penting.
Dalam design tu ada macam-macam elemen kena ada. Aku target, memang size poster itu akan 'sangat' berat'. Mungkin aku akan banyak bersabar semasa dalam proses editting nanti.
Kami sudah bersetuju untuk projek ini. Dia mengharapkan aku untuk menyiapkannya pada petang esok(hari ini) dan aku bersetuju dan yakin dapat membuatnya. Dia berhempas pulas menaruh harapan terhadapku. Dia bersungguh2 send macam-macam details untuk projek itu.
Memang agak mencabar bagi seorang designer untuk menyiapkan kerja artwork dalam masa yang sangat singkat.
Aku yakin boleh buat. Lagipun, ini baru awal semester. Takde lah stress sangat.
Tambah-tambah lagi, dia menawarkan aku $$, sudah pastinya aku lebih bermotivasi! Ok deal!
Pada petang esoknya (hari ini), aku menyiapkan sepenuh hati. Setiap kali ada masa terluang,aku terus buka laptop dan menyiapkan kerja itu.
Aku tinggalkan masa makan lunch dan dinner aku. Sudahlah aku ada sakit gastrik teruk. Aku tidak peduli semua itu.
Kerja lagi 10% sahaja nak siap untuk tambah text sedikit.
Seterusnya,dengan excited-nya aku nak emailkan pada orang itu akan hasil kerja aku ini. Dan aku melihat ada notice PM FB aku.
Aku sangka dia tak sabar melihatnya, rupa-rupanya...
"Sis, saya tak jadi nak guna design sis buat tu. Maaf yer..."
Tiada ungkapan apa lagi yang mampu terkeluar dari mulut ku ini.
Remuk hati ku sekarang ini,tiada siapa yang tahu. Kalaulah dia tahu, apa yang aku face sepanjang hari ini. Aku rasa seperti bakal suami aku membatalkan majlis perkahwinan kami last2 minute.
Siapalah aku ini...
Seorang designer yang tiada bakat...
Nak jadi tutor, tak layak.
Nak jadi orang-orang hebat macam SRC, mcm tak kesampaian.
Nak jadi jurugambar hebat2, tapi aku dah lama tak pegang kamera dslr.
Aku perasan, aku macam suka main-main dengan photoshop. Aku nak mencuba nasib.
Tapi siapalah aku ini...
Seorang designer yang tiada bakat...
Aku allergic dgn kes ini.Mungkin aku akn berhenti dgn kerja2 design ini. Mana-mana designer munkin memahami peritnya jadi seorang designer ni.
Aku nak meroyan tapi, takpelah. Aku anggap ini sebagai self-reflection buat aku. Mungkin aku pernah mengecewakan orang lain. Huhu
Aku teringat pesan sahabatku,
"...Lily...kalau ada apa2 yang berlaku, ingat Allah tak akan sia-siakan kita..."
2 Perkongsian:
Allah, saya faham perasaan ni! Kadang-kadang yang hire ni tak faham betapa 'full of passion' nya kita buat design, senang-senang je nak cancel..
Tak boleh menyerah lagi..nanti sia-sia bakat. :)
sabar la ini la dugaan seorang graphic designer tambah2 lagi kalau kita ni freelance bergerak sorang...perkara mcm ni mmg terjadi...dah bertahun saya dalam industri seni reka graphic ni dah beribu jenis ragam saya jumpa dari yg ok sampai yang yang paling teruk tahap dajal :) tapi tu langsung x patahkan smagat saya dlm bidang ni :) nilah realiti yg terpaksa designer kat malaysia tangung dan mcam2 lagi.. salam singgah dari
http://dingraphic.blogspot.com
Post a Comment