Post Terbaharu :

Showing posts with label kes tipu. Show all posts
Showing posts with label kes tipu. Show all posts

Thursday, March 6, 2014

Kisah Di Pasaraya Big Aeon

Bismillahirrahmanirrahim,
Jumaat lepas, saya dan kakak singgah ke Alamanda Putrajaya. Saje nak cuci mata sementara takde kerja nak buat. Sudahlah menunggu bas Nadi Putra hampir sejam, tetapi bas tak kelihatan. Masa tu, tahap kesabaran memang teruji tambah lagi cuaca yang tengah panas terik. Akhirnya, ayah yang hantarkan kami ke sana dengan kereta. 
Kami singgah di Pasaraya Big Aeon. Niat asal kakak saya nak beli water heater. Tapi masa tu heater yang dia nak sudah out of stock. Jadi kami pergi cuci mata ke tempat barangan yang lain. Saya pergi mencuci mata tempat alat permainan. Tertarik dengan barang permainan replika kereta dan motor. 
Tiba-tiba, saya terpandang rak yang diletakkan dibahagian tengah. Di situ ada tulis 'PROMOTION: RM10.00'. Rak ni biasanya dia letak barang yang hendak dilelong atau barang yang dijual murah mungkin sebab nak habiskan stok. Saya terperasan ada beberapa kotak permainan 'Bricks'. Permainan ini lebih sinonim orang panggil 'LEGO'. Harga permainan ini memang agak mahal. Sekeping kecil sudah 30-50sen.

Semenjak-menjak ini memang saya agak ketagih dengan permainan ini. Jadi, saya terus ambil sekotak permainan itu. Seronok rasa ketika itu. Ye lah, dapat harga murah kan. Kalau beli LEGO, memang xlepas la nak beli harga yang ori ni.
Photo
Bricks yang berjaya dibeli sepanjang minggu lepas.
Ketika hendak bayar, hanya 2 kaunter bayaran sahaja dibuka. Ramai sangat orang ketika itu. Nak tunggu turn memang agak lama. Ada seorang makcik ni sempat menegur cashier dengan nada yang garang. Wah, terpesona saya lihat makcik itu. Kesian juga cashier tu dimarahinya. 

Masa giliran saya untuk membayar, harga mainan itu menunjuk RM35.00, bukan RM10.00 seperti dinyatakan di rak promosi itu. Saya hairan, samada dia belum update harga lelong atau dia masih ambil harga lama. Nasiblah masa tu saya bawa duit lebih. Saya bayar je dulu dek ramai sangat orang tengah beratur panjang di kaunter untuk membayar.

Kakak saya kata, takpelah. Mungkin mereka tak update harga lelong tu. Saya mula monyokkan muka. Saya biarkan sahaja. Kami teruskan berjalan-jalan di Alamanda itu. Tapi hati rasa masih tak puas hati. Kami kembali ke pasaraya itu. Kami terus bertanya dengan makcik guard yang menjaga bahagian hadapan pasaraya itu.

Puas kami menerangkan kepadanya tentang harga barang tersebut. Masa itu saya dah mula emo sikit. Guard itu sepertinya tak percaya kami membeli barang di situ. Sudah puas kami menunjukkan resit, barang dan plastik. Tapi masih diraguinya juga. Dia berjumpa dengan staff di dalam menceritakan tentang masalah kami ini. Staff ini minta kami rujuk kepada staff yang menjaga bahagian department alat permainan itu. Haha, memang inilah masyarakat Malaysia, suka point orang itu ini. 

Kami berjumpa dengan staff tersebut bersama supervisor yang ada di situ. Kami bertanyakan samada harga promosi ini valid atau mungkin ada syarat-syarat ke apa kepada mereka. Kemudian, seorang lagi staff datang ke situ. Mereka sepertinya 'blur-blur' lalu menunjukkan suatu harga yang kecil di rak promosi lelong itu. Rupa-rupanya, ada harga 'RM10.00-RM45.00' yang kecil di suatu sudut rak tersebut. 
Kami sudah terkena! Oleh kerana rasa macam 'tertipu' dengan ilusi ini, kami memberanikan diri untuk menegur pengurusan dan strategi mereka.  Kami ni sudahlah malu-malu kucing. Dengan beraninya, saya dan kakak saya sempat 'memaki' mereka. Kami tidak mahu pelanggan lain rasa tertipu dengan promosi harga seperti ini. Kakak saya yang paling lantang menegur mereka tentang ini. Kami cuma mohon mereka supaya jangan buat sesuatu yang boleh mengelirukan pelanggan. Sudah menjadi lumrah, inilah dinamakan 'business strategy' untuk mempengaruhi pembeli.

Kami meminta maaf pada mereka kerana terpaksa menegur tentang ini kepada mereka. Reaksi mereka nampaknya akur dengan ulasan kami. Big Aeon satu syarikat pasaraya yang terkemuka di Malaysia ini. And I love Big Aeon. Mereka menyarankan kami supaya buat aduan ini kepada customer service mereka dan boleh refund barang yang dibeli. Saya membalas, 'Oh, takpelah la Encik, kami sudah penat sangat, benda ini sudahlah take time. Kaunter bayar pun hanya 2 kaunter sahaja dibuka'. Sombongnya saya rasa ketika itu. Mungkin dah geram sangat kot. Customer always right?
Photo: #Lego a series of pigboat. Thnx kakak belikan bnda ni.
Apapun, kami rasa puas walaupun rasa seperti rugi RM25.00 di situ. Setidak-tidaknya kami cuba menegakkan hak kami dan tidak duduk berdiam diri. Dan..saya enjoy pasang Brick ini.

PENGAJARANNYA...
1. Jangan mudah terpengaruh dengan harga promosi. Selalu check tentang 'hidden price'.
2. Kalau rasa macam ada sesuatu yang tak kena atau tak puas hati, beranikan diri untuk menegakkan benang yang basah. Jangan duduk berdiam diri.
3. Rajin-rajin dengar lagu 'Jom Zikir by Heliza Helmi' :-). Kita belajar bersabar...



Saturday, February 8, 2014

KISAHKU...SEORANG DESIGNER YANG TIADA BAKAT

[KISAHKU...SEORANG DESIGNER YANG TIADA BAKAT] 

Bismillahirrahmanirrahim,
Hari ini aku rasa sungguh teruji. Tetapi, ujianku ini apalah sangat jika hendak dibandingkan dengan mereka yang lebih dasyat dugaannya. Cuma ini hanya sekadar luahan diriku untuk dikongsikan bersama khususnya bagi mereka yang mahir dalam design-design ini.

Hari ini aku terkejar-kejar dengan pelbagai urusan. 
Hendak menguruskan urusan peribadi, urusan perkahwinan keluarga, urusan menjual buku teks, urusan pre-reg sahabat, homework dan juga ada banyak pihak yang menempah untuk aku design kerja-kerja mereka.
Malam ini pula, aku ada meeting dengan kelab.

Alhamdulillah, satu per satu aku berjaya menyiapkannya.

Cuma...

Lewat malam tadi, ada seseorang yang PM aku. Dikhabarnya suruh membuat design poster penting.

Dalam design tu ada macam-macam elemen kena ada. Aku target, memang size poster itu akan 'sangat' berat'. Mungkin aku akan banyak bersabar semasa dalam proses editting nanti.

Kami sudah bersetuju untuk projek ini. Dia mengharapkan aku untuk menyiapkannya pada petang esok(hari ini) dan aku bersetuju dan yakin dapat membuatnya. Dia berhempas pulas menaruh harapan terhadapku. Dia bersungguh2 send macam-macam details untuk projek itu.

Memang agak mencabar bagi seorang designer untuk menyiapkan kerja artwork dalam masa yang sangat singkat.
Aku yakin boleh buat. Lagipun, ini baru awal semester. Takde lah stress sangat. 
Tambah-tambah lagi, dia menawarkan aku $$, sudah pastinya aku lebih bermotivasi! Ok deal!

Pada petang esoknya (hari ini), aku menyiapkan sepenuh hati. Setiap kali ada masa terluang,aku terus buka laptop dan menyiapkan kerja itu.
Aku tinggalkan masa makan lunch dan dinner aku. Sudahlah aku ada sakit gastrik teruk. Aku tidak peduli semua itu.
Kerja lagi 10% sahaja nak siap untuk tambah text sedikit.

Seterusnya,dengan excited-nya aku nak emailkan pada orang itu akan hasil kerja aku ini. Dan aku melihat ada notice PM FB aku.
Aku sangka dia tak sabar melihatnya, rupa-rupanya...

"Sis, saya tak jadi nak guna design sis buat tu. Maaf yer..."

Tiada ungkapan apa lagi yang mampu terkeluar dari mulut ku ini. 
Remuk hati ku sekarang ini,tiada siapa yang tahu. Kalaulah dia tahu, apa yang aku face sepanjang hari ini. Aku rasa seperti bakal suami aku membatalkan majlis perkahwinan kami last2 minute.

Siapalah aku ini...
Seorang designer yang tiada bakat...

Nak jadi tutor, tak layak.
Nak jadi orang-orang hebat macam SRC, mcm tak kesampaian.
Nak jadi jurugambar hebat2, tapi aku dah lama tak pegang kamera dslr.
Aku perasan, aku macam suka main-main dengan photoshop. Aku nak mencuba nasib.
Tapi siapalah aku ini...
Seorang designer yang tiada bakat...

Aku allergic dgn kes ini.Mungkin aku akn berhenti dgn kerja2 design ini. Mana-mana designer munkin memahami peritnya jadi seorang designer ni.

Aku nak meroyan tapi, takpelah. Aku anggap ini sebagai self-reflection buat aku. Mungkin aku pernah mengecewakan orang lain. Huhu 

Aku teringat pesan sahabatku, 
"...Lily...kalau ada apa2 yang berlaku, ingat Allah tak akan sia-siakan kita..."