Bismillahirrahmanirrahim,
Jumaat lepas, saya dan kakak singgah ke Alamanda Putrajaya. Saje nak cuci mata sementara takde kerja nak buat. Sudahlah menunggu bas Nadi Putra hampir sejam, tetapi bas tak kelihatan. Masa tu, tahap kesabaran memang teruji tambah lagi cuaca yang tengah panas terik. Akhirnya, ayah yang hantarkan kami ke sana dengan kereta.
Kami singgah di Pasaraya Big Aeon. Niat asal kakak saya nak beli water heater. Tapi masa tu heater yang dia nak sudah out of stock. Jadi kami pergi cuci mata ke tempat barangan yang lain. Saya pergi mencuci mata tempat alat permainan. Tertarik dengan barang permainan replika kereta dan motor.
Tiba-tiba, saya terpandang rak yang diletakkan dibahagian tengah. Di situ ada tulis 'PROMOTION: RM10.00'. Rak ni biasanya dia letak barang yang hendak dilelong atau barang yang dijual murah mungkin sebab nak habiskan stok. Saya terperasan ada beberapa kotak permainan 'Bricks'. Permainan ini lebih sinonim orang panggil 'LEGO'. Harga permainan ini memang agak mahal. Sekeping kecil sudah 30-50sen.
Semenjak-menjak ini memang saya agak ketagih dengan permainan ini. Jadi, saya terus ambil sekotak permainan itu. Seronok rasa ketika itu. Ye lah, dapat harga murah kan. Kalau beli LEGO, memang xlepas la nak beli harga yang ori ni.
Bricks yang berjaya dibeli sepanjang minggu lepas. |
Ketika hendak bayar, hanya 2 kaunter bayaran sahaja dibuka. Ramai sangat orang ketika itu. Nak tunggu turn memang agak lama. Ada seorang makcik ni sempat menegur cashier dengan nada yang garang. Wah, terpesona saya lihat makcik itu. Kesian juga cashier tu dimarahinya.
Masa giliran saya untuk membayar, harga mainan itu menunjuk RM35.00, bukan RM10.00 seperti dinyatakan di rak promosi itu. Saya hairan, samada dia belum update harga lelong atau dia masih ambil harga lama. Nasiblah masa tu saya bawa duit lebih. Saya bayar je dulu dek ramai sangat orang tengah beratur panjang di kaunter untuk membayar.
Kakak saya kata, takpelah. Mungkin mereka tak update harga lelong tu. Saya mula monyokkan muka. Saya biarkan sahaja. Kami teruskan berjalan-jalan di Alamanda itu. Tapi hati rasa masih tak puas hati. Kami kembali ke pasaraya itu. Kami terus bertanya dengan makcik guard yang menjaga bahagian hadapan pasaraya itu.
Puas kami menerangkan kepadanya tentang harga barang tersebut. Masa itu saya dah mula emo sikit. Guard itu sepertinya tak percaya kami membeli barang di situ. Sudah puas kami menunjukkan resit, barang dan plastik. Tapi masih diraguinya juga. Dia berjumpa dengan staff di dalam menceritakan tentang masalah kami ini. Staff ini minta kami rujuk kepada staff yang menjaga bahagian department alat permainan itu. Haha, memang inilah masyarakat Malaysia, suka point orang itu ini.
Kami berjumpa dengan staff tersebut bersama supervisor yang ada di situ. Kami bertanyakan samada harga promosi ini valid atau mungkin ada syarat-syarat ke apa kepada mereka. Kemudian, seorang lagi staff datang ke situ. Mereka sepertinya 'blur-blur' lalu menunjukkan suatu harga yang kecil di rak promosi lelong itu. Rupa-rupanya, ada harga 'RM10.00-RM45.00' yang kecil di suatu sudut rak tersebut.
Kami sudah terkena! Oleh kerana rasa macam 'tertipu' dengan ilusi ini, kami memberanikan diri untuk menegur pengurusan dan strategi mereka. Kami ni sudahlah malu-malu kucing. Dengan beraninya, saya dan kakak saya sempat 'memaki' mereka. Kami tidak mahu pelanggan lain rasa tertipu dengan promosi harga seperti ini. Kakak saya yang paling lantang menegur mereka tentang ini. Kami cuma mohon mereka supaya jangan buat sesuatu yang boleh mengelirukan pelanggan. Sudah menjadi lumrah, inilah dinamakan 'business strategy' untuk mempengaruhi pembeli.
Kami meminta maaf pada mereka kerana terpaksa menegur tentang ini kepada mereka. Reaksi mereka nampaknya akur dengan ulasan kami. Big Aeon satu syarikat pasaraya yang terkemuka di Malaysia ini. And I love Big Aeon. Mereka menyarankan kami supaya buat aduan ini kepada customer service mereka dan boleh refund barang yang dibeli. Saya membalas, 'Oh, takpelah la Encik, kami sudah penat sangat, benda ini sudahlah take time. Kaunter bayar pun hanya 2 kaunter sahaja dibuka'. Sombongnya saya rasa ketika itu. Mungkin dah geram sangat kot. Customer always right?
Apapun, kami rasa puas walaupun rasa seperti rugi RM25.00 di situ. Setidak-tidaknya kami cuba menegakkan hak kami dan tidak duduk berdiam diri. Dan..saya enjoy pasang Brick ini.
PENGAJARANNYA...
1. Jangan mudah terpengaruh dengan harga promosi. Selalu check tentang 'hidden price'.
2. Kalau rasa macam ada sesuatu yang tak kena atau tak puas hati, beranikan diri untuk menegakkan benang yang basah. Jangan duduk berdiam diri.
3. Rajin-rajin dengar lagu 'Jom Zikir by Heliza Helmi' :-). Kita belajar bersabar...
2 Perkongsian:
Ini perkara biasa dlm meletak harga. tambahan bila berkaitan promosi... Tulis je "promosi", "Discount" tapi mereka cuba kaburkan penilaian kita dlm membeli barang. psikologi jugak
yg psl guard tu, xleh bla... haha
lepas ni kna jadi spy harga betul2...
kdg2 best jugak lawan orang2 kedai ni :-D
Post a Comment