Post Terbaharu :

Monday, February 17, 2014

Kot, Blazer, Hebatkah?

Bismillahirrahmanirrahim,

Ramai boleh bergaya mengenakan blazer atau kot di hadapan kamera sebagai gambar korporat, tapi xramai daripada mereka yang boleh menggalas amanah yg diberikan dengan sebaiknya dan penuh komited. 

Sungguh, tanggungjawab itu akan dipersoalkan di akhirat kelak. Aku cuba elakkan daripada dapat jawatan sebab aku tahu, aku semakin xmampu berdasarkan pengalaman yg lepas2. Tetapi aku cuba improve kan diri ini.

Aku tidak nafikan, bila kita sarung baju kot, balzer, vase ataupun mana-mana pakaian uniform membuatkan kita lebih bersemangat, seragam, segak dan bermacam rasa yang positif. 
==========================

Aku teringat lagi semasa watikah pelantikan pengawas di zaman persekolahan. Aku dilantik sebagai penolong ketua pengawas ketika itu. Semua pengawas sekolah riang gembira ketika meyarung baju kot sekolah. Siapa yang tak excited, bukan selalu boleh pakai kot kan. Aku cuba biasa2kan sahaja pada masa itu.


Semasa mengadakan sesi fotografi, aku terus buka baju kot itu dan terus 'melarikan' diri ketika majlis watikah diadakan. Aku pergi ke suatu tempat yang tidak jauh dari tempat majlis. Aku menangis bersendirian ketika itu. Kawan-kawanku puas mencariku dan mereka cuba memujukku. Aku menangis sebab sahabat baikku, Adah mengingatkanku betapa beratnya memikul tanggungjawab besar, sedangkan kita masih boleh riang ria begitu. Siapa tidak takut?

Entahlah, bila fikir balik. Kenapa aku boleh berbuat sedemikian. Mungkin pelik? Mungkin satu tindakan berani? Namun, aku bersyukur setidak-tidaknya aku dididik erti tanggungjawab itu.

Usah rasa hebat atau gah dgn blazer yg segak itu, tetapi menangislah...kita bakal berhadapan dgn antara dosa dan pahala...satu tapak ke syurga...dan satu tapak lagi ke neraka. :-(

0 Perkongsian:

Post a Comment