Post Terbaharu :

Wednesday, January 21, 2015

Barang Merepek

Bismillahirrahmanirrahim,

Kalau ikut perancangan asal, di waktu cuti ni saya nak main game puas-puas di rumah. Nak melepaskan rasa stress setelah menempuhi peperiksaan akhir semester.
Tapi bila balik rumah, saya tengok rumah agak bersepah. 

Dalam keluarga saya, yang paling rajin mengemas rumah cuma kakak yang sulung dan saya sendiri. Tapi kakak yang sulung baru je kahwin, dia tinggal di rumah suami dia. Maka tinggal saya seorang sahajalah yang kena mengemas rumah selain mak ayah. 

Saya kuburkan sahaja perancangan nak main game itu. Keutamaan bersama keluarga itu lebih utama. Saya nak rumah sentiasa kemas dan selesa didiami mereka. Cuma kadang-kadang tu rasa sedih dan merungut juga. Adik-beradik lain boleh bergoyang kaki,  sedangkan saya sibuk mengemas rumah keseorangan. Entah, kenapalah mereka tak terdetik rasa nak bantu bersama. 

Biasanya saya akan mulakan kemas ruang tamu, dapur, tandas dan akhir sekali di bilik tidur. Bila kemas-mengemas rumah ni, macam-macam benda saya jumpa. Majoriti ahli keluarga saya perempuan. Jadi, perempuan ni faham-faham sahajalah macam-macam barang dia ada. Sampah-sampah kertas zaman belajar tak dibuang. Botol-botol barang kecantikan dan kesihatan dibiarkan macamtu sahaja. Berguni-guni beg-beg tangan terdampar macamtu dan macam-macam lagi. 

Saya tafsirkan ini semua barang merepek! Menyemak sahaja. Pakai sekali, kemudian bila jumpa yang baru, yang lama dibiarkan begitu sahaja. Saya tak gemar sikap sebegini. Kalau kita beli sesuatu barang itu, guna se-optimum mungkin. Jangan sekadar pakai buang sahaja. Lagi satu, bila sudah habis digunakan, bukalah tong sampah dan buang. Barang-barang lama yang memang tak akan diguna lagi, buanglah. Kalau saya, misi saya mengemas adalah mengurangkan sistem pepejal di rumah.

Bagi saya, kita ni sebagai anak, kita cuma menumpang. Menumpang rumah mak ayah untuk berteduh. Apalah salahnya tolong bantu-membantu mengemas rumah. Jangan harapkan seseorang sahaja. Tak kira dia anak lelaki atau perempuan. Kat luar pandai bercinta dengan pakwe, tapi bila suruh uruskan hal remeh temeh di rumah pun gagal. Ada hati nak kahwin. Failed!





0 Perkongsian:

Post a Comment