Post Terbaharu :

Friday, January 30, 2015

Mintak Duit Kat Mak Bapak

Bismillahirrahmanirrahim,
Ada anak, bila nak sesuatu cuma perlu petik jari minta duit kat mak bapak. Hidup dia mungkin mudah.

Suatu masa dulu, saya pernah tengah sesak xde duit, ada kawan cakap senang je, "Pergi lah mintak duit kat parents"

Dalam hati, "Wah...senangnya kau asyik mintak kt parents je, kau tu orang berada"
Dah saya ni pun jenis pemalu nak minta apa-apa dekat parents.

Kakakku pesan, kita jangan samakan keluarga kita dgn orang lain. Fahamkan situasi mak ayah. Masa muda2 ni belajar cara berjimat dan berpijak pd kaki sendiri, melainkan betul2 dah terdesak.

Sebab tu kadang-kadang saya cari kerja part time, buat kerja design dan kumpul brg2 kitar semula. Dapat pendapatan sikit, tp at least boleh lah kurangkan beban mak ayah.


Meskipun hidup keluarga kita berkemampuan sekali pun, 
kita belajarlah apa itu erti susah.

0 Perkongsian:

Post a Comment