Bismillahirrahmanirrahim,
Pertama kali saya tonton iklan video pendek ni terus sebak.
Tak silap video ni dah pun dipublishkan semasa awal2 Ramadan haritu. Ramai kawan2 di Facebook share2 video ni. Saya tak terasa nak tonton pun ketika tu sebabnya itu adalah iklan raya,jadi kena tonton masa hampir2 raya.Bak kata orang "Baru Feeling!!!!"
++++++++++++++++++++++++++++++++++
Ianya berkisarkan tentang perjalanan ke kampung antara 2 orang anak yatim iaitu Rafizi dan Ahmad.
Ada beberapa aspek yang memikat hati saya untuk mengulas serba sedikit.Dalam masa yang sama ia menjadikan saya lebih insaf :
1. Kekurangan Diri
Si Rafizi adalah insan yang cacat penglihatannya manakala si Ahmad pula kurang dari segi pertuturannya. Perhatikanlah mereka, bagaimana mereka boleh saling bergantung walaupun masing-masing punya kekurangan diri. Jika insan biasa, pastinya berkerut dahi memahami bait-bait pertuturan si Ahmad. Tetapi si Rafizi faham setiap apa yang dikehendaki Ahmad. Itulah istimewanya golongan 'istimewa' ini. Mereka ada 'sesuatu' yang kita tiada. Di sebalik kekurangan ada kelebihan. Contoh,cuba anda letakkan jari anda di bahagian titik-titik yang ada di wang kertas. Apa yang anda rasa dan apa yang anda dapat? Bagaimana si buta boleh tahu nilai RM pada note ringgit tersebut?
2. Status Keluarga
Mereka adalah anak yatim yang tinggal di rumah Anak-Anak Yatim. Mungkin di antara kita masih lagi ada kedua mak dan ayah. Petikan perbualan di rumah kebajikan tersebut" Fizi, ko balek mana esok?" Balas si Fizi,"Kami tak ada keluarga,raya di sini kot". Allah2x, sayu saya mendengar suara comel si Rafizi itu. Kita masih lagi boleh berhari raya bersama keluarga,adik beradik mahupun saudara mara sambil mendengar gemersik lagu 'Balik Kampung nyanyian Allahyarham Sudirman. Mereka tiada sesiapa.
3. Pandai Berdikari
Acap kali kita dengar,"Umur baru setahun jagung, dah pandai buat kerja xsenonoh!". Itu tidaklah tepat buat mereka. "Umur baru setahun jagung, dah pandai berdikari!" Mereka nekad untuk pulang ke kampung tanpa batuan sesiapa kecuali antara mereka sendiri yang saling bergantung.
4. Backup Plan
Mereka ke stesen bas untuk membeli tiket ke Segamat. Alangkah sedihnya tiket sudah pun habis. Namun, ianya tak lah memutuskan harapan mereka. Plan A tak dapat, mereka guna Plan B. Seterusnya mereka mencuba nasib di stesen keretapi dengan harapan dapat pulang ke kampung halaman. Mereka bukanlah seperti kita, yang sempurna, mampu bersekolah penuh, mampu masuk ke Universiti,mampu berkerja di kerusi empuk di pejabat yang mungkin selama ini belajar sistem organisasi untuk melaksanakan plan-plan yang dirangka. Itulah istemewanya anak-anak ini berfikir secara ON THE SPOT. Walaupun ianya perkara asas, tetapi bagi anak kecil seperti mereka, tentunya suatu perkara yang 'dewasa' kan?
5. Berani
Mereka cuba bertanya kepada pemandu teksi untuk ke stesen keretapi.Pemandu teksi maklumkan destinasi yang ingin mereka tuju itu tidaklah jauh. Tapi.....sebaik sampai sahaja di stesen keretapi itu, dia maklumkan tambangnya RM10! Tidak ke mahal nilai tersebut. Saya yang hidup di CFS IIUM Petaling Jaya sebelum ini, naik teksi dari CFS IIUM ke Mid Valley baru RM8. Memang wajar tindakan anak-anak tersebut yang tidak segan silu untuk minta diskaun.
6. Perikemanusiaan dan Tolak Ansur
Teknik imbas semula yang simple dalam video ini cukup baik. Video dimulakan babak pemandu lori cina yang marah-marah akan anak-anak yatim ini kemudian dipaparkan perjalanan anak yatim ini ke destinasi mereka. Walaupun pemandu lori tersebut marah akan perbuatan mereka, atas dasar toleransi dan keprihatinan beliau, ditolongnya nasib anak-anak tersebut. Terbaharu mungkin ada isu pertelingkahan antara kaum Melayu dan Cina (maaf, tak dapat nak dimaklumkan di sini) masih lagi berlaku. Mahukah kita mengulangi Peristiwa 13 Mei 1969 lagi? Sejarah Mungkin Berulang atau Sejarah Tak Mungkin Berulang? Bak selalu orang kata, bila dah belajar sejarah ni, kita belajar dari kesilapan yang lalu. Ye ke?
7. Rumah di Kampung
Tiba di pagi syawal, mereka sampai ke masjid. Pemandu lori kehairanan dengan anak-anak itu yang ingin ke masjid yang dikatakan 'rumah' itu. Di masjid, mereka mandi di tempat mengambil wudhuk dan berpakaian indah bersama-sama. Lihat, mereka tiada rumah....kita? Kita masih lagi duduk selesa di dalam bagunan yang bercat indah. Berlangsir cantik. Tersusun kuih-kuih raya yang terhidang dibalang meja ruang tamu. Disajikan lagi dengan rancangan raya di televisyen plasma di rumah tu.
8. Si Ibu
Bahagian terakhir video ini ialah mereka saling menggenggam tangan semasa hendak ke suatu tempat. Seperti yang kita tahu, mereka pulang ke kampung adalah untuk bertemu keluarganya. Kita sangka mereka ingin bertemu dan memegang erat tangan ibunya, rupa-rupanya yang diusap-usap tangan adalah batu nisan ibunya di tanah perkuburan. Buat yang masih ada ibu, hari ini kita masih lagi boleh bersalam dan cium tangan ibu kita. Mereka? Hanya dapat mencium batu yang kasar itu...
:'( kita lupa yang kita ini masih dicukupkan sifat dan keperluan untuk berhari raya...
orang lain bersusah payah...kita bersenang lenang....
Puasa menjadikan kita lebih insaf di atas kesusahan orang lain, Hebatnya !Allah dah rancangkan semua ini...