Post Terbaharu :

Sunday, March 24, 2013

Meng'islam'kan Sang Avatar

Bismillahirrahmanirrahim,
Sebelum ini saya teringin nak cipta Avatar sendiri. Avatar ni kiranya macam anda nak buat profil picture dalam bentuk animasi. Tapi memandangkan kebanyakan website yang menawarkan kita avatar secara percuma dibangunkan oleh syarikat barat, saya terpaksalah 'modify' sikit avatar yang sedia ada.
Harap2 selepas ini, ada syarikat yang menawarkan avatar berbentuk islamik sikit. Baru lah masyarakat dunia pandang islam ini bukan lah agama yang ketinggalan arus zaman, tapi sebuah agama yang universal dan fleksibel gitu. 

Manalah tahu, kalau ramai create avatar islamik ini boleh menarik minat mereka yang tak bertudung, akhirnya bertudung...mereka yang suka post gambar 'duck face' tu, akhirnya just letak gambar cartoon avatar islamik. 

-SALAM CUTI MID BREAK UIAM-


Saturday, March 23, 2013

Cuti Mid-Break

Bismillahirrahmanirrahim,
Bag Balik Kampung :-)
Alhamdulillah, cuti mid break juga akhirnya setelah hampir 2 bulan lamanya tak balik rumah.
Semalam, berdebar rasanya nak habiskan cepat exam Java Programming. Lepas cuti ini masih berbaki 3 paper lagi - System Analysis Design, Calculus 1 dan Accounting.


" Suka2 juga, jangan dilupakan tanggungjawab dan amanah sebagai seorang hambaNya, anak, kakak, pelajar dan bakal isteri :-P & bakal jenazah... "

Tuesday, March 19, 2013

Exam Computer Organization (ICO)


Bismillahirrahmanirrahim,
Terkenang-kenang saat mengulangkaji dan ketika menjawab soalan peperiksaan subjek Introduction to Computer Organization (ICO) semalam.

Hampir menangis dibuatnya. Walaupun peperiksaan ini diadakan secara 'open book' tetapi soalan yang diberikan bukanlah semudah yang disangka. Bukan setakat open book sahaja, saya siap open note, open slide dan open laptop lagi semasa peperiksaan tu. Siapa kata exam open book senang? Cari sahaja keyword terus jumpa? Sangkaan itu meleset. :'(

Pagi tu saya masih study lagi di bilik. Menangis, kerana apa dipelajari sedikit pun susah nak faham. Bila tengok wajah mak dan ayah dalam gambar yang terpampang di meja study ni, saya terus cuba kuatkan semangat. Besar harapan mak ayah kita di rumah.
Mungkin usaha tidak sehebat mana. Mungkin banyak perkara yang perlu dipelajari lagi. Tak mungkin Allah mensia-siakan usaha hamba2Nya kan? 

Friday, March 15, 2013

Dulu & Sekarang

Bismillahirrahmanirrahim,
Sebenarnya sem ni, saya agak pelik dengan sapaan dan teguran daripada berpuluh2 kawan. Ramai cakap saya sudah kurus. Huhu pelik memang pelik. Saya rasa diri ini sama sahaja dengan sebelum2 ini. Saya sendiri tak terfikir macamtu malah semakin rimas bila hampir setiap hari ada orang tegur macamtu. Terfikir mereka ini perli diriku ke? Husnu zon.... 
Padahal di sini hampir setiap malam saya makan 'choki-choki'. 

Kalau diikutkan, memang saya dah kehilangan berat sebanyak 13kg sejak berada di UIA Gombak ini. Macamana boleh sampai macamtu? InshaAllah nanti saya kongsikan pengalaman dan tips berguna pada entri 'Diari 13Kg' akan datang ini.

Gambar di bawah ini adalah gambar ketika saya berada di UIA PJ. Yang lagi satu gambar di UIA Gombak baru-baru ini. 


Mungkin di zaman CFS, mungkin diriku diuji dengan nikmat kesenangan,
Mungkin ketika itu kita jadi insan yang kurang besyukur.
Bila sudah nampak 'kesannya', kita herdik lagi nikmat yang Allah bagi.



Wednesday, March 13, 2013

Permata Yang Dicari

Bismillahirrahmanirrahim,


" Ya Allah

Jika dia benar untukku
Dekatkanlah hatinya dengan hatiku
Jika dia bukan milikku
Damaikanlah hatiku dengan ketentuan-Mu..."


Sejak masuk UIA Gombak ni, kiri kanan tengok ramai student yang dah berkahwin. Kadang-kadang tu rasa jeles pun ada. Tapi apa kan daya, diriku belum lagi termampu. Jangan memikirkan sesuatu diluar kuasa kita. InshaAllah suatu hari nanti pasti akan kurniakan jodoh yang terbaik buat diriku. Mungkin masa 'single' inilah Allah suruh kita cukupkan ilmu dan segala keperluan dalaman dan luaran diri dulu....

Sunday, March 10, 2013

Kelebihan Silat Cekak Ustaz Hanafi

Bismillahirrahmanirrahim,
Alhamdulillah...akhirnya siap juga poster tentang KELEBIHAN SILAT CEKAK USTAZ HANAFI ni setelah berbulan-bulan lamanya tergantung. Poster ni mula saya reka masa awal-awal menyertai persatuan ini di UIA Gombak. Tak silap masa cuti semester 1 dulu. Masa tu masih peringkat asas tapi rasa 'excited' nak buat poster untuk silat ini. 

Baru-baru ni, saya baru sahaja menamatkan peringkat asas & jatuh. Minggu depan pula dah nak masuk ijazah potong. Bertambah nekadlah saya untuk melengkapkan poster ni lebih-lebih sekarang persatuan ini sedang mencari ahli-ahli baru. 

Jadi disini saya sertakan poster yang saya buat. Anda dibenarkan & dipersilakan untuk share2 kepada umum. Semoga ianya mendatangkan manfaat buat ahli-ahli silat cekak dan bakal ahli. :-)
#Ihsan insaniah corner arts@2013LilyInsani