Post Terbaharu :

Friday, April 5, 2013

Hari Ini.Accounting.Pening.Penat

Bismillahirrahmanirrahim,
Allahu rabbi! Hari ni hari jumaat! Terlupa nak ucapkan selawat ke atas Nabi. Ni dek terlalu fokus dengan exam mid term yang baru sahaja berakhir tadi. Paper terakhir tadi ialah paper Accounting
Study+Sarapan(Oat&Susu)
Datang ke dewan peperiksaan, pelik tengok semua orang masih lagi duduk santai. Ada yang masih study di meja exam. Ada yang buat discussion. Exam pun dimulakan sentegah jam lewat.

Masa nak jawab exam tu, kepala pening dan jadi blank. Saya jawab bahagian objektif dulu dengan harapan dapat 'hint' untuk jawab soalan subjektif nanti. Kemudiannya saya terus jawab soalan berkaitan Bank Statement. Mula2 tu rasa yakin disebabkan madam baru ajar bab ni semalam. Tup..tup lupa juga....dan xtahu untuk menjawab. Mungkin banyak benda yang kena muhasabah balik.
"Kenapalah kami, pelajar ICT ni kena wajib amik subjek elektif ini???? " 
Subjek ni bukanlah semudah yang disangka. Awal sem haritu saya yakin dapat bawak subjek ni. Sebabnya saya adalah basic sikit tentang akaun masa PMR dahulu dalam subjek Kemahiran Hidup. Dalam hidup ni, tak ada perkara yang mudah. Semuanya perlukan doa,usaha,isitqamah dan tawakal (DUIT).

Petang tu pula, saya terpinga-pinga kat dalam bilik. Tak tahu nak buat aktiviti apa. Daripada banyak membuang masa, saya pergilah Female Sport Complex untuk berjoging setelah lama tak berjogging di situ. Ok lah untuk kita release keringat study yang berhempas pulas minggu ini. Berjogging tadi hampir 4KM tanpa henti....Balik bilik sebelum maghrib,kepala semakin pening pula dan rasa penat. 

Ini sekadar coretan hari ini sebagai seorang pelajar ....memang benarlah entri sebelum ini (klik sini)

Friday, March 29, 2013

Nanti Menyesal...


Bismillahirrahmanirrahim,
Salam penghulu sekalian hari.
Hari ini dah masuk hari Jumaat yang mulia ini. Bermakna cuti hanya berbaki 2 hari lagi. Sudahkah kita berbakti di rumah di kala cuti ini? Hehe

Tersentap saya membaca gambar oleh Ma'aruf Club ini. Seolah-olah memerli diriku je.
Subjek-subjek yang dah habis study:
System Analysis and Design (SAD) sahaja. Subjek Accounting baru je bab 1.Hari ini pula mak ajak pergi Gunung Ledang atas urusan kerja. Bila lagi mahu study Calculus? Sempat lagi ke nak spend masa dan berbakti dengan keluarga ni di musim cuti ini?

See?? Nampak sangat cuti2 sebelum ini saya melengah-lengahkan masa. Bila dah nak dekat penghujung cuti ini lah terasa rajin sikit nak study.

Selain itu, ada juga kerja-kerja sampingan yang saya perlu cepat langsaikan:
1. Design banner Malaysian-Shop
2. Design Poster Mahabbah Day ICTSS
3. Design Poster&Promo Martial Arts Festival (MAFEST)

See? Dah kata dah...Sesungguh tanggungjawab itu lebih banyak daripada masa-masa yang ada...(Baca hadis kt gambar tu ye).

Wednesday, March 27, 2013

Malas Nak Belajar

Bismillahirrahmanirrahim,
Cuti mid break kali ini bukanlah satu-satunya masa untuk kita 'burn' macam itu sahaja. Malas rasanya nak study untuk 3paper exam minggu hadapan...

Memang betul terlalu banyak dugaan bila nak study di rumah. Nak melayan internet, game, TV, kucing, arnab, kerja dapur, kerja rumah dan sebagainya. 

Aduh...diriku merungut ke ni?
Allah dah pilih saya, lulus dengan cemerlang dalam SPM, tapi hari ini saya malas...
Allah dah pilih saya, masuk UIAM, tapi hari ini saya malas...
Allah dah pilih saya, sebati dengan Kursus ICT, tapi hari ini saya malas...

Ingat semula kesungguhan kita waktu dahulu, berdoa siang malam, mengharapkan tempat yang terbaik, tapi bila diuji sedikit, dah mula merungut. 
Muhasabah diri dan semangatkan diri...
Gambar yg diambil 2 tahun lepas... masa tu first time jejak kaki di UIA Gombak,
penuh dgn semangat membara utk menuntut ilmu...
masa tu xla berisi sgt mcm skg...huhu
hari ni rasa mcm motivasi mkin down...mana perginya semangat2 sblum ni? 
hari ini mgkin kita lebih byk menternak lemak,masih lg tidur,
lebih byk mnyemai sifat malas berbanding semangat utk terus berjuang....
Bangkitlah Lily! Bangkitlah Wahai Mujahidah! 
Sesungguhnya byk tanggungjawab drpd masa2 yg ada....
"Misi Kita Adalah Mengukir Senyuman Mak Ayah :') "

Sunday, March 24, 2013

Meng'islam'kan Sang Avatar

Bismillahirrahmanirrahim,
Sebelum ini saya teringin nak cipta Avatar sendiri. Avatar ni kiranya macam anda nak buat profil picture dalam bentuk animasi. Tapi memandangkan kebanyakan website yang menawarkan kita avatar secara percuma dibangunkan oleh syarikat barat, saya terpaksalah 'modify' sikit avatar yang sedia ada.
Harap2 selepas ini, ada syarikat yang menawarkan avatar berbentuk islamik sikit. Baru lah masyarakat dunia pandang islam ini bukan lah agama yang ketinggalan arus zaman, tapi sebuah agama yang universal dan fleksibel gitu. 

Manalah tahu, kalau ramai create avatar islamik ini boleh menarik minat mereka yang tak bertudung, akhirnya bertudung...mereka yang suka post gambar 'duck face' tu, akhirnya just letak gambar cartoon avatar islamik. 

-SALAM CUTI MID BREAK UIAM-


Saturday, March 23, 2013

Cuti Mid-Break

Bismillahirrahmanirrahim,
Bag Balik Kampung :-)
Alhamdulillah, cuti mid break juga akhirnya setelah hampir 2 bulan lamanya tak balik rumah.
Semalam, berdebar rasanya nak habiskan cepat exam Java Programming. Lepas cuti ini masih berbaki 3 paper lagi - System Analysis Design, Calculus 1 dan Accounting.


" Suka2 juga, jangan dilupakan tanggungjawab dan amanah sebagai seorang hambaNya, anak, kakak, pelajar dan bakal isteri :-P & bakal jenazah... "

Tuesday, March 19, 2013

Exam Computer Organization (ICO)


Bismillahirrahmanirrahim,
Terkenang-kenang saat mengulangkaji dan ketika menjawab soalan peperiksaan subjek Introduction to Computer Organization (ICO) semalam.

Hampir menangis dibuatnya. Walaupun peperiksaan ini diadakan secara 'open book' tetapi soalan yang diberikan bukanlah semudah yang disangka. Bukan setakat open book sahaja, saya siap open note, open slide dan open laptop lagi semasa peperiksaan tu. Siapa kata exam open book senang? Cari sahaja keyword terus jumpa? Sangkaan itu meleset. :'(

Pagi tu saya masih study lagi di bilik. Menangis, kerana apa dipelajari sedikit pun susah nak faham. Bila tengok wajah mak dan ayah dalam gambar yang terpampang di meja study ni, saya terus cuba kuatkan semangat. Besar harapan mak ayah kita di rumah.
Mungkin usaha tidak sehebat mana. Mungkin banyak perkara yang perlu dipelajari lagi. Tak mungkin Allah mensia-siakan usaha hamba2Nya kan?