Post Terbaharu :

Sunday, September 29, 2013

Kerana Ukhuwah Itu Terlalu Manis...

[CORETAN]

Bismillahirrahmanirrahim,
"Hidup tidak akan ceria jika kita keseorangan,
Berbekalkan fitrah semulajadi yang telah Allah tentukan,
Kita akan rasa bahagia bila dapat berkawan,
Bersama kawanlah kita mengenal erti kasih dan sayang sesama insan..."

Ini hanyalah secebis coretanku untuk dikongsikan pada sahabat-sahabat. Harapannya suatu hari nanti diriku akan tersenyum bila membacanya disaatku ditimpa duka atau sebaliknya supaya diriku ingat Allah sentiasa memberikanku senyuman.

Masih lagi segar di ingatan, saat-saat manis bersama sahabat-sahabat di sini iaitu sahabat istimewaku: Mira,Pysah,Fatin,& Shifa. Mereka yang ku kenali 3 tahun dahulu menjadi sebahagian keluarga yang amatku sayangi di bumi UIA ini.

==============================================
Kronologinya:
::19September2013::

Asalnya Lily plan nak ke UIA Kuantan untuk melawat Shifa.
Tapi entah macamana tiba-tiba plan tu tertukar. 
Last2 minute Lily yang pujuk Shifa datang ke UIA Gombak. 
Petang Khamis tu, Lily jemput Shifa di KL Sentral.
Dalam masa yang sama, rasa mengidam nak makan KFC 
sementara si Shifa nak makan Hot Box KFC yang baru tu.


   ==============================================
::20September2013::

Awal-awal sem, macam-macam festival yang ada. 
Contohnya masa tu ada Aisah Festival 2.0, PC Fair, Humanitarian Expo & Baazar Week.Lily & Shifa pergilah merayau sekitar festival yang ada kat UIA ni.
Tengah2 jalan tu jumpalah booth Life Line For Syria & Aqsa Syarif. Kat situ ada jual button badge,t-shirt,head band tentang palestin,syria & r4bia. 
Lily beli button badge yang comel2 tu sebagai 'mesej bergerak'.
Shifa yang tolong pasangkan kat beg Lily. Tengahari tu kami makan di cafe Evoke. Selepas itu, pergi ke Jalan TAR cari tudung dan blouse. Jalan2 terjumpa lagi pakcik jual button badge palestin. Kali ini design dan materialnya menarik.

Malam itu, kami bersiap-siap ke bilik Mira. Pysah pulak masa tu tengah tunggu kami di cafe. Sampai je di blok D, kami tercari-cari kat mana bilik Mira. Kami terdengar bunyi orang sedang mengaji. Kami pun terhendap-hendap di satu bilik ini. Tup-tup mira menyapa. Rindu rasanya masa itu.
Malam itu mereka belanja makan. Makan nasi campur bersama. Seronok rasanya masa itu lagi-lagi duduk dalam bilik usrah. Kami bertukar-tukar cerita mengimbau kenangan semasa di Ulu Yam suatu ketika dahulu. Selain itu kami sibuk buat persediaan untuk perjalanan ke Shah Alam pada keesokkan hari. Malam tu juga, Lily ajak dorang tengok cerita P2. Malam tu, si Pysah & Mira tak tidur sampai lah subuh.

   ==============================================
::21September2013::

Hari yang dinanti-nantikan tiba. Mira,Pysah&Fatin sibuk menguruskan kereta sewa pada pagi tu sementara Liy & Shifa bersiap-siap dalam bilik.
Mira menjadi tunggak utama dalam rombongan ini. Dialah satu-satunya driver yang paling cekap kutemui selain mak dan ayah. Berada di sebelahnya Fatin, yang menjadi co-pilot terpenting dalam menentukan perjalanan. Berbekalkan apps gps Waze yang ku sebut 'Wa Ze', kami ikutkan sahaja arahannya. So far, alhamdulillah guna Waze ni, kalau kita berada di tempat yang salah, dia beri alternatif jalan yang lain. Ada sampai satu tempat tu, dia berhenti dekat roundboard. Tergelak sakan kami pada waktu itu.

 ==============================================
::Destinasi-Taman Pertanian Shah Alam::

Perjalanan mengambil masa lebih kurang 1 jam. Tiket untuk masuk taman ini hanya RM1.00 manakala untuk masuk ke taman iklim 4musim RM3.00 Masa tu taman iklim itu cuma ada musim luruh berdasarkan iklim dunia sekarang ini.
Banyak jenis taman ada di sini, antaranya Taman Iklim, Taman Botani, Taman Kaktus, Taman Haiwan dan banyak lagi. Nak pergi ke taman-taman ini, ada banyak pilihan samada kita mahu berjalan kaki, berbasikal ataupun menaiki bas. Kami pilih menaiki bas disebabkan semuanya pemalas. :-P
Destinasi pertama kami ialah Taman Iklim. Nak masuk pintu pun nak ambil gambar.
Keadaan suhu di dalamnya amatlah sejuk. Tak silap dalam sekitar 15 celsius.
Ada 2 buah bilik yang dibuka untuk orang ramai. 
Satu bilik hanya bole dimuatkan 10 orang memandangkan kawasannya kecil.
Suasana di dalam memang rasa nyaman cuma rasa agak kurang berbaloi sikit sebab dalam taman itu kita hanya mampu melihat dari jauh sahaja di jembatan.
Seterusnya, kami berjalan-jalan di sekitar taman tersebut sambil menikmati seni Ilahi dan hidupan disekelilingnya. Kami ada singgah di Taman Haiwan. Kami bertemu dengan Ah-Chong si burung kakak tua yang gedik, kuda yang comel, dan landak yang berbau.Huhu. Perjalanan balik kami hanya berjalan kaki sahaja.
Seterusnya kami kelaparan dan singgah di KFC seksyen 2 sambil pusing-pusing di UITM Shah Alam.

 ==============================================
::Destinasi-Masjid Sultan Aziz Shah::

Masa ni pening sikit. Kami tersesat mencari jalan. Ada ke patut, lokasi yang Waze tunjukkan Masjid ni terletak di roundboard. Huk huk... 
Masa ni, banyak peniaga-peniaga menjual barangan islamik. Lily&Shifa sempat beli itu ini. Kami solat zuhur,asar & maghrib di sini. Masa ni jugak kami ada bincang tentang khilaf perempuan uzur masuk dalam masjid. Pysah yang murah hati tu belanja kami makan aiskrim. Nyumm


 ==============================================
::Destinasi-Muzium & Taman Dinosour Shah Alam::

Pysah & Fatin seronok sangat nak masuk Muzium Shah Alam disebabkan kemasukannya adalah percuma. Mira pula teringin nak masuk ke Taman Dinosour yang baru dibuka di Shah Alam. Lagipun bila lagi nak pergi tempat-tempat yang macamtu kan. Tiket berharga RM10. Nak masuk boleh amik gambar. Kalau tak boleh amik gambar, memang kami tak akan masuk jawabnya.
Kat dalam ni macam-macam spesies dinosour ada. Kami sempat pegang material yang digunakan untuk buat replika dinosour tu walaupun di situ dia tulis 'Jangan Sentuh'. Kami tak perasan pada mulanya. So, ini tidak sengaja :-P.
Seterusnya kami ke Muzium Shah Alam. Dalam ini banyak sejarah & replika mengenai negeri Selangor. Part paling seronok melihat Mira, Fatin, Pysah & Shifa main game 'Ladder & Snake'. Dah macam budak-budak pula. 
Tapi seronok sangat tengok diorang ni.


 ==============================================
::Destinasi-Taman Tasik Shah Alam::

Dah penat sangat melawat itu ini, kami singgah di Taman Tasik Shah Alam untuk berehat seketika sementara menunggu malam tiba. Kesian si Fatin yang benar-benar mengidam nak pergi air terjun.
Masa ni pun kami rasa macam budak. Main tiang gayut.

 ==============================================
::Destinasi-ICity Shah Alam::

Saat yang dinanti pun tiba. Kami beriya sangat nak pergi I-City ni. Lily dah masuk kali ke empat pergi sini. Boring rasanya. Tapi bila berkumpul dengan mereka, rasa excited pula. Matlamat utama kami nak merasa SnowWalk I-City. Bajet2 sorang RM25. Rupa-rupanya kena cas RM35 kalau masuk selepas pukul 6petang. Tapi xpelah yang penting dapat pengalaman dulu.
Pertama kali jejak dalam SnowWalk tu rasa macam 'biasa2' je. 
Sekali dah masuk pintu yang betul-betul rasa seronok &mengigil tak keruan. 
Lily sampai terlompat-lompat nak bergambar. 
MasyaAllah terasa amat sejuk masa tu. Suhu ketika itu di bawah -5celsius! 
Part mula2 tu main gelongsor ais. Sampaikan Lily terlanggar Shifa dan tergolek.
Seterusnya kami bermain pelampung ais, jalan sesat, gelongsor ais, kerusi skating.
Lepas 1jam lebih dalam SnowWalk tu, kami ke taman ICity tu. Masa ni Lily moody sikit sebab kamera mula berwap dan skrinnya tak berfungsi. Tapi mereka cuba menenangkanku. Waktu ni tak berapa best sangat, mungkin kami dah mula letih. Orang ramai pun semakin memenuhi ruang di situ.
Mira,Fatin & Pysah sempat bermain buai tergantung dan kereta bergerak. Tak ingat namanya apa. Lily & Shifa bermain kereta bergerak tu je. Part ni Lily suka sebab dapat drive kereta sementara si Shifa tengah ketakutan masa tu. Terima kasih sangat buat Mira yang sponsor tiket permainan tu. 

Dalam pukul 11.30malam, kami pun pulang ke rumah ayah Lily di Putrajaya. Asalnya nak berhenti dekat jembatan putrajaya untuk menikmati suasana malam di sana. Tapi tak eloklah bagi kami, perempuan di larut malam. Malam tu, Mira masakkan maggi kari untuk kami. Sedap sangat! 
Malam tu tak tahulah diorang tidur pukul berapa.


 ==============================================
::22September2013:Destinasi-UIA Gombak::

Pagi tu kami rushing sikit memandangkan kami kena pulangkan kereta sewa sebelum pukul 9pagi.Kami sempat bersarapan nasi goreng yang kakakku buat.
 Berkat pertolongan Allah, alhamdulillah kami tiba di UIA tepat pada masanya.

Sampai je di bilik Mira, kami tengok semula gambar dan rakaman video sepanjang pengalaman berada di Shah Alam. Tengahari tu makan bersama dengan Mira, Pysah & Shifa. Fatin mungkin tak terlelap masa tu. Petang tu Lily hantarkan Shifa balik ke UIA Kuantan di stesen bas Jalan Pekeliling. Sayu je masa tu. :'(
Cepat sungguh masa berlalu pergi.


"Tidak sempurna iman seseorang itu selagi dia tidak mengasihi saudaranya
 sebagaimana ia mengasihi dirinya sendiri" 
(Riwayat Bukhari dan Muslim)

Tuesday, September 24, 2013

Cermin Mata Baru


Bismillahirrahmanirrahim,
Malam sabtu haritu, cermin mata saya hilang skrunya dan menyebabkan besinya patah. Nak tak nak saya gam bingkainya dengan gam kasut yang diberikan oleh Nafisah. Hari isnin tu, tengah-tengah jalan di sekitar masjid tersempak gerai jual cermin mata di Business Centre. Saya pun terus tempah bingkai baru. Nak buat full set agak mahal sedikit, tambah lagi saya kena buat cermin photogrey memandangkan saya mempunyai rabun silau yang melampau.

Demi berjimat cermat, saya hanya beli bingkai sahaja yang berharga RM80. Cermin mata yang lama, tukang kedai terpaksa bawa ke kedai untuk potong dan haluskan cermin lama tersebut ke bingkai baru. 
Sepanjang hari itu, saya ke kelas, ke cafe, ke bilik, pergi meeting tanpa kaca mata. MasyaAllah...sungguh perit rasanya orang yang kerabunan ini. Ini belum lagi buta. Pelajar ICT memang banyak kuliah menggunakan projector. Saya yang duduk barisan hadapan dalam kelas pun masih kekaburan tak nampak apa yang terpampang di skrin. 
Selepas seharian pergi ke kelas tanpa kaca mata, alhamdulillah hari ni dapat merasa cermin mata yg baru dgn harapan dapat jaga pandangan, meneliti ilmu2, melihat tumbuhan2 hijau, melihat ayat2 suci quran. Suruhan melihat bnda2 baik itulah cermin mata terbaik buatku 

Kisah Kena Saman & Hikmahnya

Bismillahirrahmanirrahim,
Alhamdulillah, minggu ini dah masuk minggu ketiga untuk semester 3 saya berada di sini.

Kisahnya pada awal-awal sem haritu, saya daftar Mahallah pada hari isnin memandangkan pendaftaran hari Ahad tu saya sibuk menghantar kakak di Uitm Shah Alam dan di UM. Saya tiba di Mahallah Asiah lebih kurang jam 11 pagi. Seperti biasa, nak daftar bilik (check in) kena serahkan kad matrik di kaunter pejabat dan seterusnya pergi ke bilik serahan kunci. 

Saya terkejut ada catatan dalam kertas senarai nama penghuni Mahallah. Saya pun bertanya kepada MRC Mahallah yang bertugas di situ. Kemudian dia check surat-surat saman. Saya pun mula lah panik masa itu. Terfikir-fikir apa kesalahan saya pernah buat. MRC tu pun serahkan 'surat' itu. Hmm.....sungguh menyedihkan, rupa-rupanya saya kena compound dek 'failure to register Mahallah'. 

Patah semangat di hari pertama sem ini. Entah masalah apalah yang mereka hukum ini. Padahal saya sudahpun mendaftar Mahallah sebelum-sebelum ini. Kata orang, saman-menyaman di universiti ialah 'student life'. Ya, itu normal. Tapi sebaik-baiknya saya naklah bersih dari buat kesalahan.

Kepala saya masa tu dah mula tension-tension memikirkan nasib pada hari tu. Yelah...saman RM50 kot! Hati mulalah membuak dengan api kemarahan. Rasa seperti mahu membakar satu Mahallah dan bom satu UIA. Tak mahukah pihak Mahallah bertoleransi dengan pelajar. Tahunya mahu saman menyaman. Bermulalah episod 'anti Mahallah' pada masa tu. 

Tak mengapalah, mungkin ada hikmahnya berlakunya dugaan macam ni. Saya memang cepat tension lagi lagi bila kena saman. Sebabnya sebelum ini tak pernah kena saman. Mungkin sebab baik sangat kot. Saya tak nafikan, rasa seperti 'berburuk sangka' pada Tuhan itu memang hadir. Astaghfirullah....apalah yang saya fikirkan pada masa itu. Sungguh lemahnya diri ini. 

Selepas tiga hari mencari ketenangan, saya terus isi surat rayuan. Saya jelaskan apa yang terjadi disebalik kesalahan compound kepada Principal Mahallah. Kisahnya berlaku semasa saya mohon LIDV sempena program Mahabbah In Langkawi tempoh hari. Bersungguh-sungguh saya menulis karangan dalam surat rayuan tersebut dengan penuh rasa meraih simpati. 

=====================================================
Kronologi yang berlaku:
-Setiausaha Program maklumkan bahawa dia akan buat permohonan LIDV untuk semua peserta ke semua mahallah.
-Saya pergi ke Mahallah Office untuk buat confirmation.
-Staff A sahkan permohonan LIDV saya diluluskan. Saya perlu stay di bilik lama.
-Saya bertanya apa yang perlu saya buat selepas itu. Saya juga bertanya samada kena pulang kunci bilik lama dan kena register apa-apa tak.
-Staff A kata, tak perlu. Cuma perlu pulangkan kunci hari terakhir LIDV.
-Selepas tamat berprogram, saya kembali ke MO untuk pulangkan kunci.
-Staff B yang menjaga kaunter. Staff tanya kenapa saya tak 'check in'?
-Rupanya di sini ada istilah Check In, Check Out.
-Saya maklumkan saya ikut apa yang staff A kata. Tambah pula, kami sudah ke tempat program pada hari check in. 
-Staff B kata, "Itu saya tak boleh buat apa-apa. Awak ni memang nak kena saman.".
-Saya jadi tertanya-tanya. 

=====================================================
Isi dalam surat rayuan:
-Saya maklumkan kepada Principal tentang penjelasan Staff A dan terdapat misscommunication dan missed info.
-Saya masih tahun pertama yang masih tak biasa dengan prosedur, tambah semuanya diuruskan oleh setiausaha.
-Saya maklumkan saya ini budak baik yang tak pernah kena saman selama ini.
-Saya akui duit RM50 (kompaun saman) nilainya amat besar. Saya kata saya takde duit nak beli buku yang harganya mahal ditambah lagi dengan bebanan ekonomi.
-Saya pastikan bahawa tak akan ulang perbuatan itu lagi.
-Saya pastikan jika nak buat apa-apa akan rujuk prosedur penuh selepas ini.
=====================================================

Sepanjang minggu selepas itu, saya terus tiada mood, banyakkan berdiam diri, bermuhasabah semula, mungkin ada benda 'kureng' dalam amal atau urusan kita.



Selepas seminggu menunggu pending kelulusan surat rayuan, saya check status compound dalam Portal MyIIUM. Ditulis di situ sebagai 'WAIVED'. Waived? Apakah itu?
Check dalam Google Translate waived itu 'dipinggirkan'. Ya Allah...adakah rayuanku dipinggirkan? Hah, baguslah tu...terima bulat-bulat. Rupa-rupanya waived itu dibatalkan. Walaupun dibatalkan, tapi rekod dalam kesalahan jenayah UIA masih lagi ada dalam Portal. Rasa spoil sikit.

Alhamdulillah...syukur pada Allah yang sangat sayang pada hamba-hambaNya. Semalam saya sudahpun serahkan surat waived itu di Legal Unit. See....? Kalau kita bersabar sikit, inshaAllah Allah akan tolong punya. Allah...Allah, inikan tidak saya  cepat melenting & nak tension bagai. See?? Mahallah masih lagi beri peluang untuk kita buat rayuan. Kita kenalah terima sesuatu itu dengan penuh hikmah. 

"Dan boleh jadi kamu benci  pada sesuatu padahal ia baik bagi kamu."
 ( Ayat 216 : Surah al-Baqarah )

Ya...Allah sememangnya sedang mengajarku erti sabar, redha, tawakal dan syukur tika itu... :')

Disebalik kesedihan, pasti akan ada kegembiraan.
Disebalik air mata, pasti ada senyuman meniti dibibir.
Disebalik kesusahan, pasti ada kemudahan.







Saturday, September 7, 2013

Mimpi Itu... :-(

Bismillahirrahmanirrahim,
Alkisahnya suatu petang kelmarin saya tertidur selepas zuhur. Pukul 2 petang itu saya menonton cerita Detective Conan kat Astro Ceria. Episod cerita tu tentang 'Sumpahan Patung Buddha'. Episod tu sangat menarik tetapi episodnya bersambung minggu hadapan. Bila difikir balik, minggu depan saya dah tak ada rumah. Jadi, saya pergilah download sambungan episod tersebut.

Sementara menunggu file habis download, saya pun terlelap. Petang itu juga, saya ada termimpi sesuatu yang memberi seribu satu makna dan pengajaran buat saya.
Sebenarnya saya termimpi hari kiamat berlaku. SubhanaAllah...cukup menakutkan dikala bumi sedang bergoncang. Masa itu saya berada dalam rumah melihat betapa dasyatnya suasana rumah yang mula mematahkan tiang-tiangnya satu per satu untuk rebah ke bumi. MasyaAllah. Masa itu saya terfikir, sudah tiba masanya untuk saya kembali kepada sang pencipta. Mati.

Kita perhatikan semula lirik lagu Mati daripada Kumpulan Hijjaz, 

"sampailah waktu ajalkan datang
malaikat maut segera menjelang
di cabut nyawa tiada terbilang sakit terasa bukan kepalang
di cabut nyawa tiada terbilang sakit terasa bukan kepalang"

Scary kan? Masa tengah cedera dalam longgokan batu kat rumah tu, malaikat pun datang nak jemput roh saya [ tapi saya tak nampak pun rupa malaikat tu macamana]. MasyaAllah...Masa tu terasa meremang setiap pelosok badan. Umbun-umbun pun terasa. Bermulalah perintah Allah buat malaikat Izrail untuk mencabut nyawaku. Ya Allah...takut bukan kepalang di saat itu. Baru separuh nyawaku dicabut, sudah terasa ia benar-benar sakit. Seriusly, sakit sangat di saat nyawa dicabut. 

Tiba-tiba, mak masuk dalam bilik saya, mengejutkan saya yang sedang lena tidur diulit dengan mimpi itu. Allah...saya pun terbangun. Berpeluh-peluh seluruh badan. Saya pun terus mengucap dan beristighfar. Sepanjang petang itu, saya terus berdiam diri. 

Tapi wallahualam, saya tak tahu macamanalah rasa sakit yang sebenar nanti disaat kita nak mati nanti. Ini saya baru bermimpi separuh mati. Mati itu semestinya indah buat para syuhadah dan para kekasih Allah. Bila fikir semula, siapalah kita ini jika jauh dariNya ? Sesungguhnya mati itu tersangatlah pasti. 

" oleh lah itu wahai sahabat
iman di dada perlu di tingkat
oleh lah itu wahai sahabat
iman di dada perlu di tingkat "
-Mati, Hijjaz

Sekadar Renungan & Coretan

Thursday, September 5, 2013

Apa Guna Ada...

Bismillahirrahmanirrahim,

Tapi...kadang-kadang itu kita guna untuk maksiat.  Hmmm... :-(


Tuesday, September 3, 2013

Ayam Goreng Berempah

Bismillahirrahmanirrahim,
Sebenarnya saya semakin xde idea nak tulis apa dalam blog ini. Banyak output keluar berbanding input dalaman diri ini. Tapi inshaAllah lah naik sem baru nanti, ada juga benda terisi.

Alhamdulillah, semalam saya try masak ayam goreng berempah. Dengar macam complicated nak rempah-rempah bagai. Rupa-rupanya xdelah serumit yang disangka. Ini pun dapat resepi daripada kawan rapat. Kalau tengok dalam internet, kebanyakan resepinya berlainan dan complicated. Eloklah perempuan belajar memasak kan.

Saya sememangnya bukanlah seorang yang gemar memasak. Makan je tahunya. Sejak masuk asrama semasa sekolah menengah dulu, lagilah masa kita terhad di rumah. Lepas SPM, cuti beberapa bulan itulah saya rajin-rajinkan diri untuk memasak. Tapi x selama mana, saya pun terus melanjutkan pelajaran di UIA PJ. Mana ada masa sangatkan nak masak-masak ni? Sekarang ini pun saya lebih suka spend masa depan laptop, main video game. Tapi semakin lama, saya fikir ianya semakin lagha.

Memandangkan umur semakin menginjak dewasa [ dewasa ke??], nak xnak kita lah rajin-rajin memasak. Ye lah...perkara ini boleh dikatakan satu kemahiran yang penting. Lagi-lagi nanti nak jadi bini&emak orang. 

So far alhamdulillah, cuti semester 5 bulan ini, macam-macam resepi yang pelajari. InshaAllah, dari semasa ke semasa, banyak benda lagi saya akan belajar. Biarlah permulaan itu sedikit, asalkan istiqamah.

=============================================================

Inilah cara mudah untuk masak ayam goreng berempah:

Bahan-bahan diperlukan:
ayam
serai
halia
garam
serbuk cili
serbuk kari
daun kari

Dah itu je pun...

Cara-cara memasak:
1. Kisar serai (5/6 batang) dan halia.
2. Selepas itu, gaulkan ayam dengan serbuk kari dan serbuk cili.
3. Campurkan bahan yang dikisar dengan ayam yang sudah digaul dan campurkan sedikit garam.
4. Perapkan ayam yang digaul itu selama 30minit.
5. Goreng ayam tersebut dan campurkan daun kari.

Siap...

Mak kata rasanya macam makan nasi kandar. Alhamdulillah...yang penting kita buat keluarga kita suka :-)