Post Terbaharu :

Friday, November 8, 2013

Berjoging Di Waktu Malam

Bismillahirrahmanirrahim,
Alhamdulillah leganya rasanya bila dah submit Assignment#2 Web Programming tadi. Seharian berhempas pulas buat coding sampailah petang itu tak sempat untuk pergi berjoging. Sekarang ini barulah saya tahu apa bezanya antara html dan php.

Bila tugasan demi tugasan dah siap, rasa macam boring bila duduk dalam bilik ini.  Tadi saya cuma makan jajan dan maggi je dek sibuk buat coding. Roomate dah tawarkan untuk belikan nasi lemak Mahallah Maryam yang sedap tu. Nasi Lemak??? Oh tidak. Tak mungkin saya nak spoil diet. 

Maka malam tu juga (tadi) saya nekad untuk keluar berjoging. Berbekalkan jam tangan kalori ini lagilah bersemangat nak berjoging. Saya tak beranilah nak berjoging satu UIA ini. Perempuan tak elok lah keluar bersendirian lagi-lagi waktu malam macam ni. Jadi saya hanya berjoging di court Mahallah Asiah ni.
So far...Alhamdulillah..seronok jugak berjoging waktu malam ni. Dapat kifarah kalori yang diambil tadi. Nasiblah kt mahallah ni ada court yang boleh buat untuk jog. Cuma tadi, keadaan dekat court ni agak gelap, banyak pokok-pokok. Saya yang rabun ni ingatkan ada mahluk-mahluk halus lah tadi.

The most sad fact is anggaran hanya lebih kurang 200cal je terbakar dalam msa 30min jog tadi.Tapi ok lah daripada tersimpan jadi lemak dalam badan.Huhuhu

Lepas ini, mungkin nak amalkan saranan aktiviti yang Rasulullah galakkan seperti memanah, berenang dan apa lagi eh...

Wednesday, November 6, 2013

Pasar Malam | KICT

Bismillahirrahmanirrahim,
Memandangkan kelas tutor Database 2 cancel tadi, saya dan classmate sama-sama meluangkan masa ke pasar malam yang terletak berdekatan dengan KICT dan pintu keluar 2 UIA. Saya pun baru tahu, rupa-rupanya di situ terletaknya kampus BMI UniKL dan jalan tersebut tembus ke pekan Gombak.

Sepanjang duduk di UIA ini, inilah kali pertamanya saya ke pasar malam ini. Kalau student ICT, jangan ditanya pernah pergi ke tidak. Sudah pastinya pasar malam menjadi salah satu favourite mereka dek tempatnya dekat dengan kuliyyah kami.
Inilah hasil apa yang kami beli tadi. Waktu maghrib tu kami stay di musolla KICT tingkat 3 sementara menunggu kelas tutor Web Programming malam itu. Alifah & Fasila yang menemaniku. Kami berkongsi juadah dan makan bersama-sama. 

Alhamdulillah...seronok rasanya makan beramai-ramai. Benarlah orang kata, 'Kalau makan beramai-ramai cepat kenyang'. Mungkin inilah dikatakan nikmat ukhuwah. Selain itu, ianya dapat mengeratkan ukhuwah antara sahabat-sahabat di sini. Kami bertukar-tukar cerita. Masing-masing ada kisah lucunya tersendiri. Comelnya...


Sayangilah setiap pertemuan dan perkenalan itu...

Monday, October 28, 2013

Bermain Squash Di Hujung Minggu

Bismillahirrahmanirrahim,

Memandangkan bumi UIA Gombak sentiasa dibasahi hujan di waktu petang, tak dapatlah saya nak berjogging. Minggu ini amat memeningkan saya. Banyak kuiz dan mid term exam yang belum selesai. Tak kan asyik nak memerah otak dan duduk sahaja dalam bilik kan?
Jadi saya nekad untuk bakar kalori dengan bermain squash di Female Sport Complex pada hari Sabtu dan Ahad.

Keadaan cuaca pada waktu itu tak berapa baik. Kilat sabung menyabung. Langit mendung kegelapan. Main squash ni senang, sebab tiada partner untuk menemani kita pun takpe. Kita cuma perlukan dinding. Sebab itulah saya suka. Cuma kos dari segi peralatan itu agak mahal sikit dan tempat untuk bermain pun agak terhad.
Harga sebatang raket pun dalam range RM90-RM150. Itupun cap biasa-biasa. Bolanya berharga RM9-10. Alhamdulillah, saya dapat beli dengan harga yang murah di laman Mudah.my semester lepas. Muna yang tolong belikan. Bolanya boleh cari di Jusco atau Aeon Big.
Ni masa bermain squash dengan Ed sem lepas.

Bagi sesiapa yang baru pertama kali bermain sukan ini, memang agak sukar untuk bermain walaupun tampak  mudah. Kita kena 'jaga' kelajuan bola yang melantun. Mula-mula tu juga, saya agak segan nak bermain. Orang yang ada disekeliling melihat saya yang tak pandai bermain ini. Tapi lama kelamaan saya rasa semakin selesa.

Apa yang saya dapat melalui sukan ini, selain daripada dapat bakar kalori dalam 300-500cal (untuk 1jam) ianya juga mengajar kita erti 'istiqamah'. Bila kita melantunkan bola, kita kena tahu arah pergerakannya dan kita kena tahu sekuat mana kita lontar bola tersebut. Kalau tak mahu bola itu asyik terlepas, lontar bola itu dengan kelajuan yang konsisten (ni yang untuk bermain secara single).

Sama juga dalam kehidupan seharian kita. Setiap amal yang kita kerjakan, hendaklah beristiqamah. Jangan hangat-hangat taik ayam. (peringatan buatku).

"Amal yang paling disukai Allah adalah 
amal yang dilakukan secara istiqamah  walaupun sedikit"

~Riwayat Bukhari Muslim drpd Aisyah~










Friday, October 25, 2013

Terlanggar

Bismillahirrahmanirrahim,

Kisah Hari Ini...


"...Tadi pagi nak pergi kelas Tutor, tup...tup kelas cancel 




Pagi tadi juga tak sempatlah nak berserapan, maka perut pun berkocak-kocak kelaparan.
Tersinggahlah di Cafe Babush. Time nak parking basikal di ruangan yang sempit dan crowded itu, terlanggar sebuah motor yang dipercayai milik seorang lelaki.



'ktuk...ktuk...ktuk', bunyi benda terjatuh.
Allah....cermin motor tu tertanggal. Merah biru mukaku waktu itu. Orang disekeliling melihatku seakan-akan diriku seorang penjenayah!
Panik masa memasangkan cermin itu semula. Dahlah diri ni xreti bab2 motor. Cuba punyalah cuba tapi xberjaya juga nak pasang kepala cermin motor itu.

Dengan rasa rendah hati...saya menulis memo dan berikan no phone kepada pemilik motor untuk memohon maaf. Sejurus lepas tu, saya 'larikan diri' & pecut balik ke Mahallah kerana sudah fobia. 

--------------------------------

Sedih rasanya sampai xde mood nak makan. 
Tiba-tiba dapat mesej berbunyi, "Ok xpe, maaf diterima (owner motor)".
Ya Allah...Alhamdulillah..wa syukurillah!!! Terus semangat nak makan....."

Berkat hari jumaat. Mudah je kan? Mohon maaf xakan merubah masa lalu tapi dapat mengubah masa hadapan. Semoga Allah merahmati pemilik motor itu.

Huhuhu

Friday, October 11, 2013

Kembang Kecut Kembang

Bismillahirrahmanirrahim,
Tadi pergi area centre tersempak classmate lama. 
Dia kata, "Eh, kenapa Lily semakin 'comel' ni?"

Comel tu bukan sebab apa. Sebab sudah kembali 'berisi'. :-(
Kawan lagi sorang tu menyapa, "Dulu waktu Lily susut, kurus betul! Ni semua lepas Lily berhenti diet kan" 

Haha...memang betul pun. Saya sudah kembali berisi. Cuti semester hari tu membuatkan berat saya naik 8kg! Patutlah sem ni rasa 'berat', pemalas dan self demotivated.
Rindu rasanya zaman diet dulu tu. Masa tu kita lebih banyak menghargai nikmat kesihatan, dapat kawal nafsu, dapat save duit dan suatu masa tu kita boleh merenung 'kesusahan' orang lain.
~Zaman kecut, sem 2 tahun pertama~

Hmm...sem ni saya dah mula berdiet. Tapi masih tak berapa nak berjaya. Mungkin banyak faktor luaran. Boleh ke nak teruskan ni? Rasa macam menyesal tak jaga mind setting awal -awal sem haritu. Sia-sia saya bersusah penat berdiet dulu tu. For things to change, I must changes first!.

"...Berhentilah menyesali apa yg telah terjadi. 
Kegagalan hanya sebuah pelajaran 
yang menghiasi perjalananmu menuju kejayaan hari ini...."

~Rasanya zaman CFS lagi chubby~




Thursday, October 10, 2013

Projek B 2.0

Bismillahirrahmanirrahim,
Projek B='Projek Biru'. 
Saya rakamkan sekitar pemandangan 
di Mahallah Aminah UIAM Gombak masa nak pergi Cafe haritu. 
Saya tak tahu sangat kat area mana hotspot untuk tangkap gambar di Mahallah ni.
Projek ini lebih banyak fokuskan langit biru. 
Tekniknya menggunakan shutterspeed,iso,aperture, hdr & saturation.






Bila renung ke langit, kita tahu itu Langit Ilahi