Post Terbaharu :

Tuesday, September 16, 2014

Bilik & Mahallah Sem Ini

Bismillahirrahmanirrahim,
Alhamdulillah, untuk semester kali ini saya dapat bilik di tingkat 1. Sudah 2 tahun duduk di tingkat 4, iaitu paling atas sekali. Saya masih lagi duduk di Mahallah Asiah sejak tahun pertama. Kebanyakan penghuni di sini terdiri daripada kuliyyah ICT, Engineering, Human Science, dan Architecture.

Di UIA, mahallah (kolej keidaman/asrama) cuma ada 4 tingkat. Cuma Mahallah Sheikh Humaid, sebuah mahallah baharu yang ada 5-6 tingkat. 

Ruang belajar dan tidur.

Bilikku yang kemas.

Meja belajar & stick board.

Keluar je bilik, terus jumpa mesin basuh, sinki, tandas dan water cooler.


Ruang tamu. Bahagian luar agak bersepah sedikit.
Untuk pengetahuan, semakin 'tua' kita di UIA ini, semakin kurang tingkat bilik. Bilik di tingkat atas dikhususkan kepada adik-adik junior. Kalau ada kosong di tingkat bawah-bawah, bolehlah junior-junior masuk. Sistem bilik Mahallah di UIA ini, kita guna sistem booking. Ala-ala booking tiket flight. Boleh pilih bilik dan compartment yang kita mahu. Tapi biasalah, nak booking ni memang kena cepat sebelum disambar orang lain.

Yuran bagi Mahallah ialah RM420 + RM12.50 (kos elektrik) bagi setiap semester. Mahallah Asiah ni boleh dikategorikan Mahallah yang baharu lah juga sejak dia siap dibina pada tahun 2006.

Walaupun saya agak kecewa dengan kebanyakan admin-admin UIA ni, saya bersyukur masih ditempatkan dengan tempat tinggal yang selesa dan berkonsepkan privasi. Cuba bandingkan di universiti lain, ada yurannya mahal sangat. Berkongsi bilik yang ramai. Ada yang tak dapat kolej langsung, terpaksa tinggal di rumah sewa.  

Bersyukurlah...

Misi kita sekarang, adalah misiku kuza, manfaatkan peluang kemudahan sebaik-baiknya.










Friday, September 12, 2014

Semester Ke-5, Tahun Ketiga UIAM

Bismillahirrahmanirrahim,
Pejam celik, pejam celik. Rasa seperti baru masuk UIA. Rupa-rupanya sudah masuk tahun ketiga. Lagi 4 semester untuk dihadapi iaitu lebih kurang 2 tahun lagi. 
Kali ini bukan masa untuk bermain-main lagi. Sudah patut mula serius. Belajar dari pengalaman yang lepas. 
Semester yang sudah berlalu, saya sudah merasa zaman gemilang, menjadi aktif, menjadi pasif, berseronok bersama kawan-kawan, berseorang diri, dapat rezeki yang tak dijangkakan, zaman kurus gemuk, zaman senang susah, boros, kena saman, dapat keputusan cemerlang, dan pernah gagal dalam subjek. Dan macam-macam lagi. 

Ini semua rencah kehidupan. Apatah lagi itulah kehidupan seorang pelajar. Itulah pengalaman. Pengalaman sememangnya mematangkan hidup.

Tahun Pertama
Zaman 'Pengenalan'

Tahun Kedua
Zaman 'Kejahatan'&'Kejatuhan'

Tahun Ketiga
Zaman 'Kembali'

Tahun Keempat
Zaman 'Bekerja'

Cuma apa yang saya tidak tahu dan anda juga tidak tahu, apa yang akan berlaku dalam masa 2 tahun ini? Semoga Allah permudahkan urusan duniawi dan ukhrowi kita.

Ayuh Tajdid Niat!


Thursday, September 4, 2014

Kecewa : Jangan Suka Sangat

Bismillahirrahmanirrahim,
Tiba-tiba hati mula goyah. Tak tenteram. Jiwa kacau. Aku tak sure apa sebabnya. Atau sememangnya aku cuba menafikan sesuatu.

Frust. 
Perasaan seperti ini susah aku jumpa. Melainkan merajuk. 

Bila teringinkan sesuatu itu secara mendalam, dan kesudahannya kita tak dapat apa yang kita nak itu, kecewalah jawapannya.

Ayah aku selalu berpesan, 'jangan berlebih-lebihan dalam sesuatu'. Kakakku pun kata, 'jangan terlalu suka/happy pada permulaan'. Sebab ianya belum pasti.

Sama juga bab jodoh, kadang-kadang kita suka kan seseorang dan kita mengharapkan lebih. Sedangkan orang itu tak mahu kan kita. Jangan begitu. Allah kan sudah tetapkan siapa jodoh kita.
Aku tak nak kalah dengan perasaan seperti ini. Aku tak mahu perasaan ini menguasai diriku. Aku sepatutnya bersandarkan pada Tuhan. Semoga Dia tetapkan hati dan iman dalam diri.

Aku malu tulis benda-benda macam ni dalam blog. Aku tulis sebab aku nak 'lepaskan' nya. Biar terpahat dalam blog, bukan dalam hati. Tak kisahlah sape yang sudi nak baca.







Wednesday, August 27, 2014

Quotes: Forrest Gump

Bismillahirrahmanirrahim,
Filem-filem lakonan Tom Hanks sememangnya menjadi filem kegemaran saya untuk ditonton. Kebanyakan filem dia bertemakan 'kehidupan survival'. Bagi saya, filem ini sarat dengan intinya, tentang kehidupan, setia kawan, pengorbanan, kasih sayang, percintaan, kesedihan dan inspirasi. Memang patut filem ini dilabelkan sebagai filem yang cemerlang. 

Saya sendiri tak sangka, filem ini dibuat pada tahun 1994. Tapi penggunaan teknologi CGI dalam filem ini sangat baik. Seni gambar dia pun cantik je. Seperti biasa, filem yang sarat dengan elemen motivasi akan meninggalkan bekas di hati.

Forrest Gump ini ialah seorang lelaki yang lemah IQ-nya. Berbekalkan panduan dan didikan daripada ibunya, dia meneruskan kehidupannya seperti orang lain mengikut acuan tersendiri walaupun orang sekeliling melabelkan dirinya seorang yang bodoh.  Jangan disangka, sebodoh-bodoh dia pun banyak kelebihan dan kemuliaan dia berbanding dengan orang lain yang serba sempurna.
Antara quote yang saya suka ialah:

"Mak saya selalu kata, 'Hidup ini umpama sekotak coklat, kita tak akan tahu apa isi di dalamnya'"


"Percayalah, setiap hari-hari kita, pasti ada keajaiban"


"Kita perlu buat yang terbaik dengan apa yang Tuhan sudah beri pada kita"


"Mak, kenapa mak dah nak mati? Sebab ia sudah tiba masanya. Mati itu sebahagian daripada kehidupan"


"Kamu ni bodoh ke? Tak, orang bodoh je buat benda bodoh"


"Kenapa kita tak dapat banyak hasil? Sebab engkau kurang berdoa"


Semoga ada manfaatnya. Lepas ni nak tengok cerita Laskar Pelangi & Sang Pemimpi pulak. :-)

Friday, August 22, 2014

Mengharapkan Perubahan...

Bismillahirrahmanirrahim,
Baru seminggu berdiet. Alhamdulillah, sudah 4kg turun. Harap-harap, sebelum masuk sem baharu ni nanti dapat turunkan banyak sikit supaya nanti boleh jadi lebih aktif. Apa yang diperlukan sekarang ni, determination dan semangat perlu tinggi dan berterusan. :')
Semoga diizinkanNya.
Kenangan silam je ni. 
Target loss 10kg.

Thursday, August 14, 2014

[UPDATE] Projek Koswer

Bismillahirrahmanirrahim,
Saje nak tunjuk progression projek koswer untuk cikgu sekolah. Rasa nak release sikit. Kot-kot2 ada orang nak komen. Seriusly, susah nak buat benda ni. Pengisian dia terlalu banyak. Kena banyak bersabar.
Ini sebahagian sahaja. Banyak lagi nak kena buat. :-(