Post Terbaharu :

Friday, May 15, 2015

Tragedi Last Class 14 Mei

Bismillahirrahmanirrahim,
Kalau di UIA, 13 Mei 2015 pastinya diingati kerana isu rampasan mikrofon Rafizi Ramli ketika berucap dalam Forum Gst. Lain pula kisah aku pada hari keesokkannya.

14 Mei merupakan hari sesi terkahir kuliah pada sem ini. Kelas terakhir semua pelajar semestinya gembira. Aku baru sahaja selesai buat pembentangan projek Animasi. Aku cadang nak raikan rasa penat lelah itu dengan pergi makan di KLCC bersama kawan. Release tension. Aku seronok sangat pada masa tu.

Namun....bila tiba di KLCC, ada satu peristiwa besar berlaku. Tak sampai 15 minit kami balik semula ke UIA dengan bermuka masam. Ada konflik berlaku antara aku dengan kawan rapat aku itu. Aku tak nak ceritakan apa yang berlaku. 

Cuma apa yang aku nak highlightkan:
Kita merancang, Allah menentukan. 
Manusia merancang dgn cita, Allah merancang dgn cinta.

Bila kita merancang sesuatu, jangan terlalu gembira.
Cukuplah bersederhana...

Minta maaf wahai sahabat....



Kenapa Kita Lupa?

Bismillahirrahmanirrahim,


Kenapa kita mudah lupa?


Supaya kita dapat lupakan kesedihan yang lalu...

Friday, March 27, 2015

GST: Cabaran & Motivasi

Bismillahirrahmanirrahim,
Pagi tadi, kami sebagai mahasiswa dan penuntut di UIAM mendapat berita yang agak mendukacitakan dari pihak UIA sendiri di mana yuran pengajian kami mula dinaikkan bersempena GST yang bakal dimulakan pada bulan April ini.

Luluh rasa hati. Ringgit Malaysia yang sedang jatuh, sara hidup semakin sempit, ditambah pula dengan cukai GST inikan pula yuran semakin meningkat. 

Apa-apa pun, tunggu penjelasan dari pihak SRC UIA akan isu ini. Sebagai seorang rakyat marhein yang kerdil ini, amatlah muak dengan suara yang seperti tidak diendahkan. Jika kita membantah sekali pun, mungkin lokap atau penjara menjadi sasaran. 

Siapalah kita mahu melawan atau mengubah? Benar, suara rakyat lebih berkuasa, tapi tengoklah realiti di Malaysia bro...

Saya teringatkan pesanan Prof Dr Muhaya akan kos sara hidup yang semakin meningkat. Kata beliau, jika situasi ini berlaku cuba ambil dari sudut positif. Dalam kesempitan wang, push diri kita untuk sentiasa berjimat cermat. Didik sifat suka menabung. Didik sifat bersungguh-sungguh dalam bekerja. Jadikan ia sebagai motivasi.

Bila fikir balik, betul jugak apa beliau katakan tu. Walaupun tahu latar belakang Prof tu sebagai seorang doktor yang mungkin 'bernasib baik' dari segi ekonominya.

Kita ni, sikit-sikit nak makan sedap-sedap atau mewah-mewah. Sikit-sikit nak hang out, OOTD, throwback. Mentang-mentanglah sekarang ada instagram. Boleh lah show off. Mana duit tak habis.  Rasanya, takde masalah kalau nak enjoy, tapi sekali-sekala je lah.
Sebagai seorang pelajar, rasa tercabar hidup di zaman ini. Hal sendiri pun tak pandai diuruskan. Kawan-kawan banyak pengaruh jugak. Nak kahwin lagi banyak benda nak fikir. Fikir hal anak-anak lagi tu. Nasib badan kahwin selepas GST.

Semakin lama, semakin faham keperluan menyimpan harta, aset, emas, perak dan Solat Dhuha tu.

Sunday, March 22, 2015

Kaki Kiri Lemah

Bismillahirrahmanirrahim,

Hari ini dalam sejarah, saya telah memandu kereta Kancil kat rumah ni buat julung-julung kalinya. Tadi ayah ajarkan cara memandu kereta. Patutnya, dari tahun lepas saya dah belajar memandu, tapi disebabkan ada hal yang tak dapat dielakkan, maka terpaksalah ditangguhkan buat sekian lamanya. 

Ikutkan perancangan hidup, memang saya nak amik lesen pada umur 22 tahun. Nak kurangkan fobia dulu2 yang pernah terlibat dengan kemalangan. 

Nasiblah kat belakang rumah ni ada tanah lapang. Boleh lah belajar dan cuba memandu kereta. Mula-mula tu agak pening juga bila ayah ajar macam-macam benda bila nak gerakkan kereta ni.

Ayah suruh saya tekan klac,brake dan minyak berkaki ayam. Sebab takut bila saya pakai kasut, tertekan semua pedal. Kereta banyak kali enjin termati. Sebabnya saya ada masalah nak tekan pedal. Kaki kiri khususnya.

Sejak kena leg dislocation, kaki kiri saya memang terasa lemah. Susah nak bergerak,menekan atau nak sepak. 

Risau jugak bila nak ambil test JPJ nanti. Apatah lagi kalau nak memandu di jalan raya. Nampaknya mungkin nanti kenalah ambil kereta auto. :-(





Sunday, March 15, 2015

Ujian SRP

Bismillahirahamanirrahim,
Alhamdulillah, pada 14 Mac 2015 semalam, saya bersama rakan-rakan sepersilatan Silat Cekak Ustaz Hanafi UIAM Gombak telah menduduki ujian Sijil Rendah Persilatan (SRP) di Akademi SCH dan syukur kami telah lulus dalam ujian ini.
SRP ni kira macam ujian PMR. Apa yang kita sudah belajar dalam silat cekak, kita apply dalam ujian ini. Boleh tahan dasyat. Dalam ujian ini ada ujian teori dan praktikal. Dalam ujian praktikal lah saat paling menakutkan. Kita menangkis serangan musuh. 

Pada awalnya, memang saya berat hati nak ambil ujian ini disebabkan tidak rasa begitu yakin. Orang yang hebat-hebat je boleh ambil. Bila kawan saya ajak, saya kata pada dia: 
"Alah....ujian SRP ni bukan boleh bawa ke kubur pun nanti".

Kami sempat berlatih silat selama 2 minggu hasil didikan dan bantuan Tuan Penyelia, Abang Husni yang tak jemu-jemu mencurahkan ilmu. 

Bila sudah berada di pentas ujian, perasaan takut itu membuak-buak. Bila sang musuh datang di hadapan kita, perasaan itu boleh diketepikan. Yang penting kita dapat menjatuhkan musuh, Perasaan takut boleh bertukar jadi berani. Sebenarnya, lemah itulah sumber kekuatan.

Bila diumumkan kami lulus,
"Memang silat ini tak bawa ke kubur, 
tapi boleh bawa ke restoran depan kubur"


Muka-muka lega selepas tamat bahagian masing-masing.
 
Awesome Team!




Terima kasih Abg Husni, pengajar yang setia, UIA Kuantan sponsor bas, Si Gendut yg byk tolong mengajar, Zahra suka mengajak, Kak Fika,Nina dan Amal yang spend masa utk berlatih dan sahabat2 yang lain. :-)








Monday, March 9, 2015

Solat Itu Program

Bismillahirrahmanirrahim,
Bagi saya, 'cabaran' bergelar 'mahasiswa' adalah susah bangun solat subuh. Benarlah trainer saya pernah kata dahulu, '20 peratus sahaja yang mampu bangun solat subuh'. Bandingkan zaman sekolah, kelas kita bermula seawal 7.30pagi, jadi memang tidak hairan kita akan bangun subuh. 

Sejak dari kecil di bangku sekolah kita sudah dilatih secara tidak langsung untuk bangun subuh. Bila sudah beranjak ke alam kampus, kita ditinggalkan bersendirian kerana sudah pandai berdikari. Tetapi, adakah bangunnya kita sama seperti dahulu? Tambah lagi di waktu hujung minggu, rata-rata masih beradu di atas bantal yang empuk ketika sudah teriknya matahari. 

=========================

Baru-baru ini, langsir bilik di Mahallah Asiah sudah ditukar warnanya dari warna kuning kepada warna maroon gelap. Kalau kita tutup langsir ini, memang tak dapat bezakan siang atau malam. Sejak dari itu, saya mengalami masalah nak bangun Subuh. 

Kadang-kadang itu, saya meminta kakak saya yang berada di UM untuk miss call saya di waktu Subuh.

Semalam, saya ada kursus di luar kawasan kampus seawal 8 pagi. Jika terlambat, kami akan ditinggalkan. Oleh kerana terlalu risau, saya minta kakak saya miss call saya beberapa kali. 

"Kak, boleh tak tolong kejutkan Lily Subuh esok. 
Sebab ada program esok ni. Takut terlepas".

Wah, nak bangun Subuh sebab ada program ye? Dah Allah program-kan Program Solat Subuh setiap hari itu bukan namanya program jugak? 

Seorang programmer akan faham bagaimana program-kan sesuatu. Mengharapkan hasilnya terbaik. Haiyaaa! Saya sendiri dah la belajar programming.

Peranan orang sekililing dan aktiviti seharian kita banyak mainkan peranan dalam menjayakan program ini.