Post Terbaharu :

Tuesday, May 31, 2011

Minta Maaf : Jalan Terakhir


Bismilllahirahmanirrahim,

فَسَبِّحْ بِحَمْدِ رَبِّكَ وَاسْتَغْفِرْهُ إِنَّهُ كَانَ تَوَّابًا
maka bertasbihlah dengan memuji Tuhanmu dan mohonlah ampun kepada-Nya.
Sesungguhnya Dia adalah Maha Penerima taubat.


Ketuk-Ketuk Hati : Hukum alam, manusia memang terlampau banyak kekurangan dan khilafnya. Pabila terletaknya sesuatu kesalahan itu, MEMINTA MAAF adalah 'jalan terakhir' yang kita pilih. Kemudian, apa jadinya? Noda silam kembali bertaut.
Mudah ke jalan yang menjadi titik noktah itu? Tidak!!! Jika gersang penyesalan dalam diri.

Walhal itu, jika adanya yang menyakiti hati kita, MEMBERI MAAF itu adalah yang sebaiknya.
Beringat-ingatlah sifat kasih Rasullullah,mudahnya Baginda memaafkan umatnya.

"Memberi Lebih Baik Dari Menerima,
Memberi Kemaafan Lebih Baik Dari Meminta Maaf"

Wednesday, May 25, 2011

Bila Laa Nak Jadi Hebat Ni...





‎"Kalau kita bukan orang hebat, sampai bila kita xnak jadi hebat?
 
Allahu rabbi, marilah kita sama2 menjadi KELEBIHAN kita dan dalam masa yg sama, cari juga KELEMAHAN dan perbaikilah ia, supaya, kita menjadi orang yg flexsible... insya-ALLAH... smoga diri ini tabah dan menjadi yg lebih baik! :)"

~Huda Fauzi~







Pesanan sementara:ketuk-ketuk xdapat nak update blog buat sementara waktu ini kerana terlibat dengan minggu orientasi pelajar baru asasi Uia....

Sunday, May 22, 2011

Terharu Dengan Imam Muda Nazrul


Bismillahirrahmanirrahim...
Terkesima saya melihat keberanian peserta Imam Muda musim ke 2,IM Nazrul yang mempertahankan sahabat seperjuangannya yang kurang menunjukkan prestasi memberangsangkan dalam program memecah tradisi itu dengan meminta mudirnya supaya tidak melakukan penyingkiran mingguan pada minggu ke 4.

Tindakan wajar oleh anak kelahiran Segamat,Johor ini adalah berlandaskan sebab musabab kesemua peserta masih lagi dalam proses menuntut ilmu dan seharusnya diberi peluang untuk mereka memperbaiki diri. Sehinggakan itu,IM Nazrul sanggup menerima denda khidmat masyarakat demi menyahut perjuangannya bersama peserta-peserta lain.

SYABAS IM NAZRUL!

Ketuk-ketuk Hati: Terharunya ada sahabat yang ingin berjuang bersama dengan kita dalam erti mahu mencari redha disisi Ilahi.Kita ni,nak masuk syurga bukanlah untuk diri sendiri sahaja...
maka sebab itulah,ajaklah orang lain bersama-sama melayari keindahan syurga itu.

"SATU UNTUK SEMUA,SEMUA UNTUK SATU"

Sebelum TA'ARUF WEEK 2011 Menjelma...


Bismillahirahmanirrahim...
Berdebar hati,menghitung beberapa saat sahaja lagi, induksi minggu taaruf Uia ni yang akan membuka tirai pada 23-27 mei ini.
Apapun,ambil lah kata-kata ini sebagai input permulaan menjalankan tugas program ini :
Gambar ihsan Bro Syahmi Ibrahim

"Sebelum kita melangkah kaki esok,ikhlaskan niat masing2 bekerja kerana ALLAH,bukan kerana 'jawatan' ataupun 'elaun'..semoga amal kita diterima sebagai ibadah kepadaNYA..xkisahla apa jawatan yg kita pegang sekalipon,kecil,besar,tinggi,rendah,sentiasa amlkan sifat tawadhu dan merendah diri seperti khalifah Umar Abd Aziz dan Khalid al Walid..dan buatlah yg terbaik demi ISLAM dan UIA tercinta..(peringatan bersama)"

~Kak Hadibah Halim~


Ketuk-ketuk Hati: Jaga niat kita apabila SEBELUM,SEMASA dan SELEPAS

Wednesday, May 18, 2011

Sebelum Kita Tidur....

"Empuknya bantal ni"


Bismillah,

"Sesiapa yang mengucapkan pada masa dia mahu tidur : Astaghfirullahal' azim...allazi La ila-ha illa, huwal Hayyul Qayyum, wa atu-bu ilaih (Aku pohon ampun kepada ALLAH, tiada TUHAN selain DIA, DIA Yang Maha Hidup lagi Maha Berjaga, dan aku bertaubat kepadaNYA), maka di ampun dosa-dosanya walaupun sebanyak buih di lautan, walaupun sebanyak bilangan daun di pokok, walaupun sebanyak pasir di pantai dan walau sebanyak mana bilangan hari di dunia." (HR at-Tirmizi)


Ketuk-Ketuk Hati:
Sudah terhapuskah dosa kita hari ini? Semalam bagaimana?
Kelmarin bagaimana? Minggu lepas? Bulan lepas?Tahun lepas?
Mudahnya madah mengatakan "barang lepas jangan dikenang".
Manusia....memang tak terlepas dengan dosa noda.


Sebelum ini tidur terakhir buatku,
Lafaz Istighfar Meniti Di Bibirku.

Thursday, May 12, 2011

Kempen "Saya blogger muslimah, saya jaga aurat dan akhlak saya" :)

Bismillah,
Rasulullah saw. Bersabda bermaksud:
“Sebesar-besar kebajikan itu ialah berakhlak dengan akhlak yang baik, dan dosa itu ialah perasaan bimbang dalam jiwa dan engkau tidak suka keadaan itu diketahui oleh orang lain”.
( Hadis Riwayat Muslim )

Allhamdulillah,terharu hati dibuatnya pabila nama saya ditag oleh sahabat yang SANGAT BAIK terutamanya aspek budi pekertinya iaitu SITI MURNI (INI BLOG DIA).Rasailah hasil tintanya.


Pernah suatu ketika di zaman persekolahan,saya bertanya dengan seorang sahabat ini:

Lily : kenapa sedih ni Adah?
Adah: tadi kite pergi kedai xpakai stoking kaki,sedih.....takut nanti kena masuk NERAKA!

Gulp! Hanya jawapan yang macam 'kebudak-budakan' itulah yang meninggalkan bekas di hati saya.Mendalam maksud sahabat saya tu. Sejak itulah bangkitnya kesedaran saya tentang aurat ni.




Mudahkah mahu menutup aurat dan menjaga akhlak?Ada pelbagai alasan yang boleh kita kemukakan jika kita mengatakan 'Tidak'.Tetapi wajib tetap wajib.Dan,jika kita mengatakan 'Ya',pelbagai perkara juga yang perlu dipersoal kembali.Adakah ianya ikhlas semata-mata kerana Allah?
~Siti Murni Md Yusoff~





Hah,kali ini saya nak tag sahabat yang bernama:
Blog SITI MURNI

Fb SHIFA ROSLAN

Blog UMMU ABIHA

Blog RUZANNA RUSLAN


Marilah kita join sama-sama kempen ini,
Macamana? Mudah sahaja, klik di sini

Ketuk-Ketuk Hati: Jenguk-jenguklah blog mereka ye,semoga dapat mengutip mutiara ilmu bersama.