Post Terbaharu :

Tuesday, February 26, 2013

Makan Di Cafe Khalij AlArabi UIAM,Gombak

Segmen Coretanku & Senyum Santai:
Bismillahirrahmanirrahim,

"Panjangkanlah ikatan ukhuwah dengan sesuatu yang berjemaah..."

Alhamdulillah, Jumaat yang lepas saya bersama dengan roomate tersayang,Muna,Fathin dan Biha dapat meluangkan masa bersama di Cafe makanan Arab yang ada di kota UIAM Gombak ini iaitu Cafe Khalij AlArabi. Walaupun kami sekuliah, tapi untuk meluangkan masa& santai bersama bukanlah mudah. Masing-masing ada komitmen.  Biha selepas masuk SUKSIS memisahkan jarak kami seketika. Fathin pula, dapat tukar kos ke UIA Kuantan pula tak lama lagi.

Lepas satu sem di sini, baru kami perasan rupa-rupanya ada restoran makanan Arab di UIA ni. Sebenarnya saya agak 'jakun' sikit bila terdengar makanan Arab ni. Almaklumlah bukan semua tempat kita boleh try makanan seperti ini. Yang kita selalu dengar asyik 'Nasi Arab' je kan. Harganya pun boleh tahan. Huhuhu. Apapun, syukurlah Allah beri peluang buat kami bersama kali ini. 

Makanan kami berempat

Lily & Biha

Muna & Fathin
Kek Oreo Cookies - RM4.50

Lauk Fathin:
Kentang Goreng, Salad, Kentang Leper, Daging Kebab - RM6.00

Lauk Lily:
Kuah Spagetti, Lobak,Kentang, Ayam Masak Arab, Salad, Makaroni - RM6.00
 

Lauk Muna:
Daging Kebab, Salad, Ayam BBQ, Makaroni, Kuah - RM7.00

Lauk Biha:
Nasi Arab, Kentang, Ayam Arab, Kuah - RM7.00

Bagi sesiapa yang berminat nak merasa makanan seperti di atas ni, boleh lah pergi ke kawasan Student Mall/ Cafe Evoke yang terletak berhampiran dengan Kuliyyah HS. Dengan makanan pun kita boleh eratkan ukhuwah. Itulah hebatnya rezeki yang Allah bagi. Penuh dengan berkat dan hikmahNya.....

Semoga kita boleh gather macam ni lagi selepas ini. InshaAllah....



Saturday, February 9, 2013

Dia Seorang Buta...

Bismillahirrahmanirrahim,
Alhamdulillah, baru seminggu semester ini, saya dapat cuti selama 4 hari bersempena Tahun Baru Cina ini.


Dalam perjalanan pulang ke rumah, saya dan ayah singgah di stesen Petronas Batu Pahat untuk solat maghrib dan isyak. Masa nak solat, saya pelik dgn seorang 'wanita' yang berjubah biru dan bertudung labuh litup ini menganggu tempat sujud sy. Kemudiannya, ada seorang teman dia memimpin tangan dia, memakaikan kasut dia dan membukakan pintu surau.

Rupa-rupanya 'wanita' itu seorang yang cacat penglihatan....

Dia mungkin tak sempurna fungsi pancainderanya, tetapi sempurna ahlaknya :-) , 
tetapi kebanyakkan wanita hari ini pula 
tak sempurna pakaiannya plus tak sempurna ahlaknya.

Thursday, February 7, 2013

Hari Keempat Semester Ini: Sudah Merungut?

Bisimillahirrahmanirrahim,
Hari ini saya kepenatan. Biasanya minggu pertama semester tak berapa nak belajar sangat. Hari ini bermacam-macam ilmu baru yang saya pelajari. Antaranya Calculus, Accounting dan Computer Organization. Kemudiannya malam tu ada mesyuarat Martial Arts Festival (MAFEST) bersama ahli tertinggi kelab-kelab martial arts yang ada di UIA ini. Semasa mesyuarat tersebut saya hanya mampu dudk berdiam diri disebabkan otak yang tepu dan tak bermaya lagi. 

Hari ini juga sudah 3 kali saya berulang alik dari kuliyyah ICT ke kuliyyah Ekonomi. Jaraknya lebih kurang kutub timur bertemu kutub selatan. Mungkin ini yang membuatkanku kepenatan. Ketika ini, di kawasan Masjid dan perpustakaan UIA tengah mengadakan bazaar jualan. Antaranya seperti buku2,pakaian,beg,barang kecantikan dan kesihatan, pameran dan gajet komputer. Mula-mula tu tahan nafsu untuk elakkan diri daripada 'bershopping'. Akhirnya saya beli juga headphone dan cooling fan menggunakan baucer buku yang diambil Isnin yang lalu. :-)

Semester kali ini agak berat buatku. Adakah diriku asyik mahu merungut sahaja?

“Jgnlah kamu bersikap lemah, dan jgnlah pula kamu bersedih hati, padahal kamulah org2 yg paling tinggi darjatnya, jika kamu org2 yg beriman.”
– Surah Al-Imran ayat 139



Wednesday, February 6, 2013

Baucer Buku RM250

Bismillahirrahmanirrahim,
Berduyun-duyun pelajar tahun pertama & kedua UIA beratur di dewan CAC untuk mengambil baucer buku isnin lepas. Saya menunggu hampir dekat 2jam. Ye lah kan, sem baru banyak nak beli buku teks. Kalau di sekolah dahulu, kita ada skim pinjaman buku teks. Tapi bila dah berada di zaman IPT, buku kena beli sendiri. Kalau harga RM15-RM30 tak jadi masalah. Tapi harga buku yang diperlukan sekitar RM70-RM150 !.

Apa yg diharapkan:

Semoga kerajaan Malaysia ikhlas dalam membantu rakyat, 
BUKAN hanya untuk memancing undi sahaja,

Semoga pelajar bersyukur &
 tahu manfaatkan peluang yg ada, 
BUKAN tahunya mengutuk sahaja....

Tuesday, February 5, 2013

Kesilapan Semester Yang Lalu

Bismillahirrahmanirrahim,

"Jangan kita berpaling terlalu lama ke belakang, palingkan ke hadapan dan terus berjalan. Yang berlalu, biarkan berlalu, 
namun palinglah sesekali ke belakang mahupun ke kiri dan kanan untuk berjaga-jaga apabila menuju laju kehadapan..."

Semalam (4 Feb 2013) dah mula semester yang baru. Hmm...rasa sayu je bila imbas semula apa yang saya lakukan semester yang lalu. Entri ini ditulis buat diriku supaya pelajari kesilapan yang lalu dan juga untuk dikongsikan kepada sahabat-sahabat terutamanya buat adik-adik CFS yang baru menjejak langkah ke bumi main campus UIAM Gombak untuk dijadikan sebagai iktibar penyesuaian diri di sana.
Faktor-faktor utama yang berlaku dalam satu semester:

A. Subjek-subjek yang diambil sem lepas:

1.  MGT 2010 : PRINCIPLES AND PRACTICE OF MANAGEMENT

Awal-awal sem dahulu, target nak dapat A tapi bila menjelang akhir sem target setakat lulus sahaja. Tengok subjek macam senang je kan? Ala, kena menghafal je pun... Sesungguhnya persepsi itu salah. Subjek ini penuh dengan teori-teori dan pemahaman menyeluruh tentang dunia pengurusan khususnya di tempat kerja nanti. Selain itu, subjek ini sangatlah menarik kerana banyak dikaitkan dengan aspek psikologi. Di situ kita pun boleh mengenali personaliti diri kita sendiri. Contohnya teori 'The Big 5 Personality Traits'. 

Subjek ini tak semudah disangka lagi-lagi bila nak menjawab soalan exam. Apa yang kita baca memang jauh panggang dari api. Kebiasaannya soalan menguji kita untuk berfikir secara kritikal & pragmatik & berinovasi untuk menyelesaikan masalah, bukan hanya mengikut telunjuk buku semata-mata.

Masa dalam kelas, saya bukanlah faham sepenuhnya apa yang diajar oleh pensyarah. Entah-entah saya selalu 'day-dreaming' semasa kuliah. Mungkin penyampaian dalam bahasa Inggeris  mencabar pemahaman saya. Assigment yang diberi oleh pensyarah tentang kajian filem superhero 'The Avengers'. Ambik....kita kena kaitkan filem tersebut dengan teori-teori pengurusan. Sebab itulah bila menonton filem jangan hanya keinginan buta. Menontonlah dengan menilai.

2. UNGS 2030 : THE ISLAMIC WORLDVIEW

Subjek ini merupakan subjek favourite saya. Subjek ini lebih kurang macam subjek Understanding Islam,Religion in Malaysia dan Basic Theme Quran yang diambil semasa berada di CFS dulu. Ustaz yang mengajar subjek ini berasal daripada India. Mungkin pemahanan & slanga terma-terma inggeris membuat saya lambat nak 'pick-up'. Yang paling zalim, saya selalu datang lewat ke kelas sedangkan Ustaz selalu berpesan kalau boleh datang lah awal. Ye lah kan, kenapa subjek-subjek core kita boleh punctual & tak pernah ponteng? Walauapapun, syukur Alhamdulillah pengetahuan & pemahaman saya terhadap Islam dari sudut berbeza (worldview) semakin bertambah.

3. LM 2026 : BAHASA MELAYU KERJAYA (SAINS DAN TEKNOLOGI)

Saya jamin bagi sesiapa yang mengambil subjek ini pastinya terkenang-kenang zaman sekolah dahulu. Subjek ini banyak berkait dengan subjek Bahasa Melayu yang kita ambil di sekolah. Subjek ini berbeza sikit mengikut kos kita. Contohnya ada BM Sains& Teknologi dan BM Kemanusiaan. Kononnya subjek ini paling senang, jadi saya pun selalu datang lambat :-( 
Cikgu Senu bin Awang, itulah pensyarah yang paling dirindui. Setiap telatahnya membuatkan 12 orang pelajar dalam kelas tidak kering gusi dibuatnya. Ada sahaja sitkom komedi oleh cikgu. Saya percaya, mungkin gelaran Maharaja Lawak layak dianugerahkan kepada cikgu. Cikgu banyak memberi aspirasi dan menceriakan kami. Untuk subjek ini pun saya menzalimi masa. Selalu datang ke kelas lewat 30-40minit. Teruk kan? Itulah padahnya persepsi 'subjek ini senang'. Akhirnya, result yang diimpi-impikan tak pun menjadi kenyataan. Mungkin ini teguran daripada Allah?


4. CSC 1100 : ELEMENTS OF PROGRAMMING

Subjek yang paling meletop! Terutamanya ketika menjawab final exam. Air-cond KICT Hall tidak berfungsi ketika itu dibahangkan lagi dengan soalan yang agak 'susah'! Mungkin itu sebagai dugaan buat kita semua. 

Pensyarah kami selalu bagi homework. Kadang-kadang tu saya tak buat sebab tak tahu cara nak hasilkan coding yang betul. Pernah dulu, pensyarah menegur saya, "kenapa awak tak buat homework? Apa yang awak buat selama ini?" 

Sejak peristiwa ditegur oleh pensyarah itulah saya terus rajin buat latihan dan ulangkaji subjek ini. Alhamdulillah, masa mid-term tidak disangkakan saya dapat skor dengan baik. Tapi soalan final exam memang terlalu mencabar.  Ini baru foundation C++? Bagaimana pula dengan subjek Object Oriented Programming (Java) bagi sem ini? Projek berkumpulan subjek ini pun diberi kebebasan untuk menghasil apa-apa program yang menarik. Kumpulan saya menghasilkan projek ini (klik sini).


5. INFO 1102 : DATABASE SYSTEMS I

4 bab pertama pastinya membuatkan anda keliru samada mengambil subjek ini atau subjek sejarah di sekolah. Awal bab banyak berkait dengan teori-teori database dan penggunaan term nya. Selepas mid term, baru kita merasai bahang subjek ini. Secara jujurnya, saya menjadi sangat kejam dan zalim dalam subjek ini. Mana tidaknya, asal masuk ke kelas bukan mahu tumpukan perhatian pensyarah bercakap, tetapi banyak mencuri-curi masa men-download drama Adam Hawa. Pensyarah memang seorang yang baik hati. Tetapi tidak sepatutnya lah saya mengambil kesempatan seumpama itu.

6. CSC 1700 : DISCRETE MATHEMATICS
Subjek ini pun lebih banyak membaca dan memahami. Banyak dikaitkan dengan subjek programming. Buku teks pun saya tak beli. Saya hanya pinjam di perpustakaan sahaja. Bagi subjek matematik, sebaiknya kita membeli buku untuk buat latihan dan rujukan.






B. Faktor-faktor lain:

1. Kawan
Zaman degree ini memang zaman yang 'sibuk'. Awal-awal sem kita dilonggokkan dengan banyak assignment dan tugasan yang lain. Ada yang kata, zaman inilah kita mula bersendirian dan 'bual hal sendiri'.  Tambah lagi kita tinggal dalam compartment di Mahallah yang mungkin mebataskan sedikit perhubungan kita dengan kawan-kawan. Rasional compartment tu adalah untuk menambah privacy pelajar. Tiada bestfriend tidaklah menjadi masalah. Yang penting kita ada kawan untuk saling membantu. Kalau ada ramai kawan, tapi tiada seorang pun yang memahami kita pun tak guna juga kan?

Kebanyakkan subjek pun ada aktiviti kumpulan untuk melengkapkan assigment, presentation dan projek. Tak dinafikan bila berada dalam kumpulan mungkin ada antara ahli yang tak beri komitment dengan baik. Ada yang tak tahu menahu. Ada yang tak punctual dengan dateline. Ada yang dapat sikit kerja. Ada yang dapat banyak kerja. Memang kebiasaannya konflik akan berlaku. Saya sendiri mengalami perkara yang sama. Kadang-kadang ahli yang lain buat hal, dan kadang-kadang itulah diri sendiri yang buat. Bagi saya, kita kena tahu peranan masing-masing. Umur kita semakin hari semakin berganjak. Sepatutnya semakin cakna dan makna dalam apa-apa situasi. Kalau tidak tahu, tak mengapa. Ambil masa untuk menuntut ilmu. Buang rasa ego. Selesakan diri sendiri dan kawan-kawan yang lain.


2.Persekitaran


Bagi saya, apa yang paling ketara sepanjang saya berada di UIA ini adalah biah solehah dan latar/sistem politik. Selalu kita dengar, "Bila dah masuk main campus lagi BEBAS". Yup, Agak sedikit terkena kejutan budaya. Lagi-lagi soal ikhilat.  Senario politik juga pun hangat apatah lagi bila dikaitkan dengan arena politik luar.

Selain itu, jarak ke kuliyyah pun agak jauh. Mungkin ini menguji kesabaran ramai pelajar. Dari Mahallah ke kuliyyah pun paling-paling ambil masa dalam 20-30minit. Bila dah duduk lama sikit, alhamdulillah perjalanan yang jauh terasa dekat.

3.Cinta?
no komen la :-)

4. Motivasi
Di awal sem, rajin sungguh datang ke kelas, tetapi di akhir-akhir sem dah mula ponteng.
Di awal sem dahulu, target nak dapat A tapi bila menjelang akhir sem target setakat lulus sahaja.
Di awal sem, target nak simpan duit, tapi akhirnya boros dek hanyut dengan gajet semasa.
Mana perginya nilai motivasi dan istiqamah dalam hidup?

" Mengingati pengalaman yang lama kadang2 membuatkan hati sayu. 
Baik bina yang baru seiring ingati hikmah yg lama..."


#Terima kasih buat sahabat-sahabatku Nabihah,Muna dan Fathin 
yang selama ini banyak membantu dalam setiap urusanku.

Semoga kesilapan yang dahulu, menjadi satu anjakan dan momentum tarbiyyah diri pada hari ini. Benarlah ungkapan yang selalu didengar, 'Pengalaman adalah guru yang terbaik'.

Wednesday, January 30, 2013

Ana.Saya.Kite & Aku

Bismillahirrahmanirrahim,
Ana/ Saya/ Kite/ Aku

Semua perkataan di atas mempunyai makna yang sama. Bagi saya, penggunaan perkataan tersebut berbeza mengikut kesesuaian situasi yang kita alami. 

Ana
Perkataan ini selalunya digunakan oleh para muslimin & muslimah terutamanya dalam penulisan blog, ruangan komen ataupun perbualan bersama sahabat-sahabat. Istilah ini datangnya daripada perkataan Arab. Sahabat saya sendiri kata kalau guna perkataan ini nampak lebih sopan dan 'alim' gitu. Yang selalu kita dengar 'Ana-Ente' & 'Ana-Enti' (Saya-Awak). 

Masa blog saya ditubuhkan sekitar tahun 2009 yang lalu, saya menggunakan istilah 'Ana' dalam blog ini. Masa tu rasa macam baik sangat :-P .  Tapi saya fikir, lebih molek saya menggunakan istilah 'saya' supaya lebih dekat dengan pembaca. Kalau menggunakan 'Ana', nanti ada yang cop saya 'Ustazah' yang segan untuk didekati.  Jadi, saya renew semula blog ini.


Saya
Orang kata guna istilah ini pula macam 'skema' & nerd. Saya tak peduli pun apa orang nak kata. Yang penting apa yang yang kita nak sampaikan tu sampai kepada pembaca. Terma ini  menunjukkan kita ni hormat kepada orang lain.


Kite (Kita)
Bagi saya la kan, 'kite' ni selalunya digunakan oleh orang yang 'baik' atau 'manja'. Masa zaman sekolah dari darjah 1 hingga tingkatan 2, saya membahaskan diri saya sebagai 'kite' semasa berbual dengan kawan-kawan. Bukan nak kata saya ini seorang yang baik. Iyelah kan, zaman kecik-kecik kan zaman innoncent.  Selepas tingkatan 2, saya membahaskan diri menggunakan nama hinggalah sekarang.


Nama
"Hajar, Hajar tengah buat apa tu?
Boleh tak Lily nak tolong sekali..."

Saya lebih selesa membahaskan diri menggunakan nama. Saya fikir menggunakan nama ni menjadikan kita lebih mesra dengan seseorang. Namun, istilah ini bukanlah semua situasi sesuai untuk digunakan. Nanti orang kata macam 'gedik' pulak. Ianya lebih sesuai digunakan sesama keluarga dan sahabat rapat.


Aku
Seriously, saya tidak pernah membahaskan diri saya sebagai 'aku' walaupun dengan kawan2. Tak tahu lah kenapa. Saya hanya menggunakan istilah ini hanya antara saya dengan Tuhan sahaja. Kalau waktu berdoa tu, istilah ini secara automatiknya menjadikan saya rasa diri ini hina sangat.

------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Sebenarnya, terpulang pada diri kita nak bahaskan diri macamana tetapi perlulah ikut kesesuaian keadaan. Tak kanlah dengan orang tua kita nak guna 'Aku-Kau' ? Yang penting prinsip 'Hablu Mi annas' (Berbaik Sesama Manusia) itu diamalkan dalam kehidupan seharian. Nak tahu jiwa kita ni macamana? Lihatlah cara kita perkatakan. Sesungguhnya,
                        " Bahasa itu lambang jiwa kita "