Post Terbaharu :

Wednesday, September 17, 2014

Sebenarnya Mudah

Bismillahirrahmanirrahim,
Sejak sem lepas, saya agak bersedih sedikit. Sebab sejak sem itu saya terpisah dengan kakak dan rakan-rakan seusrah yang lain. Terkontang-kanting hidup kalau takde usrah ni. Penting kot usrah ni. Yelah, siapa lagi nak mengingatkan diri kita bila berada di kampus ni.

Saya ada kenalan seorang senior sesama kuliyyah. Tapi akak tu dah grad dan sekarang dah kerja dah pun. Beza umur kami dalam 5-6tahun. Setakat ni, dia jelah yang banyak beri peringatan dan semangat buat saya. Malam tadi kami sempat bertemu dan berbual. Akak tu ada kongsikan sesuatu:

=========
Akak tu timbulkan satu persoalan, 'Sebenarnya, apa yang kita cari kat dunia ni?'

Macam akak tu kata, dia mencari kawan. Ada orang, dia cari ketenangan. Ada orang cari duit. Ada orang cari itu ini. Setiap orang ada tujuan hidup tersendiri. Pengakhirannya, semuanya kita akan berbalik semula pada tujuan asal kita dihidupkan jugak. 

=========
Soal cinta dan kahwin?
Kalau disebut dari segi umur, akak tu dah masuk fasa sesuai untuk berkahwin. Tapi dia masih lagi membujang. Kawan-kawan dia kebanyakan sudah pun berkahwin. Pastinya kita akan 'terasa'. 

Nak cari lelaki yang bagus-bagus pun, bukannya mudah sekarang ni. Kita tak naklah bercinta. Jadi macamna nak dapat jodoh kalau macamtu?

Akak tu ada tanya kawan-kawan dia(yang baik2) tentang ini. Sebenarnya, mudah je kita nak menjemput jodoh dan rezeki. Jawapannya ialah solat. Kita mohon diperluaskan rezeki. Dipercepatkan dan dipermudahkan mendapat jodoh yang baik. Dengan solat ni, inshaAllah akan permudahkan kita dipertemukan dengan orang yang baik-baik.

=========
Kat bilik saya ni, ada banyak buku-buku dan majalah ilmiah dan kerohanian. Seriously, dulu masa di CFS, hampir setiap hari saya baca majalah-majalah tu semua. Nak makan dan tidur pun saya baca.

Tapi sekarang...hmmm....
Saya banyak menghabiskan masa dengan membaca di internet. 

Tak sama membaca buku dan membaca di Internet. Apatah lagi kandungannya tak bertapis. Akak tu ada lah pesan, kita ni sebenarnya kena banyak membaca buku yang 'real', baru ada nampak auranya dan berkat di situ.

InshaAllah, semoga yang baik tu datangnya dari Allah...






Tuesday, September 16, 2014

Bilik & Mahallah Sem Ini

Bismillahirrahmanirrahim,
Alhamdulillah, untuk semester kali ini saya dapat bilik di tingkat 1. Sudah 2 tahun duduk di tingkat 4, iaitu paling atas sekali. Saya masih lagi duduk di Mahallah Asiah sejak tahun pertama. Kebanyakan penghuni di sini terdiri daripada kuliyyah ICT, Engineering, Human Science, dan Architecture.

Di UIA, mahallah (kolej keidaman/asrama) cuma ada 4 tingkat. Cuma Mahallah Sheikh Humaid, sebuah mahallah baharu yang ada 5-6 tingkat. 

Ruang belajar dan tidur.

Bilikku yang kemas.

Meja belajar & stick board.

Keluar je bilik, terus jumpa mesin basuh, sinki, tandas dan water cooler.


Ruang tamu. Bahagian luar agak bersepah sedikit.
Untuk pengetahuan, semakin 'tua' kita di UIA ini, semakin kurang tingkat bilik. Bilik di tingkat atas dikhususkan kepada adik-adik junior. Kalau ada kosong di tingkat bawah-bawah, bolehlah junior-junior masuk. Sistem bilik Mahallah di UIA ini, kita guna sistem booking. Ala-ala booking tiket flight. Boleh pilih bilik dan compartment yang kita mahu. Tapi biasalah, nak booking ni memang kena cepat sebelum disambar orang lain.

Yuran bagi Mahallah ialah RM420 + RM12.50 (kos elektrik) bagi setiap semester. Mahallah Asiah ni boleh dikategorikan Mahallah yang baharu lah juga sejak dia siap dibina pada tahun 2006.

Walaupun saya agak kecewa dengan kebanyakan admin-admin UIA ni, saya bersyukur masih ditempatkan dengan tempat tinggal yang selesa dan berkonsepkan privasi. Cuba bandingkan di universiti lain, ada yurannya mahal sangat. Berkongsi bilik yang ramai. Ada yang tak dapat kolej langsung, terpaksa tinggal di rumah sewa.  

Bersyukurlah...

Misi kita sekarang, adalah misiku kuza, manfaatkan peluang kemudahan sebaik-baiknya.










Friday, September 12, 2014

Semester Ke-5, Tahun Ketiga UIAM

Bismillahirrahmanirrahim,
Pejam celik, pejam celik. Rasa seperti baru masuk UIA. Rupa-rupanya sudah masuk tahun ketiga. Lagi 4 semester untuk dihadapi iaitu lebih kurang 2 tahun lagi. 
Kali ini bukan masa untuk bermain-main lagi. Sudah patut mula serius. Belajar dari pengalaman yang lepas. 
Semester yang sudah berlalu, saya sudah merasa zaman gemilang, menjadi aktif, menjadi pasif, berseronok bersama kawan-kawan, berseorang diri, dapat rezeki yang tak dijangkakan, zaman kurus gemuk, zaman senang susah, boros, kena saman, dapat keputusan cemerlang, dan pernah gagal dalam subjek. Dan macam-macam lagi. 

Ini semua rencah kehidupan. Apatah lagi itulah kehidupan seorang pelajar. Itulah pengalaman. Pengalaman sememangnya mematangkan hidup.

Tahun Pertama
Zaman 'Pengenalan'

Tahun Kedua
Zaman 'Kejahatan'&'Kejatuhan'

Tahun Ketiga
Zaman 'Kembali'

Tahun Keempat
Zaman 'Bekerja'

Cuma apa yang saya tidak tahu dan anda juga tidak tahu, apa yang akan berlaku dalam masa 2 tahun ini? Semoga Allah permudahkan urusan duniawi dan ukhrowi kita.

Ayuh Tajdid Niat!


Thursday, September 4, 2014

Kecewa : Jangan Suka Sangat

Bismillahirrahmanirrahim,
Tiba-tiba hati mula goyah. Tak tenteram. Jiwa kacau. Aku tak sure apa sebabnya. Atau sememangnya aku cuba menafikan sesuatu.

Frust. 
Perasaan seperti ini susah aku jumpa. Melainkan merajuk. 

Bila teringinkan sesuatu itu secara mendalam, dan kesudahannya kita tak dapat apa yang kita nak itu, kecewalah jawapannya.

Ayah aku selalu berpesan, 'jangan berlebih-lebihan dalam sesuatu'. Kakakku pun kata, 'jangan terlalu suka/happy pada permulaan'. Sebab ianya belum pasti.

Sama juga bab jodoh, kadang-kadang kita suka kan seseorang dan kita mengharapkan lebih. Sedangkan orang itu tak mahu kan kita. Jangan begitu. Allah kan sudah tetapkan siapa jodoh kita.
Aku tak nak kalah dengan perasaan seperti ini. Aku tak mahu perasaan ini menguasai diriku. Aku sepatutnya bersandarkan pada Tuhan. Semoga Dia tetapkan hati dan iman dalam diri.

Aku malu tulis benda-benda macam ni dalam blog. Aku tulis sebab aku nak 'lepaskan' nya. Biar terpahat dalam blog, bukan dalam hati. Tak kisahlah sape yang sudi nak baca.