Post Terbaharu :

Monday, May 20, 2013

Tips Nak Exam

Bismillahirrahmanirrahim,
Di sini saya catatkan serba sedikit perkongsian tentang perkara yang perlu diteliti ketika dekat2 exam daripada senior UIA, iaitu Kak Wan Amirah. Lagi-lagi sekarang ni musim study week. Eloklah untuk di 'mind setting' dan diamalkan.


-----------------------------------------------------------------------------------
Assalamualaikum wbt. 
perkara yang kita perlu jaga saat2 nak exam ini ialah
(yg ana dapat dari seorang ilmuan)

1)Jaga Hubungan dengan Allah
~solat biar awal waktu dan
~berjemaah

2)Jaga Hubungan dengan Ibu dan Ayah
~kalau sebelum ni call ibu dan ayah seminggu sekali,
untuk saat macam ni,tukar, cuba call ibu dan ayah hari-hari.

Call cakap "rindu kat mama/umi/ibu/ayah/abah" pun dah cukup.
Biar kita dapat reda mereka dan semestinya objektif paling besar
ialah dapat reda Allah yang satu.

3)Jaga Pemakanan.
~Makan makanan yang berkhasiat.

***boleh teruskan praktis benda ni pada waktu2 bukan nak exam jugak.

nway, nak tambah sikit dari pesanan2 di atas, ialah

4) Jangan skip baca Al quran.

cuba tengok gambar kat bawah ni, dan muhasabah, tebal ke al quran?
berbanding buku2 teks kita yang lain?

kalau kita boleh katamkan buku teks kita untuk setiap satu sem, nape kita x boleh nak katamkan alquran kita setiap satu sem jugak... (atau kalau lagi bagus sebulan sekali..)

ana ingat lagi pesanan dari Dr Farhan Hadi dlm novel CInta High Class,
beliau ada pesan, bahawa,

kalau baca al quran ni waktu akan lebih berkualiti.
apa yang kita baca akan mudah ingat dan faham.
kerana hikmah dari bacaan alquran itu sendiri. kita akan dapat keberkatan waktu.

**tapi, jgn sekadar baca alquran kerana nk dapat keberkatan waktu, sbb,
byk lagi manfaaat lain yg boleh d dapati dgn baca al quran.

dan kata-kata dari Sir Salah,
lagi banyak kita baca quran, hati kita akan makin bersinar.
lagi banyak kita follow sunnah, lagi kita sayang pada junjungan kita, Nabi Muhammad saw.

rasanya itu saja,

sekadar perkongsian, dan pesanan untuk diri ana sendiri,
yang sinonim dengan sifat pelupa, kerana ana juga seorang insan biasa.

Dan Kami akan memudahkan kepadamu jalan kemudahan (mencapai kebahagiaan dunia & akhirat),
oleh sebab itu berikanlah peringatan, kerana peringatan itu bermanfaat,
orang yang takut (kepada Allah) akan mendapat pelajaran,
dan orang yang celaka (kafir) akan menjauhinya,
(yaitu) orang yang akan memasuki api yang besar (neraka),
selanjutnya dia d sana tidak mati dan tidak (pula) hidup.

(Al-A'la 8~13)

sekian. terima kasih.



-----------------------------------------------------------------------------------------

Gambar ni tiada kena mengena pun :-P. 
Cuma saya rasa agak bosan waktu study week ini. 
Adakah saya masih bebal untuk mengisi perkara berfaedah? 
Semoga tips2 yang dikongsikan oleh senior di atas ini dapat 
saya amalkan dan manfaatkan sebaik mungkin.

Saturday, May 18, 2013

Study Week Semester II

Bismillahirrahmanirrahim,
Suasana UIA semasa minggu akhir kuliah
Hari ini bermulalah Study Week bagi semester 2 2012/2013 dan hari ini jugalah saya menghadapi paper exam yang pertama iaitu subjek Study Circle 2.

Seperti biasa, UIA memang akan sunyi ketika ini. Waktu inilah saya rajin meluangkan masa untuk beriadah petang, berjoging di Female Sport Complex. Tak kanlah kita nak study memanjang je kan.




Di sini, saya sertakan ucapan ringkas buat sahabat-sahabat yang turut bersama berjuang dalam semester ini.
V for Vendetta - Lily Insani

"Allah bagi apa yang kita perlu, bukan apa yang kita mahu"
"Semoga segala usaha dan amal, Allah berkati..."

Thursday, May 2, 2013

First Date

Bismillahirrahmanirrahim,
Alhamdulillah, bersempena cuti Hari Buruh 1 Mei semalam, saya bersama Adlina,sahabat Silat Cekak Ustaz Hanafi (SCUH) berkesempatan ke Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2013 bertempat di PWTC. Ini merupakan kali kedua saya ke pesta buku ini. 

Dan...inilah kali pertama saya keluar berdating' bersama Ed. Bagi saya, biasanya kita keluar bersama roomate ataupun classmate. Inikan saya bersama silat-mate.  

Sebaik tiba je di sana, masyaAllah....berduyun-duyun manusia berasak-asak di PWTC tu. Saya niat nak ke booth karangkraf, nak mencari majalah PC manakala si Ed tercari-cari buku Hlovate. Setapak demi setapak kami berjalan di tengah kesesakan orang ramai tu. Saya mencari ruang bernafas. Keadaan dalam dewan tu tersangatlah panas dek orang ramai mengeluarkan haba. 

Masa tengah terkapai-kapai dalam kesesakan tu, saya melihat orang di sebelah saya. Rupa-rupanya Ustaz2 dari kumpulan nasyid Rabbani berada disebelahku. Merah padam mukaku dibuatnya. Yelah...artis islamik kot. Huhu.

Apa yang bestnya di pesta buku ini, banyak buku-buku baru dan menarik dijual pada harga yang murah.

Kami pun tak lama di situ. Ini sebabnya saya tak tahan dengan kesesakan orang ramai. Lepas Ed dah dapat buku yang dicarinya. Kami terus ke Wangsa Walk untuk mencari kasut Ed ni. Sepanjang perjalanan, kami banyak berbual tentang isu politik.

Kami makan di KFC berhampiran Wangsa Walk. Sorry to say, servis KFC di situ seakan-akan 'hancur'  dek mereka menggunakan sistem Order dan Pickup makanan berasingan. Makanan ni semuanya Ed belanja sebagai tanda penghargaan kami dalam tugasan aktiviti silat yang lalu. Alahai apalah sangat yang saya sumbangkan...
Apa-apapun, terima kasih buat Ed sudi belanja makan KFC Korean ni :-)



Kemudiannya ke gedung pasaraya AEON Big bersebelahan dengan KFC tu. Tempatnya seperti di Carefour. Kami pun sakan membeli barang keperluan harian di situ.

++++++++++++++++++++++++++

Malam tu pula, saya ,Ed dan sahabat silat yang lagi satu ni, Ika sambut hari lahir Ed di cafe Mahallah Hafsa. Kami sambut sederhana sahaja. Makan KFC sikit dan kek Secret Recipe. :-) 
Si Ika sakan bercerita. Kami pula mampu tertawa sambil bertukar-tukar cerita.

Alhamdulillah...persahabatan yang ditemukan dalam pecarian ilmu seni bela diri ini, membuatkan hatiku ceria dan terubat kesedihan setelah lama menyepi yang kononnya sem ni saya tiada kawan.  Saya harap ukhuwah ini sentiasa berpanjangan.  Saya sudah merasakan memang SCUH adalah sebuah keluarga. 


:-D
Terima kasih Allah...
 Terima kasih Ed dan Ika...

Monday, April 15, 2013

Mendaki Bukit Tabur

Bismillahirrahmanirrahim,
Alhamdulillah, tanggal 14 April 2013 melakar sejarah dalam hidupku bersama rakan-rakan Silat Cekak Ustaz Hanafi (SCUH) dan Shito Yu Karate Do UIAM Gombak dalam ekspedisi mendaki Bukit Tabur!

Bukit ini terletak di Taman Melawati, Gombak. Bukit ini juga betul-betul berdekatan dengan UIA!

Hampir setiap hari saya melihat bukit ini. Tak sangka pula akhirnya saya yang melihat UIA dari pemandangan atas bukit itu.

Bukit ini agak mencabar juga kerana ditaburi dengan batu-batu. Kaki dan tangan saya sampai terluka dek batu yang tajam itu. Pada mulanya saya memang takut nak mendaki bukit ini,lagi-lagi ketika betul-betul kena panjat batu sedarjah 90. Tapi saya terus set mind, ini semua 'Psychology je ni'.

Gambar ihsan daripada Zainul
Ini ketika saya naik bukit yang securam 90 degree!
Keadaan di atas bukit ini pun dah macam kat oversea
Pemandan UIA dari atas bukit. Bila tengok dari atas ni saya rasa alahai UIA ni kecik je.
Bermakna kita sebagai hamba ini sangatlah kerdil. 
Ini baru puncak permulaan. Keadaan di atas ini sangat lah sejuk dan berangin.
                       

SCUH, Family keduaku <3
Apa yang paling saya suka dalam program ini selain daripada cabaran dan kepuasan, jalinan ukhuwah dan talian kekeluargaan dalam kalangan ahli kelab kian terasa. Rasa seperti abang-kakak-adik. Itulah kelebihan yang ada dalam persatuan seni mempertahankan diri ini. Kita tidak terhad berada dalam persatuan, tetapi kelas latihan dan juga aktiviti-aktiviti sampingan. Seolah-seolah persatuan ini merupakan keluarga keduaku.




Sunday, April 14, 2013

Pada Suatu Ketika Dahulu : Kisah Program Bersama Badan Pengawas Sekolah



Bismillahirrahmanirrahim,
InshaAllah esok akan mendaki Bukit Tabur bersama rakan2 silat seawal subuh. 

     --------------------------------------------------------------------
Sebelum tu teringat satu kisah suatu ketika dahulu... :

"Masa tingkatan 4, badan pengawas sekolah mengadakan program khas bertempat di Port Dickson untuk para pengawas sekolah . Happy betul masa tu. Ye lah kan siapa tak mahu berprogram di luar kawasan sekolah. Lagi2 tempat tu sesuai untuk bersantai2 dan makan angin.

Masa tu saya dikira sebagai orang penting dalam mengendalikan program tersebut. Pelbagai persiapan dilaksanakan sebelum tibanya hari kejadian. Masa untuk gerak dari sekolah, SMK Seri Gading Batu Pahat Johor ke Port Dickson,Negeri Sembilan itu memerlukan lebih kurang 3jam lebih. Jadi, ditabalkan kami perlu bergerak seawal jam 6.15 PAGI. 

Malam tu, saya dengan segaknya siap menggosok baju pengawas. Menyediakan makanan ringan dan mengisi segala keperluan ke dalam beg galas. Selepas itu, terlelap lah mata ini memikirkan hari kegembiraan pada esok hari dengan harapan 'Semoga hari esok lebih baik dari hari ini'....

Krring....Kring....Jam loceng menunjukkan 5.30pagi. Saya yang kerabunan melihat jam. Ok2 nak bersiap ini. Tapi dek melayan mata yang mengantuk ini, AKHIRNYA SAYA TIDUR SEMULA di atas sofa rumah....

Tahu kan apa yang terjadi? :-D

Emak mengejutkanku, "Lily...Lily...dah pukul berapa ni...kata ada program kat PD???" Saya terkejut dan terbeliak mata ini memandang jam, jam menunjukkan 6.30PAGI!!!

Arrrr....lintang pukang dibuatnya. Saya tak tahu nak buat apa. Tiba-tiba, cikgu telefon. Dengan malunya saya kata, "Cikgu..xpelah cikgu pergi je ye. Saya ada urusan kat rumah. Minta maaf tak bagitahu cikgu...". Memang hari itu,saya ada urusan di rumah. Padahal cikgu kata masih mahu menunggu ketibaanku walaupun sedikit lewat. Dan..saya tidak pun  pergi ke program tersebut... :-(

Inilah kisah di pagi hari yang saya harap tak akan berlaku esok...inshaAllah...
Badan Kepimpinan Pengawas Tahun 2008
~Kadang2 apa kita rancang itu, tak semestinya terjadi. Dan kadang2 apa yang kita suka itu pun tak semestinya berpihak pada kita. Walaupun perkara itu dekat dengan kita. Sebab yang menentukan segala hal itukan atas kehendak Allah kan? KONKLUSINYA, bersederhanalah dalam setiap urusan, bertawakal kepada Allah semoga apa yang kita rancang itu terlaksana dengan baik dan...dan...dan...kawan2 silat, kejutkan saya esok!!!~




Saturday, April 13, 2013

Realiti Atau Fantasi?

Bismillahirrahmanirrahim,
Alhamdulillah...Khamis yang lalu, saya sempat menghadiri forum bertajuk 'Media Massa: Realiti Atau Fantasi?' yang dipanelkan oleh Imam Muda Asyraf, Heliza Helmi dan Ustazah Nadzirah. 

Saya nekad datang ke Main Audi Kuliyyah Engineering seawal mungkin. Tibanya di sana ramai pelajar sedang beratur memanjang. Bagus betul pelajar UIA ni, masing-masing berebut nak ke majlis ilmu. :-) Jadi saya terpaksalah duduk dibahagian belakang sekali.
:-(. Entahlah, rasanya yang datang ni nak tengok Heliza berbicara agaknya. Kerusi penonton pun dimonopolikan 3/4 pelajar perempuan. Huhu.

Antara intipati yang saya dapat kongsikan dalam forum ini:

"Hiburan itu sesuatu yang diharuskan untuk menghiburkan diri 
mengikut syarak yang ditetapkan..."

"Jika kita nak berdakwah, tak perlu guna ayat-ayat skema seperti 'Sesungguhnya...'. 
INI SEMUA POYO! Guna sahajalah style kita..."
-Imam Muda Asyraf

"Perempuan ni jangan hanya hijab di kepala sahaja, hati juga perlu berhijab"
-Heliza Helmi

"Ukuran apa-apa adalah iman..."
-Ustazah Nadzirah

Itulah antara quotation yang sempat saya rakamkan. Isu yang ditekankan berkaitan 'Merealitikan media massa yang Islamik', bukan sekadar fantasi semata-mata. 

1st time dapat tengok Heliza depan mata, ayu dan sopannya dia.
Walaupun dia seorang artis, tapi dia masih  menjaga personaliti dan nilai professional.
Jika kita lihat hari ini, kita disogokkan banyak drama-drama Islamik. Niat dan misi mengetengahkan mesej dakwah itu sudah bagus. Tapi adakah cara menghasilkannya sudah bagus? Islamik kah? Adakah Islam dalam media itu hanya fantasi bagi meraih populariti umum?

Bak kata Imam Muda Asyraf, inshaAllah media massa islamik ini akan jadi realiti. Islamik tak semestinya perlu ada watak lelaki berkopiah & berserban, wanita bertudung labuh bagai atau perlu ada nama Islamik. Hakikatnya siri dokumentari Animal Planet dan Astro Awani pun sudah islamik. Kerana apa? Ia sudah menanyangkan mesej-mesej yang baik.

Agaknya, pendukung industri seni hari ini masih lagi strerotaip makna Islam itu sendiri. 

Cuma persoalan saya di sini, sejauh manakah drama-drama atau filem bertemakan cinta ini akan mengangkat martabat islam? Sudah banyak filem-filem cinta Islamik ini. 7 Petala Cinta? Syurga Cinta? Salam Cinta? Di Dalam Mihrab Cinta? Di Atas Sejadah Cinta? Cinta....Cinta...Cinta...dan Cinta.....Begitulah hebatnya 'kuasa' cinta kan? Tapi ok lah kan daripada filem gangster-gangster tu...

Mungkin ramai yang sudah lupa, filem Syukur 21 yang bertemakan kemajuan pembangunan islam pun sudah cukup hebat suatu ketika dahulu.