Post Terbaharu :

Saturday, September 7, 2013

Mimpi Itu... :-(

Bismillahirrahmanirrahim,
Alkisahnya suatu petang kelmarin saya tertidur selepas zuhur. Pukul 2 petang itu saya menonton cerita Detective Conan kat Astro Ceria. Episod cerita tu tentang 'Sumpahan Patung Buddha'. Episod tu sangat menarik tetapi episodnya bersambung minggu hadapan. Bila difikir balik, minggu depan saya dah tak ada rumah. Jadi, saya pergilah download sambungan episod tersebut.

Sementara menunggu file habis download, saya pun terlelap. Petang itu juga, saya ada termimpi sesuatu yang memberi seribu satu makna dan pengajaran buat saya.
Sebenarnya saya termimpi hari kiamat berlaku. SubhanaAllah...cukup menakutkan dikala bumi sedang bergoncang. Masa itu saya berada dalam rumah melihat betapa dasyatnya suasana rumah yang mula mematahkan tiang-tiangnya satu per satu untuk rebah ke bumi. MasyaAllah. Masa itu saya terfikir, sudah tiba masanya untuk saya kembali kepada sang pencipta. Mati.

Kita perhatikan semula lirik lagu Mati daripada Kumpulan Hijjaz, 

"sampailah waktu ajalkan datang
malaikat maut segera menjelang
di cabut nyawa tiada terbilang sakit terasa bukan kepalang
di cabut nyawa tiada terbilang sakit terasa bukan kepalang"

Scary kan? Masa tengah cedera dalam longgokan batu kat rumah tu, malaikat pun datang nak jemput roh saya [ tapi saya tak nampak pun rupa malaikat tu macamana]. MasyaAllah...Masa tu terasa meremang setiap pelosok badan. Umbun-umbun pun terasa. Bermulalah perintah Allah buat malaikat Izrail untuk mencabut nyawaku. Ya Allah...takut bukan kepalang di saat itu. Baru separuh nyawaku dicabut, sudah terasa ia benar-benar sakit. Seriusly, sakit sangat di saat nyawa dicabut. 

Tiba-tiba, mak masuk dalam bilik saya, mengejutkan saya yang sedang lena tidur diulit dengan mimpi itu. Allah...saya pun terbangun. Berpeluh-peluh seluruh badan. Saya pun terus mengucap dan beristighfar. Sepanjang petang itu, saya terus berdiam diri. 

Tapi wallahualam, saya tak tahu macamanalah rasa sakit yang sebenar nanti disaat kita nak mati nanti. Ini saya baru bermimpi separuh mati. Mati itu semestinya indah buat para syuhadah dan para kekasih Allah. Bila fikir semula, siapalah kita ini jika jauh dariNya ? Sesungguhnya mati itu tersangatlah pasti. 

" oleh lah itu wahai sahabat
iman di dada perlu di tingkat
oleh lah itu wahai sahabat
iman di dada perlu di tingkat "
-Mati, Hijjaz

Sekadar Renungan & Coretan

Thursday, September 5, 2013

Apa Guna Ada...

Bismillahirrahmanirrahim,

Tapi...kadang-kadang itu kita guna untuk maksiat.  Hmmm... :-(


Tuesday, September 3, 2013

Ayam Goreng Berempah

Bismillahirrahmanirrahim,
Sebenarnya saya semakin xde idea nak tulis apa dalam blog ini. Banyak output keluar berbanding input dalaman diri ini. Tapi inshaAllah lah naik sem baru nanti, ada juga benda terisi.

Alhamdulillah, semalam saya try masak ayam goreng berempah. Dengar macam complicated nak rempah-rempah bagai. Rupa-rupanya xdelah serumit yang disangka. Ini pun dapat resepi daripada kawan rapat. Kalau tengok dalam internet, kebanyakan resepinya berlainan dan complicated. Eloklah perempuan belajar memasak kan.

Saya sememangnya bukanlah seorang yang gemar memasak. Makan je tahunya. Sejak masuk asrama semasa sekolah menengah dulu, lagilah masa kita terhad di rumah. Lepas SPM, cuti beberapa bulan itulah saya rajin-rajinkan diri untuk memasak. Tapi x selama mana, saya pun terus melanjutkan pelajaran di UIA PJ. Mana ada masa sangatkan nak masak-masak ni? Sekarang ini pun saya lebih suka spend masa depan laptop, main video game. Tapi semakin lama, saya fikir ianya semakin lagha.

Memandangkan umur semakin menginjak dewasa [ dewasa ke??], nak xnak kita lah rajin-rajin memasak. Ye lah...perkara ini boleh dikatakan satu kemahiran yang penting. Lagi-lagi nanti nak jadi bini&emak orang. 

So far alhamdulillah, cuti semester 5 bulan ini, macam-macam resepi yang pelajari. InshaAllah, dari semasa ke semasa, banyak benda lagi saya akan belajar. Biarlah permulaan itu sedikit, asalkan istiqamah.

=============================================================

Inilah cara mudah untuk masak ayam goreng berempah:

Bahan-bahan diperlukan:
ayam
serai
halia
garam
serbuk cili
serbuk kari
daun kari

Dah itu je pun...

Cara-cara memasak:
1. Kisar serai (5/6 batang) dan halia.
2. Selepas itu, gaulkan ayam dengan serbuk kari dan serbuk cili.
3. Campurkan bahan yang dikisar dengan ayam yang sudah digaul dan campurkan sedikit garam.
4. Perapkan ayam yang digaul itu selama 30minit.
5. Goreng ayam tersebut dan campurkan daun kari.

Siap...

Mak kata rasanya macam makan nasi kandar. Alhamdulillah...yang penting kita buat keluarga kita suka :-)




Monday, August 5, 2013

Eh, Tak Puasa Ke?

Bismillahirrahmanirrahim,
Alhamdulillah, hari ini sudah masuk hari yang ke 27 Ramadan.

Jumaat lepas, saya baru sahaja berhenti kerja di bazaar Ramadan Putrajaya. Kini sudah pun berada di bumi Johor.

Sepanjang bekerja di sana, ada perkara yang seakan menjengkelkan saya, iaitu "Tahun 2013, Ramai Orang Tak Puasa..."
Betul ke ni?



Di Bazaar, saya menjual air. Waktu menjualnya bermula sekitar 3.45 - 4.15 petang. Masa itu ramai juga yang sudah mula beli air. Antaranya orang awam dan para pekerja yang berniaga di bazaar tersebut. Majoritinya beli air dalam bekas cawan. 

Dulu saya fikir, mungkin mereka beli air 'awal sangat' ni sebab kemungkinan tak sempat nak beli di akhir-akhir waktu nanti. Almaklumlah sibuk dek kerja. 

Tetapi semakin hari, saya sudah mula 'curious' dengan pembeli-pembeli awal ini. Ada seorang makcik di gerai sebelah ni dia beli air sekitar pukul 4 petang. Dia maklumkan pekerja dia uzur, sebab tu nak minum. Ok, memang tak hairanlah kalau perempuan yang beli awal. Tapi kalau lelaki apa kes?

Pernah saya lihat, rakan sekerja lelaki ni. Dia ambil air dengan bekas cawan bersama straw kemudiannya pergi ke bawah meja dan menyedutnya. Hmmm...dia tengah test rasa air je kot... Tapi kenapa rasa air sampai tinggal setengah je air dalam cawan tersebut?

Ada seorang lagi rakan sekerja saya, muka dia baik je. Sekali nampak dia sorok-sorok di celahan tong air sambil menghirup air dengan leganya. La... sedihnya. Fail lah macamni kalau nak jadikan bakal suami. Huhu. Saya fikir mungkin dia dah tak tahan sangat nak teruskan puasa. Tapi kalau ye pun, janganlah minum di tempat yang orang lain boleh lihat. Tak tentu pasal ramai yang salah sangka nanti.

Ada juga, seorang penjual di gerai lain ni, mendesak untuk beli air secepatnya sampaikan dia marah dan merungut.

Masa jam 3 petang, ada dua orang lelaki ni sudah beli macam-macam di gerai lain. Kemudiannya, saya terdengar gerai di sebelah berbisik-bisik,
 "Psst.....awalnya diorang tuu..."

Dan kawannya menyapa dengan senyuman sinisnya, 
"Biasalah tu Bro...."

Hmm....sedih mendengarnya. Saya tak mahu semakin ramai yang tak nak ikut suruhan wajib Allah ni. Kesianlah kat saudara seagama kita. Setakat ni, saya melihat orang disekeliling saya semuanya berpuasa walaupun memang puasa itu tak dapat dilihat.

Kalau benarlah mereka tak berpuasa, apa yang berlegar-legar di ruang kepala ni, "Tak takut ke dengan azab Tuhan?" Sebab ini rukun Islam kot! Ada hati nanti nak beraya!
Ini baru cerita bab puasa. Kalau bab solat lagi lah dasyatkan?

Apa-apa pun,
Mungkin ini satu reflection bagi saya untuk sentiasa bersangka baik dengan orang sekeliling. Dari situ, kita dapat menilai dan cuba perbaiki tahap puasa kita yang belum tentu terbaik lagi ini...






Monday, July 22, 2013

Bila Roomate Sendiri Berkahwin...

Bismillahirrahmanirrahim,
Alhamdulillah...hari ini genaplah sebulan sahabatku dan juga merangkap bekas roomate CFS IIUM, Ruzanna(Ruru) dan pasangannya Najib, yang merupakan sahabat dari UIA mengemudi bahtera rumahtangga <3. Sweet~~~
Shifa-Ruru-Lily-Mira
Kenangan di Pusat Sains Negara iaitu semasa kami menjadi committee untuk program Ta'aruf Week.
Masa ni Ruru masih lagi bujang Saya pun masa tu tengah 'gendut'.

Sampai hari ini, saya masih tak tersangka, dia sudahpun bergelar Isteri. Yela kan, dulu masa dalam bilik, kami masih lagi dengan perangai 'kebudak-kebudakan', gedik-gedik manja. Masa itu, tanggungjawab sebagai anak dan pelajar sahaja. Tiba-tiba hari ini, semuanya sudah berubah. 

Apa yang mengagumkan saya, mereka tak menjaja 'kisah cinta' mereka di khalayak seperti kebanyakan pasangan muda sekarang. Cukuplah hebahkan kepada umum dengan lafaz sakinah mereka. Sampai saya sendiri pun tak tahu menahu tentang hal mereka. Benarlah, jodoh itu 'rahsia' Allah. Buat apa nak bercinta-cinta sangat sebelum nikah kan?

Kahwin muda bukanlah menjadi suatu perkara yang asing dalam hidupku memandangkan keluarga, kawan-kawan sekolah ramai yang dah berkahwin di usia yang muda. Tinggal di UIA lagilah menjadi 'adat' berkahwin muda.Bila roomate sendiri yang kahwin, lagilah terasa 'aura'nya. Mungkinkah diriku juga bakal menamatkan zaman bujang dalam masa terdekat ini? Mungkin tidak...calon pun takde. Ilmu pun tak seberapa. Banyak benda yang perlu terisi.

+++++++++++++++++++++++++++++++++++

Masa majlis berlangsung, saya dipertanggungjawabkan untuk mengambil gambar mereka. Nah...manalah saya berbakat sangat ambil gambar perkahwinan ni. Inilah pengalaman pertama saya mengambil gambar orang bernikah. So far, memang agak sukarlah untuk jadi jurugambar perkahwinan ni. Banyak nak guna masa dan ruang. Mungkin faktor itulah ramai jurugambar luar mengenakan bayaran yang tinggi, paling-paling pun RM2k-4k.

Walau apapun, terima kasih kepada Ruru sudi beri peluang dan 'melantik' Lily sebagai jurugambar semasa majlis berlansung haritu. Minta maaf kalau gambar tu tak seperti diinginkan. Sebab Ly tak reti sangat ambil gambar ni.Huhu. 









Semoga Ruru dan Najib bahagia bersama dunia akhirat 
dan dapat sama-sama kejar syurga Allah.

Saturday, July 20, 2013

Tips Awet Muda

Bismillahirrahmanirrahim,
Alhamdulillah, hari ini dah masuk hari kesebelas kita berpuasa. Ini bermakna sudah 11 hari saya berkerja di bazaar Ramadan di Putrajaya ni. 

Sepanjang berkerja  di sini, saya hairan sungguh melihat wajah rakan sekerja ni. Mukanya cukup muda sedangkan umurnya sudah pun 'lanjut'. Antara tips yang dia kongsikan utk awet muda ialah:


1. sentiasa senyum
2. kurangkan minum minuman berais
3. sebelum tidur, maafkan segala kesalahan orang lain, lagi2 bulan puasa ni.


Salam Ramadan :-D