Sunday, February 8, 2015
Wednesday, February 4, 2015
Suatu Pemberian
Bismillahirrahmanirrahim,
Sedang IPT lain masih lagi cuti semester, saya yang di UIA ni dah kena balik ke kampus. Berat hati nak balik. Kurangnya belajar di UIA ni memang akan cuti sedikit sahaja.
Baharu sahaja haritu saya post tentang 'Mintak duit kat Parents'. Dijadikan cerita, pada hari sabtu yang lalu, mak menghadiahkan saya sebiji Gaming Mouse, Powerlogic X-Craft Trek 1000. Agak serba salah juga nak menerimanya disebabkan harganya yang agak mahal, sedangkan saya boleh cari lebih murah. Mak memang tahu saya ni kuat main game.
Dulu masa kecik-kecik, selalu lah juga dapat hadiah. Tapi bila dah besar ni, kuranglah sikit. Agaknya mak hadiahkan mouse sebab tak nak saya bersedih bila dah balik kampus.
Saya tulis post ni sebab biar saya beringat pemberian mak ayah yang mengharapkan terbaik buat anak-anaknya. Ya, sentimental value itu biasanya ditafsirkan pada barangan. Tak kira apa atau rupa. Sebagai anak, kita cuba kurangkan sifat 'meminta-minta'. Terima kasih mak. :')
Review: gaming mouse ni boleh dikatakan selesa untuk dipegang. Warna LED dia menarik perhatian. Permukaan dia bergetah, memang sedap dipakai. Cuma bila tekan tu dia masih lagi berbunyi. Saya cadang nak cari yang soundless. Takdelah nak menggangu orang lain. Ini pemberian mak, guna je lah sebaik mungkin.
Labels:
Coretan,
gaming mouse,
hadiah,
powerlogic x-craft 1000
Sunday, February 1, 2015
Dalam Kenangan: SCUH Line Up 13/14
Bismillahirrahmanirrahim,
Gambar kenangan bersama barisan line up Silat Cekak Ustaz Hanafi UIAM Gombak. Tak banyak jawatan yang saya pegang ketika di main campus berbanding zaman asasi dahulu. Cukuplah saya join kelab silat ini.
"Takpe tak mahir dalam silat, kita akan mahir benda lain"
Labels:
SCUH,
Silat Cekak Hanafi UIA,
Silat Cekak Ustaz Hanafi,
uia gombak,
UIAM
Friday, January 30, 2015
Mintak Duit Kat Mak Bapak
Bismillahirrahmanirrahim,
Ada anak, bila nak sesuatu cuma perlu petik jari minta duit kat mak bapak. Hidup dia mungkin mudah.
Suatu masa dulu, saya pernah tengah sesak xde duit, ada kawan cakap senang je, "Pergi lah mintak duit kat parents"
Dalam hati, "Wah...senangnya kau asyik mintak kt parents je, kau tu orang berada"
Dah saya ni pun jenis pemalu nak minta apa-apa dekat parents.
Kakakku pesan, kita jangan samakan keluarga kita dgn orang lain. Fahamkan situasi mak ayah. Masa muda2 ni belajar cara berjimat dan berpijak pd kaki sendiri, melainkan betul2 dah terdesak.
Sebab tu kadang-kadang saya cari kerja part time, buat kerja design dan kumpul brg2 kitar semula. Dapat pendapatan sikit, tp at least boleh lah kurangkan beban mak ayah.
Meskipun hidup keluarga kita berkemampuan sekali pun,
kita belajarlah apa itu erti susah.
Labels:
Tazkirah+Rohani
Wednesday, January 28, 2015
Result Exam & Istidraj
Bismillahirrahmanirrahim,
Alhamdulillah, result exam semester 1 2014/2015 sudah diumumkan malam tadi. Saya yang pernah coretkan kesedihan tentang final exam haritu. Tapi bila tengok result malam tadi, saya sedar, Allah sayangkan kita.
Sejak UIA dah ada FB IIUM Confession ni, saya tertarik dengan satu luahan ni mengenai Istidraj. Bolehlah dijadikan sebagai checklist untuk masa akan datang.
=============================================
Result Oh Result
=============================================
Result Oh Result
by #Olaf
Lagi beberapa hari lagi nak keluar result. And of course, mestilah masing-masing nak dapat result gempak kan. Tapi kadang-kadang ada yang dapat result kurang elok, tu yang sampai sedih meraung asingkan diri.But, before sedih-sedih tu, imbas kembali pernah tak buat antara benda-benda ni:
1. Solat fardhu lambat, dah nak sipi-sipi masuk azan fardhu berikutnya, baru nak solat. Lebih buruk lagi kalau tak solat. Tak pun, kejap solat. Kejap tak.
2. Stay up sungguh-sungguh sampai larut malam, tapi subuh terlajak. Tu pun mamai-mamai.
3. Tak sempat baca al-quran sebab nak khatam baca buku dan note slides
4. Couple. Paling 'ringan' (kononnya) pun mesej-mesej dengan lelaki bergurau-gurau manja (tanpa hal mustahak)
5. Pergi kelas lewat dan tak siap assignment sampai lecturer kecil hati.
6. Berhibur dengan kawan sana sini. Tapi ibu ayah kat kampung tak tanya khabar. Balik rumah, qada' tidur, tengok TV, online dan tunggu makanan siap.
7. Jadi free-rider dalam group assignment. Team mates tak puas hati.
8. Minta kawan sainkan tandatangan pada attendance sheet atau kongsi (baca:meniru) jawapan exam atas semangat 'ukhwah' kononnya.
9. Ibadah-ibadah sunat apatah lagi. Tak pernah usaha nak puasa sunat atau solat sunat.
10. Dan macam-macam lagilah hubungan tak elok dengan Allah dan sesama manusia.
Aku kalau dapat result tak okay, pertama sekali tengok kesalahan diri sendiri. Dan memang kalau result low je, aku pasan, aku ada buat antara perkara-perkara di atas. So, aku tak layaklah nak bersedih sangat sebab dah silap aku sendiri.Habis, ada je budak dapat cemerlang walau dia buat perkara-perkara di atas.
Itu namanya ISTIDRAJ.
Yakni Allah bagi nikmat yang tidak diredhaiNya dan untuk menjadikan manusia itu lebih jauh dariNya. Manusia istidraj ini jenis lupa daratan. Walaupun dia membuat maksiat, tapi dia merasakan Allah menyayanginya.
Kan bahaya, itu?
=============================================
Labels:
exam uia,
istidraj,
result exam,
Tazkirah+Rohani
Saturday, January 24, 2015
Berat Susut
Bismillahirrahmanirrahim,
So far, alhamdulillah setakat ni berat badanku sudah mula susut 6kg dalam masa 1 minggu. Kira agak dasyat jugalah sebabnya kadang-kadang nak turun 1kg dalam masa seminggu pun belum pasti lagi. Setiap hari rasa badan lemah gemalai. Tapi saya percaya berat yang turun ini cumalah berat air. Tapi, rasa selesa sikitlah bila nak solat atau buat kerja. Rasa ringan sikit.
Usah rasa terlalu riang dengan berat turun, kerana berat cuma nombor sahaja. Yang penting meta badan sihat dan fit serta ada inchloss.
Usah rasa terlalu riang dengan berat turun, kerana berat cuma nombor sahaja. Yang penting meta badan sihat dan fit serta ada inchloss.
Cuti di rumah sepatutnya semakin bertambah-tambah berat. Itu cuma mentaliti sahaja. Lain jadi pada diri saya. Entah apalah yang saya buat. Di rumah, saya banyak buat kerja-kerja rumah dan kurang selera makan. Mungkin di situlah penyebabnya. Minggu depan mula nak pergi jog. Hope istiqamah.
Tahun 2015, tahun fit!
Labels:
catatan diet,
Coretan