Post Terbaharu :

Monday, March 9, 2015

Solat Itu Program

Bismillahirrahmanirrahim,
Bagi saya, 'cabaran' bergelar 'mahasiswa' adalah susah bangun solat subuh. Benarlah trainer saya pernah kata dahulu, '20 peratus sahaja yang mampu bangun solat subuh'. Bandingkan zaman sekolah, kelas kita bermula seawal 7.30pagi, jadi memang tidak hairan kita akan bangun subuh. 

Sejak dari kecil di bangku sekolah kita sudah dilatih secara tidak langsung untuk bangun subuh. Bila sudah beranjak ke alam kampus, kita ditinggalkan bersendirian kerana sudah pandai berdikari. Tetapi, adakah bangunnya kita sama seperti dahulu? Tambah lagi di waktu hujung minggu, rata-rata masih beradu di atas bantal yang empuk ketika sudah teriknya matahari. 

=========================

Baru-baru ini, langsir bilik di Mahallah Asiah sudah ditukar warnanya dari warna kuning kepada warna maroon gelap. Kalau kita tutup langsir ini, memang tak dapat bezakan siang atau malam. Sejak dari itu, saya mengalami masalah nak bangun Subuh. 

Kadang-kadang itu, saya meminta kakak saya yang berada di UM untuk miss call saya di waktu Subuh.

Semalam, saya ada kursus di luar kawasan kampus seawal 8 pagi. Jika terlambat, kami akan ditinggalkan. Oleh kerana terlalu risau, saya minta kakak saya miss call saya beberapa kali. 

"Kak, boleh tak tolong kejutkan Lily Subuh esok. 
Sebab ada program esok ni. Takut terlepas".

Wah, nak bangun Subuh sebab ada program ye? Dah Allah program-kan Program Solat Subuh setiap hari itu bukan namanya program jugak? 

Seorang programmer akan faham bagaimana program-kan sesuatu. Mengharapkan hasilnya terbaik. Haiyaaa! Saya sendiri dah la belajar programming.

Peranan orang sekililing dan aktiviti seharian kita banyak mainkan peranan dalam menjayakan program ini. 











Wednesday, March 4, 2015

Berapa Harga Sebuah Pengalaman?

Bismillahirrahmanirrahim,
Masa balik dari kelas tadi, saya ada lalu dekat centre UIA. Nampak ada seorang brother bawa 2 buah pasu aiskrim pasu yang dibelinya di Dewan CAC. Memang nampak mengiurkan. Ada kawan bagitahu harga dia RM5 untuk sepasu. Ais krim pasu ni mula popular sejak awal tahun ini. 
Bila nampak tu rasa teringin juga nak ada pengalaman makan ais krim pasu. Tapi kalau diikutkan, ais krim pasu ni boleh je buat sendiri. Tak ada apa yang menarik melainkan dia letak ais krim tu dalam pasu plastik bersama cebisan biskut oreo. Sama juga masa pisang goreng cheese jadi viral dulu.

=======================================
Sebelum ini, saya ada prinsip 'Tak apa bayar mahal sikit untuk sebuah pengalaman' dan 'belum cuba belum tahu'.

Berbaloikah kita laburkan duit hanya untuk sebuah pengalaman? 

Contoh kalau kita pergi jalan-jalan, teringin nak masuk muzium, zoo atau taman tema itu ini di mana perlu membayar tiket masuk dengan harga yang mahal, apa kita rasa berbaloi?

Dulu, saya dengan kawan ada pergi ke Taman Tema Times Square (klik sini). Harga dia mahal RM45 macamtu. Masa tu saya berkobar-kobar, kononnya ini pengalaman beharga. Kami hanya sempat bermain satu game sahaja dan kami termuntah-muntah di situ akibat pening. Kesudahannya, kami beredar macamtu sahaja. Rasa duit itu hangus.

Bagi saya, kalau pengalaman itu tak mendatangkan manfaat, memang ia satu sia-sia. Pengalaman memang guru terbaik kita. Di situ kita boleh menilai melalui apa yang kita lalui sebelum itu. Bila ada bab melibatkan duit tu, kita perlu fikir dua tiga kali. Utamakan yang mana penting dulu. Kalau rasa benda tu sekadar trend, tak payah lah kot. Kurangkan budaya membazir.


Tuesday, February 17, 2015

Malam

Bismillahirrahmanirrahim,

Malam.
Dah macam tajuk buku-buku Fixi je tajuk post ini. Saje je nak catatkan rasa untuk sem ini.

Sem kali ini, aku mula luangkan masa di atas katil. Biasanya nak online, aku selalu duduk di kerusi. Agaknya dah tua. Mula rasa sakit. Tambah lagi sejak wifi UIA bertukar jadi IIUM-Student, kelajuan wifi semakin perlahan.
Kali ini aku jarang buka lampu bilik. Mengharap lampu koridor luar dan lampu court badminton depan bilik ini menerangi malamku. 

Radio dibuka, siaran yang boleh didengar cuma siaran radio Ikim.fm, Sinar.fm dan Nasional.fm. Nak dengar Era atau Hot.fm tak dapat, mungkin UIA tak kasi pelajar jadi lagha agaknya.

Bosan...

Mungkin patut malam-malam yang lapang dan sepi ini, aku patut luangkan masa dengan majlis-majlis ilmu ataupun aktiviti persatuan. Dan semakin malam menjelma itu,patut aku luang masa untuk tahajud padaNya...

Tak patut alu biarkan masa itu pergi begitu sahaja.




Thursday, February 12, 2015

Belajarlah Explore Sendiri

Bismillahirrahmanirrahim,

"Kak Lily, boleh tak ajarkan saya semua pasal Photoshop?"
"Kak Lily, boleh tak tolong buatkan maklumat macamni dalam Word?"
"Lily tolong burn kan CD ni. Tak retilah...."
"Lily....tolonglah.....bolehlah....."
"Lily tolong buatkan semua ni" - paling kurang ajar

Bla...bla...bla...

Pagi-pagi lagi saya sudah bengang. Ada seorang junior minta tolong tunjuk ajar berkaitan IT. Tak kurang pula tu, ada seseorang SMS minta saya ajarkan dan explain pada dia tentang photoshop. Saya ni dahlah banyak kredit hour untuk sem ini, 21.5 jam. Sudah pastinya agak sibuk sedikit dan banyak kekangan masa. Sudahlah ada yang tidak beretika pula tu, main sergah sahaja. 

Nak melayan seorang sahaja sudah makan banyak masa. Kasihanlah pada diri saya, tak kan nak suruh explain satu per satu. Apa yang saya sarankan pada dia 'just Google'. Tapi saya takdelah suruh dia google macamtu sahaja, saya sediakan 'keyword' atau website yang boleh diguna pakai.

Ada pula tu, ada yang suruh saya betul kan hardware komputer. Ditohmahnya "Tak kanlah belajar IT tak reti nak format laptop & betulkan skrin ni" 

Bila saya jelaskan kebanyakan kami pelajar IT di UIA ni belajar lebih tentang sistem perisian (software), bukan lebih kepada peralatan (hardware). Kalau macam bab-bab seperti format laptop tu, kena belajar sendiri atau masuk kursus teknikal. Budak bukan kos IT pun reti bab-bab seperti ini.
Kuliyyah ICT UIAM Gombak
Inilah senario yang selalu berlaku pada kebanyakan 'non-IT' terhadap 'IT person'. Saya bukanlah mahu berbangga dengan kos IT, saya juga dibesarkan bukan semasa arena IT sedang pesat. Saya belajar dari zero secara total. Kadang-kadang berguru, kadang sendiri sahaja. Saya lebih suka explore sendiri dahulu. Jika benar-benar tidak faham, barulah saya akan rujuk pada yang lebih pakar. Usahlah semuanya mahu dimakan suap. 

Pagi tadi ada kelas IT&Islam. Saya ajukan soalan kepada pensyarah, 
"Sir, before this I heard that if we want to seek knowledge 
we need to have a book and a teacher to learn. 
Is it okay if we just explore by ourselves 
like Goggling or just refer to Youtube to learn?"

Jawapan yang dibalas oleh pensyarah mengatakan ianya boleh cuma perlu dapatkan kesahihan oleh orang yang berilmu. Jangan mengharap Ulamak Google atau Lebai Youtube sahaja. 

Terfikir juga, sombong sangat ke saya ini? Cubalah saya jadi seperti mereka, pastinya terpompang-pompang kabur tentang IT.

Orang kata kos ICT ni kos bodoh-bodoh je. Boleh belajar sendiri? Semua ada dalam Google. Bodoh ye?   Kami sudah pernah menderita. Jujur, saya juga tak pandai mana dalam bab-bab IT. Bukan lokek ilmu, tapi apa yang saya ingin tekankan, cubalah dahulu walaupun dapatnya sedikit ATAU kata mudah, 'Belajar explore sendiri'. Paling tidak buat research sedikit.

Sekurang-kurangnya begini, "Assalamulaikum kak Lily, akak tengah sibuk ke? minta maaf kacau. Nak tanya sikit, kalau saya klik ni ada efek apa-apa tak sebab saya ada baca kat bla bla..." 

Bukan,"Kak, tolong ajar semua ni" =_= 

Botak kepala akak.

Disebalik Ber'hati-hati'

Bismillahirrahmanirrahim,
Bila kita nak mengelakkan sesuatu bahaya, perkataan 'Beware'lah yang selalu diguna pakai yakni bermaksud
"Berhati-hati".

Berhati-hati? Hati?

Kenapa tidak disebut "berhidung-hidung","bermulut-mulut","bertelinga-telinga","bermata-mata"?
Sebab hati adalah sensor terhebat yang Allah cipta untuk mengawal keseluruhan dalam dan luaran badan kita.

Adakalanya perlu diketuk-ketuk jua kalau degil. Jagalah hati.


Sunday, February 8, 2015

Tiada Sesiapa

Bismillahirrahmanirrahim,
Entahlah, kenapalah kita ini selalu mengharapkan seseorang? Bila orang itu menjauhkan diri dari kita, kita anggap tiada sesiapa lagi di sisi? Konon. Lupa apa yang ada selama ini.