Post Terbaharu :

Monday, August 5, 2013

Eh, Tak Puasa Ke?

Bismillahirrahmanirrahim,
Alhamdulillah, hari ini sudah masuk hari yang ke 27 Ramadan.

Jumaat lepas, saya baru sahaja berhenti kerja di bazaar Ramadan Putrajaya. Kini sudah pun berada di bumi Johor.

Sepanjang bekerja di sana, ada perkara yang seakan menjengkelkan saya, iaitu "Tahun 2013, Ramai Orang Tak Puasa..."
Betul ke ni?



Di Bazaar, saya menjual air. Waktu menjualnya bermula sekitar 3.45 - 4.15 petang. Masa itu ramai juga yang sudah mula beli air. Antaranya orang awam dan para pekerja yang berniaga di bazaar tersebut. Majoritinya beli air dalam bekas cawan. 

Dulu saya fikir, mungkin mereka beli air 'awal sangat' ni sebab kemungkinan tak sempat nak beli di akhir-akhir waktu nanti. Almaklumlah sibuk dek kerja. 

Tetapi semakin hari, saya sudah mula 'curious' dengan pembeli-pembeli awal ini. Ada seorang makcik di gerai sebelah ni dia beli air sekitar pukul 4 petang. Dia maklumkan pekerja dia uzur, sebab tu nak minum. Ok, memang tak hairanlah kalau perempuan yang beli awal. Tapi kalau lelaki apa kes?

Pernah saya lihat, rakan sekerja lelaki ni. Dia ambil air dengan bekas cawan bersama straw kemudiannya pergi ke bawah meja dan menyedutnya. Hmmm...dia tengah test rasa air je kot... Tapi kenapa rasa air sampai tinggal setengah je air dalam cawan tersebut?

Ada seorang lagi rakan sekerja saya, muka dia baik je. Sekali nampak dia sorok-sorok di celahan tong air sambil menghirup air dengan leganya. La... sedihnya. Fail lah macamni kalau nak jadikan bakal suami. Huhu. Saya fikir mungkin dia dah tak tahan sangat nak teruskan puasa. Tapi kalau ye pun, janganlah minum di tempat yang orang lain boleh lihat. Tak tentu pasal ramai yang salah sangka nanti.

Ada juga, seorang penjual di gerai lain ni, mendesak untuk beli air secepatnya sampaikan dia marah dan merungut.

Masa jam 3 petang, ada dua orang lelaki ni sudah beli macam-macam di gerai lain. Kemudiannya, saya terdengar gerai di sebelah berbisik-bisik,
 "Psst.....awalnya diorang tuu..."

Dan kawannya menyapa dengan senyuman sinisnya, 
"Biasalah tu Bro...."

Hmm....sedih mendengarnya. Saya tak mahu semakin ramai yang tak nak ikut suruhan wajib Allah ni. Kesianlah kat saudara seagama kita. Setakat ni, saya melihat orang disekeliling saya semuanya berpuasa walaupun memang puasa itu tak dapat dilihat.

Kalau benarlah mereka tak berpuasa, apa yang berlegar-legar di ruang kepala ni, "Tak takut ke dengan azab Tuhan?" Sebab ini rukun Islam kot! Ada hati nanti nak beraya!
Ini baru cerita bab puasa. Kalau bab solat lagi lah dasyatkan?

Apa-apa pun,
Mungkin ini satu reflection bagi saya untuk sentiasa bersangka baik dengan orang sekeliling. Dari situ, kita dapat menilai dan cuba perbaiki tahap puasa kita yang belum tentu terbaik lagi ini...






Monday, July 22, 2013

Bila Roomate Sendiri Berkahwin...

Bismillahirrahmanirrahim,
Alhamdulillah...hari ini genaplah sebulan sahabatku dan juga merangkap bekas roomate CFS IIUM, Ruzanna(Ruru) dan pasangannya Najib, yang merupakan sahabat dari UIA mengemudi bahtera rumahtangga <3. Sweet~~~
Shifa-Ruru-Lily-Mira
Kenangan di Pusat Sains Negara iaitu semasa kami menjadi committee untuk program Ta'aruf Week.
Masa ni Ruru masih lagi bujang Saya pun masa tu tengah 'gendut'.

Sampai hari ini, saya masih tak tersangka, dia sudahpun bergelar Isteri. Yela kan, dulu masa dalam bilik, kami masih lagi dengan perangai 'kebudak-kebudakan', gedik-gedik manja. Masa itu, tanggungjawab sebagai anak dan pelajar sahaja. Tiba-tiba hari ini, semuanya sudah berubah. 

Apa yang mengagumkan saya, mereka tak menjaja 'kisah cinta' mereka di khalayak seperti kebanyakan pasangan muda sekarang. Cukuplah hebahkan kepada umum dengan lafaz sakinah mereka. Sampai saya sendiri pun tak tahu menahu tentang hal mereka. Benarlah, jodoh itu 'rahsia' Allah. Buat apa nak bercinta-cinta sangat sebelum nikah kan?

Kahwin muda bukanlah menjadi suatu perkara yang asing dalam hidupku memandangkan keluarga, kawan-kawan sekolah ramai yang dah berkahwin di usia yang muda. Tinggal di UIA lagilah menjadi 'adat' berkahwin muda.Bila roomate sendiri yang kahwin, lagilah terasa 'aura'nya. Mungkinkah diriku juga bakal menamatkan zaman bujang dalam masa terdekat ini? Mungkin tidak...calon pun takde. Ilmu pun tak seberapa. Banyak benda yang perlu terisi.

+++++++++++++++++++++++++++++++++++

Masa majlis berlangsung, saya dipertanggungjawabkan untuk mengambil gambar mereka. Nah...manalah saya berbakat sangat ambil gambar perkahwinan ni. Inilah pengalaman pertama saya mengambil gambar orang bernikah. So far, memang agak sukarlah untuk jadi jurugambar perkahwinan ni. Banyak nak guna masa dan ruang. Mungkin faktor itulah ramai jurugambar luar mengenakan bayaran yang tinggi, paling-paling pun RM2k-4k.

Walau apapun, terima kasih kepada Ruru sudi beri peluang dan 'melantik' Lily sebagai jurugambar semasa majlis berlansung haritu. Minta maaf kalau gambar tu tak seperti diinginkan. Sebab Ly tak reti sangat ambil gambar ni.Huhu. 









Semoga Ruru dan Najib bahagia bersama dunia akhirat 
dan dapat sama-sama kejar syurga Allah.

Saturday, July 20, 2013

Tips Awet Muda

Bismillahirrahmanirrahim,
Alhamdulillah, hari ini dah masuk hari kesebelas kita berpuasa. Ini bermakna sudah 11 hari saya berkerja di bazaar Ramadan di Putrajaya ni. 

Sepanjang berkerja  di sini, saya hairan sungguh melihat wajah rakan sekerja ni. Mukanya cukup muda sedangkan umurnya sudah pun 'lanjut'. Antara tips yang dia kongsikan utk awet muda ialah:


1. sentiasa senyum
2. kurangkan minum minuman berais
3. sebelum tidur, maafkan segala kesalahan orang lain, lagi2 bulan puasa ni.


Salam Ramadan :-D

Wednesday, May 29, 2013

Termenung...


Bismillahirrahamanirrahim,
Gambar yang di ambil dari pemandangan tingkap bilikku tika di petang hari. 
Masa ni saya bersendirian. Sunyi rasanya...

Kadang-kala bila kita bersendirian itu lebih elok untuk kita bermuhasabah diri. Bandingkan jika bersama kawan-kawan, mungkin kita lebih banyak bergosip atau bercakap perkara yang tidak berfaedah. Ada suatu masa kita memang perlu bersendirian, dan ada masanya untuk kita bersama kawan2.

Tuesday, May 28, 2013

Group-Mate Islamik?

Bismillahirrahmanirrahim,
Alhamdulillah...lega rasanya ...baru submit report projek subjek System Analysis & Design(SAD) sebentar tadi (semalam). Hampir 2 minggu saya menghabiskan masa untuk menyiapkan final report SAD ini. Ingatkan senang je. Rupa-rupanya dasyat juga. 

Yang 'dasyat' nya juga, buat PERTAMA KALINYA saya dapat se-group dengan kakak2 kos IRK (Ilmu Wahyu) yang ambil minor ICT iaitu Kak Masturah dan Kak Atikah. Seriously lain tau berkerja kumpulan dengan 'otai2 Ustazah' ni. Kakak2 ni merupakan pelajar tahun akhir UIA, mereka ambil bahagian Usulludin dan Usul Fiqh.
Bagi saya, subjek ni tak sesusah mana. Konsepnya lebih kurang macam subjek Management Principle (MGT). Banyak belajar asas  dan teori. Subjek ni juga banyak ideanya datang dari subjek Database System, Object Oriented Programming, Accounting dan MGT. Memang kombinasinya lengkap buat saya yang pernah ambil subjek2 tersebut. Paling seronok, apa yang kita belajar tu memang akan betul2 dipraktikkan semasa alam perkerjaan nanti. Sebab subjek banyak sangat fakta di alam pekerjaan.

=================================================================

Banyak-banyak projek, saya rasa subjek ini lah paling banyak diadakan perjumpaan group. Teringat lagi suatu hari tu, saya sedang khusyuk menyiapkan interface presentation projek di bilik UG KICT bersama groupmate, Kak Atikah. Jam menunjukkan pukul 5.45petang. Masa tu saya belum solat Asar lagi. Classmate saya, Nabihah mengajak untuk solat bersama. 

Tapi saya kata "Kejap..kejap..., pukul 6 petang nanti Lily solat...". 
Kemudian, Kak Atikah menyapa, "Pukul 6? Hmm...tak lewat sangat ke...?"

Merah padam muka saya dibuatnya. Huhu perasaan malu menyelubungi diri. Tanpa berkata apa-apa, saya terus ke Musolla KICT dan solat Asar di sana. 

Nah.... sesibuk mana kita dengan urusan kita, kewajipan utama tu sebaik-baiknya disegerakan dahulu. Seriously, berdasarkan pengalaman saya, jarang sekali ada groupmate yang berani menegur atau mengingatkan kita pada urusan akhirat(walaupun benda tu simple) samada spontan atau tidak. Kalau ada pun, lebih kepada banyak perbincangan berunsurkan agama untuk subjek itu tersendiri seperti subjek UNGS/BTQ. Harap2 saya boleh praktikkan pada masa akan datang walaupun perkara tu macam remeh je. 

Selain itu juga, apa yang saya perasan. Groupmate saya ni sentiasa 'punctual' dengan masa. Setiap kali perjumpaan group diadakan, mesti masa mereka 'sharp'. Kalau lambat pun mesti ada sebab yang sangat munasabah.  Saya sudah 'terkena' di situ. Tambah lagi, setiap tugasan yang diagihkan kepada mereka, mesti cepat siap. Aduh...malu nya diriku ini...Mereka juga selalu belanja air dan goreng pisang untuk dikongsikan bersama.

=================================================================

Alhamdulillah, inilah 'aura' bila kita dekat dengan mereka yang cantik ahlaknya. Sentiasa pratikkan nilai-nilai islam tu dalam diri, belajar, mahupun kerja. Usah takut dengan si 'Tudung Labuh' yang dicop sebagai 'Alim' dan 'Ustazah' tu.  Lagu Najwa Latif pun mereka layan. Hehe. Saya sendiri walaupun bertudung labuh juga, kadang kala tu tersasar jauh. Agama semakin dijauhkan. Hati tak ditarbiyyahkan.Kadang2 praktikkan nilai islam tu HANYA UNTUK DIRI SENDIRI SAHAJA. Memang itulah hakikat sebagai manusia.  
Jom2 lah, kita pratikkan nilai2 islamik dalam setiap urusan kita. Tak semestinya kena dekat2 dengan orang alim je kita nak buat muka baik. Tak semestinya se group dengan pelajar IRK secara automatiknya kita jadi baik. Semuanya berbalik pada diri kita.


Alhamdulillah, grup saya dipilih sebagai 'The Best Presenter' 
semasa presentation projek diadakan 2 minggu yang lalu .
 Gambar ni masa saya sedang menjelaskan 'Walk Thru System Interface'.

Terima kasih Kak Mas & Kak Atikah yang sudi beri tunjuk ajar dan berkongsi ilmu dengan Lily. Dan terima kasih juga 'berjaya' menyemai hati Lily kembali mengingat Tuhan. Bersyukurnya dipertemukan dengan akak2. :-)
(Tiba2 je rasa macam nak tukar kos kepada IRK :-D )

Friday, May 24, 2013

Topeng Vendetta/Guy Fawkes/Anonymous

Bismillahirrahmanirrahim,
Topeng ini saya beli secara online melalui FB. Saya beli dengan student UM.  Cash deposit hari selasa lepas, keesokkan hari dah dapat. 

Saya tak tahulah, kenapa 'Tiba-tiba' je saya 'addicted' dengan topeng yang popular dengan gelaran anonymous atau Vendetta atau Guy Fawkesc ini. Sampai profile picture FB, cover Photo FB dan wallpaper desktop pun guna gambar topeng ini.
Kalau di UIA, topeng ini juga dikenali sebagai topeng JUU (Jom Ubah UIAM).

Adakah kerana mahu menjadi seorang hacker?
Adakah kerana bahang PRU13? 
Adakah kerana isu blackout 505? 
Adakah kerana orang ramai memakai topeng ini di mana-mana perhimpunan?
Adakah kerana isu tuntutan pembebasan Adam Adli?

Adakah saya sudah dilanda 'Ghawzul Fikri' (Serangan Minda)? 

Saya bukanlah jenis suka ikut mengikut. Nak sertai mana-mana perhimpunan lagi lah tak boleh dek saya ni perempuan. Mak ayah tentunya risau keselamatan saya. 
Saya rasa ada satu tarikan pada topeng ini. Lagi-lagi bila mendengar kisah Guy Fawkes dan cerita V for Vendetta yang berani menuntut hak-hak mereka daripada kerajaan.

Kakak saya pernah menyapa, "Kalau mereka berani, kenapa perlu pakai topeng? Mengapa tidak menunjuk diri yang sebenar?" . 

Tapi topeng ini mungkin saya jadikan sekadar sebagai hobi dan bahan prop untuk artwork dan fotografi saya nanti.
 1st pose. Lebih comel daripada tayang-tayang muka duckface kan? XD