Post Terbaharu :

Friday, May 24, 2013

Topeng Vendetta/Guy Fawkes/Anonymous

Bismillahirrahmanirrahim,
Topeng ini saya beli secara online melalui FB. Saya beli dengan student UM.  Cash deposit hari selasa lepas, keesokkan hari dah dapat. 

Saya tak tahulah, kenapa 'Tiba-tiba' je saya 'addicted' dengan topeng yang popular dengan gelaran anonymous atau Vendetta atau Guy Fawkesc ini. Sampai profile picture FB, cover Photo FB dan wallpaper desktop pun guna gambar topeng ini.
Kalau di UIA, topeng ini juga dikenali sebagai topeng JUU (Jom Ubah UIAM).

Adakah kerana mahu menjadi seorang hacker?
Adakah kerana bahang PRU13? 
Adakah kerana isu blackout 505? 
Adakah kerana orang ramai memakai topeng ini di mana-mana perhimpunan?
Adakah kerana isu tuntutan pembebasan Adam Adli?

Adakah saya sudah dilanda 'Ghawzul Fikri' (Serangan Minda)? 

Saya bukanlah jenis suka ikut mengikut. Nak sertai mana-mana perhimpunan lagi lah tak boleh dek saya ni perempuan. Mak ayah tentunya risau keselamatan saya. 
Saya rasa ada satu tarikan pada topeng ini. Lagi-lagi bila mendengar kisah Guy Fawkes dan cerita V for Vendetta yang berani menuntut hak-hak mereka daripada kerajaan.

Kakak saya pernah menyapa, "Kalau mereka berani, kenapa perlu pakai topeng? Mengapa tidak menunjuk diri yang sebenar?" . 

Tapi topeng ini mungkin saya jadikan sekadar sebagai hobi dan bahan prop untuk artwork dan fotografi saya nanti.
 1st pose. Lebih comel daripada tayang-tayang muka duckface kan? XD


3 Bungkusan

Bismillahirrahmanirrahim,
Tajuk entri kali ini bukan membawa maksud seperti filem 7 Petala Cinta atau lagu 3 Kata. Ianya sekadar coretan apa yang saya alami minggu ini.

Alhamdulillah...
minggu ni saya terima 3 bungkusan barang. Ada yang daripada oversea dan ada juga dari dalam negara. Saya tak expect pun dapat bungkusan yang boleh dikatakan banyak. Lagi2 barang dari oversea, masa penghantarannya cukup lah lama. Tapi memang begitulah adat pos2 barang ini. Kita banyak menghitung hari dan masa. 

                                    +++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++
Yang ini hadiah sport mp3 yang saya dapat melalui contest 'Like, Share & Win' dekat Page FB. Barang ini dari China. Dekat 3 bulan jugak lah nak dapat barang ni. Benar orang kata, 'Penantian Itu Satu Penyeksaan'. Risau juga lah takut barang tu rosak sepanjang penghantarannya ke Malaysia. Tapi tak pelah, lagipun ini barang Free. 
Pihak pos China memang dah maklumkan, urusan pengeposan di sana memang kurang memuaskan. Jadi penerima bungkusan perlu bersabar...
Saya guna alamat Mahallah. Saje nak test cara untuk tuntut barang pos masa kat universiti. Tapi masalahnya, kadang-kadang tu pihak Mahallah Office lambat nak update barang pos yang sampai kat Mahallah. Contohnya, barang sampai hari Jumaat. Hari Selasa minggu depan baru mereka hebahkan. Hmm...mungkin mereka ada perkara lain nak selesaikan.
+++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++

Yang ini pula bungkusan dari Malaysia je. Saya beli topeng Anonymous dengan student UM. Dapat hari Rabu lepas. Saya guna alamat tempat kerja ayah. Tak tentu pasal staf2 pejabat ayah tanya ayah beli topeng Ultraman ke? Huhu.
Ikuti review topeng ini di sini.
                                    +++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++

Memandangkan study week ini membuatkan saya stress dan tension, jadi saya pulanglah ke rumah.Sampai je kat rumah, tengok ada bungkusan kat atas meja tertera nama saya. Alhamdulillah barang yang saya tempah dari oversea pun dah sampai kat rumah. Barang ini saya tempah 2 bulan yang lepas.

#Coretan

Monday, May 20, 2013

Tips Nak Exam

Bismillahirrahmanirrahim,
Di sini saya catatkan serba sedikit perkongsian tentang perkara yang perlu diteliti ketika dekat2 exam daripada senior UIA, iaitu Kak Wan Amirah. Lagi-lagi sekarang ni musim study week. Eloklah untuk di 'mind setting' dan diamalkan.


-----------------------------------------------------------------------------------
Assalamualaikum wbt. 
perkara yang kita perlu jaga saat2 nak exam ini ialah
(yg ana dapat dari seorang ilmuan)

1)Jaga Hubungan dengan Allah
~solat biar awal waktu dan
~berjemaah

2)Jaga Hubungan dengan Ibu dan Ayah
~kalau sebelum ni call ibu dan ayah seminggu sekali,
untuk saat macam ni,tukar, cuba call ibu dan ayah hari-hari.

Call cakap "rindu kat mama/umi/ibu/ayah/abah" pun dah cukup.
Biar kita dapat reda mereka dan semestinya objektif paling besar
ialah dapat reda Allah yang satu.

3)Jaga Pemakanan.
~Makan makanan yang berkhasiat.

***boleh teruskan praktis benda ni pada waktu2 bukan nak exam jugak.

nway, nak tambah sikit dari pesanan2 di atas, ialah

4) Jangan skip baca Al quran.

cuba tengok gambar kat bawah ni, dan muhasabah, tebal ke al quran?
berbanding buku2 teks kita yang lain?

kalau kita boleh katamkan buku teks kita untuk setiap satu sem, nape kita x boleh nak katamkan alquran kita setiap satu sem jugak... (atau kalau lagi bagus sebulan sekali..)

ana ingat lagi pesanan dari Dr Farhan Hadi dlm novel CInta High Class,
beliau ada pesan, bahawa,

kalau baca al quran ni waktu akan lebih berkualiti.
apa yang kita baca akan mudah ingat dan faham.
kerana hikmah dari bacaan alquran itu sendiri. kita akan dapat keberkatan waktu.

**tapi, jgn sekadar baca alquran kerana nk dapat keberkatan waktu, sbb,
byk lagi manfaaat lain yg boleh d dapati dgn baca al quran.

dan kata-kata dari Sir Salah,
lagi banyak kita baca quran, hati kita akan makin bersinar.
lagi banyak kita follow sunnah, lagi kita sayang pada junjungan kita, Nabi Muhammad saw.

rasanya itu saja,

sekadar perkongsian, dan pesanan untuk diri ana sendiri,
yang sinonim dengan sifat pelupa, kerana ana juga seorang insan biasa.

Dan Kami akan memudahkan kepadamu jalan kemudahan (mencapai kebahagiaan dunia & akhirat),
oleh sebab itu berikanlah peringatan, kerana peringatan itu bermanfaat,
orang yang takut (kepada Allah) akan mendapat pelajaran,
dan orang yang celaka (kafir) akan menjauhinya,
(yaitu) orang yang akan memasuki api yang besar (neraka),
selanjutnya dia d sana tidak mati dan tidak (pula) hidup.

(Al-A'la 8~13)

sekian. terima kasih.



-----------------------------------------------------------------------------------------

Gambar ni tiada kena mengena pun :-P. 
Cuma saya rasa agak bosan waktu study week ini. 
Adakah saya masih bebal untuk mengisi perkara berfaedah? 
Semoga tips2 yang dikongsikan oleh senior di atas ini dapat 
saya amalkan dan manfaatkan sebaik mungkin.

Saturday, May 18, 2013

Study Week Semester II

Bismillahirrahmanirrahim,
Suasana UIA semasa minggu akhir kuliah
Hari ini bermulalah Study Week bagi semester 2 2012/2013 dan hari ini jugalah saya menghadapi paper exam yang pertama iaitu subjek Study Circle 2.

Seperti biasa, UIA memang akan sunyi ketika ini. Waktu inilah saya rajin meluangkan masa untuk beriadah petang, berjoging di Female Sport Complex. Tak kanlah kita nak study memanjang je kan.




Di sini, saya sertakan ucapan ringkas buat sahabat-sahabat yang turut bersama berjuang dalam semester ini.
V for Vendetta - Lily Insani

"Allah bagi apa yang kita perlu, bukan apa yang kita mahu"
"Semoga segala usaha dan amal, Allah berkati..."

Thursday, May 2, 2013

First Date

Bismillahirrahmanirrahim,
Alhamdulillah, bersempena cuti Hari Buruh 1 Mei semalam, saya bersama Adlina,sahabat Silat Cekak Ustaz Hanafi (SCUH) berkesempatan ke Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2013 bertempat di PWTC. Ini merupakan kali kedua saya ke pesta buku ini. 

Dan...inilah kali pertama saya keluar berdating' bersama Ed. Bagi saya, biasanya kita keluar bersama roomate ataupun classmate. Inikan saya bersama silat-mate.  

Sebaik tiba je di sana, masyaAllah....berduyun-duyun manusia berasak-asak di PWTC tu. Saya niat nak ke booth karangkraf, nak mencari majalah PC manakala si Ed tercari-cari buku Hlovate. Setapak demi setapak kami berjalan di tengah kesesakan orang ramai tu. Saya mencari ruang bernafas. Keadaan dalam dewan tu tersangatlah panas dek orang ramai mengeluarkan haba. 

Masa tengah terkapai-kapai dalam kesesakan tu, saya melihat orang di sebelah saya. Rupa-rupanya Ustaz2 dari kumpulan nasyid Rabbani berada disebelahku. Merah padam mukaku dibuatnya. Yelah...artis islamik kot. Huhu.

Apa yang bestnya di pesta buku ini, banyak buku-buku baru dan menarik dijual pada harga yang murah.

Kami pun tak lama di situ. Ini sebabnya saya tak tahan dengan kesesakan orang ramai. Lepas Ed dah dapat buku yang dicarinya. Kami terus ke Wangsa Walk untuk mencari kasut Ed ni. Sepanjang perjalanan, kami banyak berbual tentang isu politik.

Kami makan di KFC berhampiran Wangsa Walk. Sorry to say, servis KFC di situ seakan-akan 'hancur'  dek mereka menggunakan sistem Order dan Pickup makanan berasingan. Makanan ni semuanya Ed belanja sebagai tanda penghargaan kami dalam tugasan aktiviti silat yang lalu. Alahai apalah sangat yang saya sumbangkan...
Apa-apapun, terima kasih buat Ed sudi belanja makan KFC Korean ni :-)



Kemudiannya ke gedung pasaraya AEON Big bersebelahan dengan KFC tu. Tempatnya seperti di Carefour. Kami pun sakan membeli barang keperluan harian di situ.

++++++++++++++++++++++++++

Malam tu pula, saya ,Ed dan sahabat silat yang lagi satu ni, Ika sambut hari lahir Ed di cafe Mahallah Hafsa. Kami sambut sederhana sahaja. Makan KFC sikit dan kek Secret Recipe. :-) 
Si Ika sakan bercerita. Kami pula mampu tertawa sambil bertukar-tukar cerita.

Alhamdulillah...persahabatan yang ditemukan dalam pecarian ilmu seni bela diri ini, membuatkan hatiku ceria dan terubat kesedihan setelah lama menyepi yang kononnya sem ni saya tiada kawan.  Saya harap ukhuwah ini sentiasa berpanjangan.  Saya sudah merasakan memang SCUH adalah sebuah keluarga. 


:-D
Terima kasih Allah...
 Terima kasih Ed dan Ika...

Monday, April 15, 2013

Mendaki Bukit Tabur

Bismillahirrahmanirrahim,
Alhamdulillah, tanggal 14 April 2013 melakar sejarah dalam hidupku bersama rakan-rakan Silat Cekak Ustaz Hanafi (SCUH) dan Shito Yu Karate Do UIAM Gombak dalam ekspedisi mendaki Bukit Tabur!

Bukit ini terletak di Taman Melawati, Gombak. Bukit ini juga betul-betul berdekatan dengan UIA!

Hampir setiap hari saya melihat bukit ini. Tak sangka pula akhirnya saya yang melihat UIA dari pemandangan atas bukit itu.

Bukit ini agak mencabar juga kerana ditaburi dengan batu-batu. Kaki dan tangan saya sampai terluka dek batu yang tajam itu. Pada mulanya saya memang takut nak mendaki bukit ini,lagi-lagi ketika betul-betul kena panjat batu sedarjah 90. Tapi saya terus set mind, ini semua 'Psychology je ni'.

Gambar ihsan daripada Zainul
Ini ketika saya naik bukit yang securam 90 degree!
Keadaan di atas bukit ini pun dah macam kat oversea
Pemandan UIA dari atas bukit. Bila tengok dari atas ni saya rasa alahai UIA ni kecik je.
Bermakna kita sebagai hamba ini sangatlah kerdil. 
Ini baru puncak permulaan. Keadaan di atas ini sangat lah sejuk dan berangin.
                       

SCUH, Family keduaku <3
Apa yang paling saya suka dalam program ini selain daripada cabaran dan kepuasan, jalinan ukhuwah dan talian kekeluargaan dalam kalangan ahli kelab kian terasa. Rasa seperti abang-kakak-adik. Itulah kelebihan yang ada dalam persatuan seni mempertahankan diri ini. Kita tidak terhad berada dalam persatuan, tetapi kelas latihan dan juga aktiviti-aktiviti sampingan. Seolah-seolah persatuan ini merupakan keluarga keduaku.