Post Terbaharu :

Wednesday, April 16, 2014

Road To Wajadiri'14

Bismillahirrahmanirrahim,
InshaAllah pada 19 April ini, saya bersama rakan sepasukan, Silat Cekak Ustaz Hanafi UIAM akan bertanding dalam Kejohanan Wajadiri Nasional 2014 Silat Cekak Ustaz Hanafi yang bertempat di Universiti Malaysia Terengganu (UMT) Sabtu ini.
Ter-typo error. Sepatutnya 'Universiti Malaysia Terengganu'.
Persiapan dan latihan untuk kejohanan ini telahpun dilaksanakan 2-3 bulan yang lalu. Masing-masing nampaknya begitu bersungguh-sungguh dalam kejohanan ini. Saya masuk dalam acara 'Adegan Praktikal' bersama Nafisah dan Shifa. Lagipun memang saya teringin nak berlakon. 

Mulanya, saya fikir acara ini mudah sebab hanya perlu berlakon. Rupa-rupanya tak semudah disangkakan. Jalan cerita, dialog dan aksi silat perlu diselaraskan. Apatah lagi kami perlu reka cerita bertemakan sukan dan pilih buah silat yang bersesuaian.
Baru-baru ini, kami berlatih bersungguh-sungguh. Ada yang dari petang hingga ke malam. Di waktu kuliah, saya hairan kenapa saya sangat mengantuk dan sakit badan dalam kelas. Rupa-rupanya, ada banyak kesan lebam di bahagian badan. Kesan lebam pada Nafisah dan Shifa lagi banyak. Terkejut saya melihatnya. 
Nafisah pernah berpesan,

"Dalam silat ini, kita tak boleh lah nak merungut. 
Masing-masing akan rasa sama sakit"


Terkedu mendengarnya. Sepanjang latihan, saya tak nafikan memang wujudnya konflik dan emosi antara kami walaupun kami sudah kenal sejak di UIA PJ. Apa yang saya belajar dalam silat ini, keserasian,kerjasama, disiplin antara rakan pasukan perlu ada dan itulah kunci utama dalam satu pasukan.

Alhamdulillah, semalam kami dapat finalize-kan jalan cerita silat ini. Terima kasih buat jurulatih yang sudi membantu kami terutamanya Abang Saeqal, Kak Zati, Kak Fiza dan yang lain-lain. Walaupun kami ini masih tahap 'adik-adik', mereka masih lagi boleh beri kami tunjuk ajar dan motivasi buat kami. Shifa pula mengingatkan,

"Kita buat je yang terbaik nanti. 
Buat yang terbaik tu bukan redha macam tu je. 
Yang terbaik tu selepas kita dah buat bersungguh-sungguh "
Doakan kami ye.

P/S:
Sekurang-kurangnya, silat ini bukan hanya sekadar mengajar silat, tetapi turut mendidik pembangunan diri jua yang bukan mudah diperoleh walaupun nampak macam enteng je. Dan yang paling penting, kami peroleh pengalaman kan? Daripada tiada apa-apa.

Wednesday, April 9, 2014

Flash

Bismillahirrahmanirrahim,
Flash. Pernah dengar perkataan ini? Banyak mini-games menggunakan platform ini. Pernah tonton video animasi 'Dunia Akhir Zaman' karya Brofat? Bagi saya ianya satu dokumentari menaraik yang menggunakan Flash.

Sem ini, saya berpeluang untuk belajar cara membuat animasi menggunakan Adobe Flash. Namun....topik melibatkan 'Flash' memang agak menggerunkan saya. 

Setakat ini, memang agak mencabar cara nak membuatnya. Padahal, hasil animasinya terlalu simple dan ringan. Tutor praktikal saya tak pernah miss. Setiap minggu wajib datang sekali. Tapi saya datang lebih dari itu sebab susah nak tangkap. Memang agak payah.

Minggu ini merupakan minggu yang stress buatku walaupun midterm exam baru sahaja berlalu. Lusa dah kena submit. Untuk subjek multimedia ini, saya berpasangan dengan Sarah. Kami ditugaskan untuk membuat 'Splash Screen' dan 'Introduction' game yang bergenre 'Shooting'. Ini baru permulaan projek. Belum masuk game sebenar nanti.

Ini sample story board untuk proses membuat projek kami itu nanti.
Ya Allah kepala ini stress.

Bagi saya, proses yang sukar adalah 'the conception', pencetusan idea.
Kalau kita sudah idea yang baik, inshaAllah proses 'blue print' nya pun mudah dilaksanakan. Itulah....kita ini hanya mampu merancang, Allah lah yang menentukan. Sebaik-baik perancang hanya terletak padaNya.

Semoga Allah permudahkan segala urusan.... :'(


Tuesday, April 8, 2014

Musim Bunga Di Malaysia

Bismillahirrahmanirrahim,
Alhamdulillah...minggu ni saya berkesempatan pulang ke rumah untuk meraikan majlis walimah abang ipar di Pahang. Saya ajak sahabat rapat, Shifa (si gendut :-D) turut ikut sekali. 
Selepas habis walimah, kami sempat singgah di UTHM Parit Raja, untuk menikmati musim bunga yang melanda seluruh Malaysia sekarang ini.
Banyak-banyak pokok di sini, UTHM lah yang ada lebat pokoknya dan pemandangan yang cantik. 

Difahamkan pokok spesis ini akan berbunga lebat selepas mengalami musim panas yang ketara. Ini juga menandakan musim hujan bakal melanda.

Rasanya, sebelum-sebelum ini tak pernah pula saya perasan pokok ini berbunga. Pokok-pokok ini seingat saya ditanam semasa saya Darjah 6, tahun 2004. Apa-apapun, setelah Allah uji kita dengan kemarau yang panjang, Dia jualah beri rasa tenang dan damai dengan hadirnya pokok berbunga ala Korea seperti ini. SubhanAllah. Sebaik-baik Pencipta Yang Paling Agung!


Kami memang suka ber-dating bersama. Bertukar-tukar pandangan.
Rapatkan ukhuwah.
Semoga Thabat, wahai sahabat.



Post untuk model.
Biasalah, manusia memang suka berangan. :-P

Masjid UTHM, mengingatkan kami pada Masjid Sultan Ahmad Shah,UIAM.
Sungguh, indah sebenarnya biah dan tarbiyyah di sana.




Wednesday, March 26, 2014

Study Di Waktu Cuti Mid Break


Bismillahirrahmanirrahim,
Cuti mid break tinggal dalam 3 hari je lagi???
Allah...sekejap je masa berlalu. Itulah padah tak pandai hargai masa.

Minggu ini, seluruh isi rumah semuanya sibuk buat persiapan perkahwinan kakak saya yang sulung ni. Saya sendiri pun takde masa nak study. Padahal naik cuti ni ada 4 paper mid term: UNGS, IRT, ISEC & MULTIMEDIA.

Study masa mid break memang agak payah. Mood sudahlah takde. Pengisian luar dan dalam semakin hilang mungkin?

Saya kalau takde semangat, saya akan buka lagu OST Filem Batman, The Dark Knight Rises & Why Do We Fall? sambil minum coffee brown sugar...

Lagu gubahan daripada Hanz Zimmer ni kebanyakan memang 'berhantu' .Memang boleh menaikkan semangat seseorang. Apa-apapun yang paling penting tu ilham semuanya datang dari Allah. Kita cuma melaksanakannya sahaja   :-D

Sesungguhnya Allah tidak akan mengubah nasib suatu kaum
kecuali kaum itu sendiri yang mengubah apa yang ada pada diri mereka 
-Ar-Ra'd:11-

Saturday, March 22, 2014

Booth Aman Palestin

Bismillahirrahmanirrahim,
Hari ini merupakan hari terakhir Expo Buku Islam UIAM Gombak diadakan. Expo ini berlangsung sejak 17 hingga 22 Mac. Banyak buku-buku ilmiah dan islamik dijual di sini. Apa yang best semestinya boleh menggunakan baucer buku BB1M.
Alhamdulillah, dalam expo ni saya berpeluang bertugas sebagai salah seorang committee di booth Aman Palestin gabungan daripada Aman Palestin dan Kelab Pembina.
Walaupun bertugas hanya seketika, banyak ilmu bermanfaat, pengalaman dan pengajaran yang dapat ditimba.

Masa tengah-tengah menjaga, kami cuba mengajak para pengunjung yang ada di sekitar kawasan untuk sama-sama bantu dana untuk Palestin. Ramai betul warga UIA yang datang menginfaq, menderma, dan mewaqafkan harta buat rakyat Palestin ini. Mereka juga cakna dan mengambil berat tentang saudara kita nun di sana.
 
Usai ketika itu, di suatu sudut saya melihat ada beberapa orang yang datang ke booth kami, menderma sambil 'menyorok-nyorokkan' apa yang ada di genggaman mereka.

Sungguh pemurahnya mereka ini, sedangkan di suatu masa diri ini pun masih lagi ada sifat kedekut dan risau yang harta akan berkurang jika kita bersedekah.

Semoga pengalaman ini jadi satu tarbiyyah... :')

InshaALLAH lepas ini nak join aktiviti daripada Aqsa Syarif & Malaysia Life Line for Syria. Nak sumbangkan tenaga masa muda-muda ni...







Saturday, March 15, 2014

Badutkah Aku?

Bismillahirrahmanirrahim,
Hari khamis yang lepas, saya dan sahabat, Adilah ditugaskan untuk buat sesi perbentangan(presentation) tentang isu semasa berkaitan 'security'. Ini bagi melengkapi assignment bagi subjek Information Security.

Adilah mencadangkan pada saya untuk membentangkan topik berkaitan 'Cycberstalking'. Bunyinya memang menarik. Tambah, itu kali pertama saya mendengarnya. Lagi-lagi ada terma 'stalking' ni. Huhu.

Cuma, kami tak buat persediaan yang banyak. Petang decide tajuk, esoknya sudah kena present. Saya memang takde masalah untuk buat presentation. Malah saya suka. 

Semasa sesi pembentangan...

Cyberstalking ini sebenarnya lebih teruk daripada stalking yang biasa-biasa kita buat di laman sosial tu. Sebab motifnya lebih kepada ancaman pada seseorang. Saya banyak buat analogi tentang 'cinta'  dan obsesif dalam pembentangan ini. Satu kelas termasuk pensyarah tak sudah-sudah asyik gelakkan gelagat saya bercakap di hadapan kelas sepanjang sesi itu.

Selepas sesi pembentangan...

Kawan-kawan menyapa,
"...Lily...lawaklah tadi..."

"...Lily...terbaiklah tadi..."
"...Lily...best giler lily present tadi, 
kalau tak satu kelas senyap je..."
"...Lily...memang ada ciri sebagai pelawaklah..."


Saya pun pelik. Saya ni lawak sangatkah? Atau saya ini memang 'badut'?
Padahal bukan sebagus manapun presentation saya tadi. Tapi memang, kebanyakkan sesi presentation sebelum2 ini, memang orang lain akan tergelakkan saya. 

Cuma apa yang saya pastikan, setiap kali kita buat presentation, usah jadi typical seperti kebanyakan orang lain buat.
Apa yang perlu buat semasa sesi pembentangan? 
Di sini saya kongsikan tips daripada senior trainer saya:

1. Semasa permulaan, perkenalkan diri dan ahli yang lain. Nyatakan part apa yang anda akan bentangkan dan part apa ahli yang lain bentangkan. Jangan hanya perkenalkan nama sahaja. Contoh, "Assalamualaikum w.b.t...bla..bla...kami akan bentangkan topik berkaitan bla..bla""Sebelum itu, saya Lily, dalam topik ini saya akan kongsikan tentang...bla..bla.., seterusnya Adilah akan mengulas tentang bla..bla.."

2. Banyakkan interaksi dengan audiens. Kita boleh bertanyakan soalan pada mereka. Contohnya pada awal, "Pernah tak anda semua dengar tentang Cyberstalking ini?"

3. Banyakkan buat perumpamaan. Lagi-lagi kalau buat cerita mengenai 'cinta' atau 'kahwin'. Memang semua orang suke punya lah. Banyakkan bercerita. Tapi biarlah watak dalam cerita itu melibatkan presenter dan audiens. Contohnya, presenter jadi Cyberstalker, si audien menjadi mangsa cyberstalking.

4. Balance-kan bahasa badan. Saya kerap pergi ke bahagian tengah, dan banyak gerakkan gerakan jari. Umpama seperti seseorang yang tengah memukau orang. Jangan berdiri statik. Mata kena tengok semua orang, bukan pada lecturer sahaja.

5. Buatlah lawak...(bergantung pada jenis audiens/majlis).

6. Pastikan juga, slide yang kita gunakan mengikut 'hukum' presentation di mana warna latar slide haruslah sama dengan warna layar yang digunakan. Contoh, papan layar kebiasaanya berwarna putih, jadi dalam slide power point warna background nya kenalah berwarna cerah atau sama dengannya. 
Gambar sekadar hiasan, Saya berharap suatu hari nanti, tercapailah impian nak jadi seorang tutor /lecturer mahupun profesional yang ada nilai agamanya, suatu hari nanti. InshaAllah.

Apa yang saya kongsikan cumalah apa yang saya selalu amalkan. Banyak lagi perkongsian yang bermakna yang dikongsikan oleh mereka yang hebat-hebat. Semoga ianya mendatangkan makna buat anda semua. :-)