Post Terbaharu :

Showing posts with label UIAM. Show all posts
Showing posts with label UIAM. Show all posts

Sunday, October 5, 2014

Oh Web Programming!

Bismillahirrahmanirrahim,
InshaAllah hari ini hari submission assignment untuk subjek Web Programming II. Tapi saya tak buat apa pun lagi. Sebab nak kena study bagi faham dulu.

Hampir 2 sem tak amik subjek Programming. Totally lost dan lupa. Antara subjek programming C++, Java dan Web Programming I, saya lebih prefer C++ dan Web Programming I. 

Bila ambil subjek Web Programming II bagi sem ini, memang saya blurr  je dalam kelas. Lecutrer pun tak tunjuk sangat. Memang sem ini kena blajar inter-dependent. Tak boleh mengharapkan lecutrer sahaja. Bila tanya senior, Abang Kimi. Semakin seram pula bila dia kata subjek ni memang mencabar. Senior-senior lain pun cakap macamtu.



InshaAllah, sementara masih di awal sem ni, boleh lah saya maximize usaha. Semoga saya terus kuat dan boleh menghadapi cabaran ini. 


Wednesday, September 17, 2014

Sebenarnya Mudah

Bismillahirrahmanirrahim,
Sejak sem lepas, saya agak bersedih sedikit. Sebab sejak sem itu saya terpisah dengan kakak dan rakan-rakan seusrah yang lain. Terkontang-kanting hidup kalau takde usrah ni. Penting kot usrah ni. Yelah, siapa lagi nak mengingatkan diri kita bila berada di kampus ni.

Saya ada kenalan seorang senior sesama kuliyyah. Tapi akak tu dah grad dan sekarang dah kerja dah pun. Beza umur kami dalam 5-6tahun. Setakat ni, dia jelah yang banyak beri peringatan dan semangat buat saya. Malam tadi kami sempat bertemu dan berbual. Akak tu ada kongsikan sesuatu:

=========
Akak tu timbulkan satu persoalan, 'Sebenarnya, apa yang kita cari kat dunia ni?'

Macam akak tu kata, dia mencari kawan. Ada orang, dia cari ketenangan. Ada orang cari duit. Ada orang cari itu ini. Setiap orang ada tujuan hidup tersendiri. Pengakhirannya, semuanya kita akan berbalik semula pada tujuan asal kita dihidupkan jugak. 

=========
Soal cinta dan kahwin?
Kalau disebut dari segi umur, akak tu dah masuk fasa sesuai untuk berkahwin. Tapi dia masih lagi membujang. Kawan-kawan dia kebanyakan sudah pun berkahwin. Pastinya kita akan 'terasa'. 

Nak cari lelaki yang bagus-bagus pun, bukannya mudah sekarang ni. Kita tak naklah bercinta. Jadi macamna nak dapat jodoh kalau macamtu?

Akak tu ada tanya kawan-kawan dia(yang baik2) tentang ini. Sebenarnya, mudah je kita nak menjemput jodoh dan rezeki. Jawapannya ialah solat. Kita mohon diperluaskan rezeki. Dipercepatkan dan dipermudahkan mendapat jodoh yang baik. Dengan solat ni, inshaAllah akan permudahkan kita dipertemukan dengan orang yang baik-baik.

=========
Kat bilik saya ni, ada banyak buku-buku dan majalah ilmiah dan kerohanian. Seriously, dulu masa di CFS, hampir setiap hari saya baca majalah-majalah tu semua. Nak makan dan tidur pun saya baca.

Tapi sekarang...hmmm....
Saya banyak menghabiskan masa dengan membaca di internet. 

Tak sama membaca buku dan membaca di Internet. Apatah lagi kandungannya tak bertapis. Akak tu ada lah pesan, kita ni sebenarnya kena banyak membaca buku yang 'real', baru ada nampak auranya dan berkat di situ.

InshaAllah, semoga yang baik tu datangnya dari Allah...






Tuesday, September 16, 2014

Bilik & Mahallah Sem Ini

Bismillahirrahmanirrahim,
Alhamdulillah, untuk semester kali ini saya dapat bilik di tingkat 1. Sudah 2 tahun duduk di tingkat 4, iaitu paling atas sekali. Saya masih lagi duduk di Mahallah Asiah sejak tahun pertama. Kebanyakan penghuni di sini terdiri daripada kuliyyah ICT, Engineering, Human Science, dan Architecture.

Di UIA, mahallah (kolej keidaman/asrama) cuma ada 4 tingkat. Cuma Mahallah Sheikh Humaid, sebuah mahallah baharu yang ada 5-6 tingkat. 

Ruang belajar dan tidur.

Bilikku yang kemas.

Meja belajar & stick board.

Keluar je bilik, terus jumpa mesin basuh, sinki, tandas dan water cooler.


Ruang tamu. Bahagian luar agak bersepah sedikit.
Untuk pengetahuan, semakin 'tua' kita di UIA ini, semakin kurang tingkat bilik. Bilik di tingkat atas dikhususkan kepada adik-adik junior. Kalau ada kosong di tingkat bawah-bawah, bolehlah junior-junior masuk. Sistem bilik Mahallah di UIA ini, kita guna sistem booking. Ala-ala booking tiket flight. Boleh pilih bilik dan compartment yang kita mahu. Tapi biasalah, nak booking ni memang kena cepat sebelum disambar orang lain.

Yuran bagi Mahallah ialah RM420 + RM12.50 (kos elektrik) bagi setiap semester. Mahallah Asiah ni boleh dikategorikan Mahallah yang baharu lah juga sejak dia siap dibina pada tahun 2006.

Walaupun saya agak kecewa dengan kebanyakan admin-admin UIA ni, saya bersyukur masih ditempatkan dengan tempat tinggal yang selesa dan berkonsepkan privasi. Cuba bandingkan di universiti lain, ada yurannya mahal sangat. Berkongsi bilik yang ramai. Ada yang tak dapat kolej langsung, terpaksa tinggal di rumah sewa.  

Bersyukurlah...

Misi kita sekarang, adalah misiku kuza, manfaatkan peluang kemudahan sebaik-baiknya.










Friday, September 12, 2014

Semester Ke-5, Tahun Ketiga UIAM

Bismillahirrahmanirrahim,
Pejam celik, pejam celik. Rasa seperti baru masuk UIA. Rupa-rupanya sudah masuk tahun ketiga. Lagi 4 semester untuk dihadapi iaitu lebih kurang 2 tahun lagi. 
Kali ini bukan masa untuk bermain-main lagi. Sudah patut mula serius. Belajar dari pengalaman yang lepas. 
Semester yang sudah berlalu, saya sudah merasa zaman gemilang, menjadi aktif, menjadi pasif, berseronok bersama kawan-kawan, berseorang diri, dapat rezeki yang tak dijangkakan, zaman kurus gemuk, zaman senang susah, boros, kena saman, dapat keputusan cemerlang, dan pernah gagal dalam subjek. Dan macam-macam lagi. 

Ini semua rencah kehidupan. Apatah lagi itulah kehidupan seorang pelajar. Itulah pengalaman. Pengalaman sememangnya mematangkan hidup.

Tahun Pertama
Zaman 'Pengenalan'

Tahun Kedua
Zaman 'Kejahatan'&'Kejatuhan'

Tahun Ketiga
Zaman 'Kembali'

Tahun Keempat
Zaman 'Bekerja'

Cuma apa yang saya tidak tahu dan anda juga tidak tahu, apa yang akan berlaku dalam masa 2 tahun ini? Semoga Allah permudahkan urusan duniawi dan ukhrowi kita.

Ayuh Tajdid Niat!


Wednesday, July 30, 2014

Batman & Lagu Sumber Motivasi

Bismillahirrahmanirrahim,
Tak lama lagi akan masuk bulan Ogos. Kalau ikut perancangan, saya perlu menyiapkan kerja Projek Multimedia untuk cikgu sekolah sebelum akhir bulan tersebut. Maknanya ada lebih kurang 3-4 minggu sahaja lagi. 

Peringkat Deisgn. Tak siap pun lagi.
Buat suatu sistem multimdia menggunakan aplikasi Flash memanglah agak sukar. Kena sarat dengan idea kreatif dan banyak berimanginasi untuk tampilkan kelainan supaya nampak lebih menarik. Macam biasa, kalau kita buat projek mesti akan ada rasa down dan hilang mood dan motivasi. 
===============================

Semalam saya sempatlah tengok 2 cerita batman; The Dark Knight & The Dark Knight Rises. Bagi saya, filem-filem Batman memang menusuk kalbu dan boleh menaikkan semangat seseorang. Lagi-lagi dengar lagu latarnya yang diadun oleh Hanz Zimmer. Memang meremang. 

Biasanya, kalau saya rasa down, saya akan buka lagu di youtube. Saya akan buka lagu OST The Dark Knight Rises. Lagu yang paling saya suka 'Why Do We Fall?'

Saya sempat ambil quote daripada filem Batman Begins. Quote yang saya suka ialah semasa babak Bruce Wayne terjatuh dalam perigi. Kemudian bapa dia bertanya, "Bruce, kenapa kita terjatuh?". 

Manakala dalam filem The Dark Knight Rises, saya suka babak Bruce cuba lepaskan diri dari lombong sambil berlatarkan bunyi lagu Why Do We Fall. Seorang doktor yang berada di situ juga mengingatkan Bruce, "apa yang kita perlukan adalah kekuatan dalaman bukan kekuatan fizikal". 

Filem-filem hollywood ni walaupun macam dongeng, tapi sarat dengan nilai. Cubalah bandingkan filem melayu.

 

==============================

Pada setiap semester, saya akan ada 2-3 projek subjek yang perlu dibuat. Ada yang senang dan ada yang susah. Kena cari idea dan solusi. Waktu tengah buat, mesti ada rasa stress, takut, sedih, kecewa dan down. Nak menghadap groumate yang tak komited lagi payah. Kadang-kadang tu terpaksalah buat kerja keseorangan.

Saya teringat 2 sem kebelakangan ni. Sewaktu kena menyiapkan projek Web Programming 1 dan Projek Game Multimedia. Saya akan menangis keseorangan. Sebab projek-projek itu agak sukar. Tambah lagi groupmate cuma ada 2 orang sahaja termasuk saya. Kena belajar independent. Bila stress saya akan buka lagu Why Do We Fall ni. 

Saya juga akan buka kompilasi lagu motivasi di Youtube. Kebanyakan semua lagu OST filem.

Tak kurang dari itu, saya akan buka lagu-lagu Zikir Ustaz Zulkarnain. Memang membangkitkan semangat. Dan...boleh buatkan kita menangis. Mengingatkan kita supaya sentiasa bertawakal pada Tuhan. Pernah satu hari tu saya diminta design poster. Seriusly memang saya takde idea langsung pada masa tu. Bila bukak lagu zikir ustaz ni, entah tiba-tiba bertubi-tubi idea datang. Huhuhu.

Selain itu, digalakkan buka alunan bacaan Quran. Saya suka dengar bacaan qari Mishary Rashid Al Afasy. Memang sedap. Biasanya juga, saya akan buka Surah Luqman bacaan (tak ingat). Tapi alunan dia memang sangat merdu.  InshAllah, kalau kita dengar ayat-ayat Quran ini, dapat aliran-aliran positif. Plus dapat pahala.

Lagu macam lagu Melayu, saya akan buka lagu-lagu KRU, Gemuruh-Faizal Tahir, Berdiri-Suki. Yang lain-lain tak berapa minat.
Projek Game Multimedia, Semester 4.
==============================

Saya fikir saya ini lemah. Saya tak pandai.
Allah tidak akan sekali-kali menguji hambaNya diluar kemampuan.
Walauapapun,
Alhamdulillah, projek-projek tersebut sudah pun berakhir dengan jayanya.

Bila kita stress, kita akan memaksa diri kita terus berusaha.
Kurangkan sandaran pada orang lain. Buktikan yang kita ini boleh.
Apa yang saya dapat sepanjang buat projek-projek tersebut,
'Sebenarnya, lemah itulah sumber kekuatan'.


Tuesday, July 15, 2014

Senyum Santai: Kisah Lucu Ketika Sahur

Bismillahirrahmanirrahim,
Saya masih lagi terkenang satu kisah ketika di bulan puasa sewaktu zaman Asasi di UIA PJ,  kira-kira empat tahun lalu iaitu pada tahun 2010. Ketika itu, saya masih lagi baru semester pertama semasa di alam kampus. Pada tahun tersebut, kami berpuasa ketika belajar.

Bila teringat kisah ini, saya tersenyum. Rindu dengan sahabat-sahabat Asasi dan ada satu nilai yang bermakna buat saya. Ianya satu kejadian...Entah,kisah ni lucu atau tidak.

Dedikasi bersama roomate Asasi: Mus,Ija dan Nada.

Alkisahnya...

============================================
Seperti biasa, sebelum masuk subuh, saya dan roomate yang lain akan bersahur bersama. Paling tidak makan kurma dan minum air. Biasanya selepas sahur kami tak tidur. Kami akan tidur selepas solat subuh. 
Kadang-kadang, saya solat subuh di musolla sebab nak elakkan nampak katil. Waktu tu, saya memang jarang tidur selepas subuh. Biasanya selepas subuh saya akan terus belajar di waktu pagi. Rajinnya masa tu...Sekarang? Hampeh.

Cuma ada satu hari tu...malam sebelum kejadian itu berlaku...
Roomate saya yang kecil molek Si Nada, dia berbuka puasa bersama kawan-kawan coursemate di luar. Dia menelefon kami se-roomate samada nak kirim dia makanan atau tak. Kami kirim dia belikan KFC Snack Plate. Kami mengidam dan bolehlah dijadikan sebagai sahur. Almaklumlah, zaman asasi bukan selalu boleh pergi outing. Itupun cuma boleh keluar sewaktu hujung minggu dan pasar malam setiap hari selasa petang. 

Si Nada balik ke bilik agak lewat. Kami tertunggu-tunggu dia pulang. Malam itu saya tidur agak awal. Tak silap pada pukul 10.30 malam. Entah kenapa tidur awal malam itu. Penat agaknya. Alhamdulillah..nyenyak tidur malam tu.

=========================================
Kemudiannya, saya terjaga dari tidur untuk bersahur. Setiap hari, biasanya si Nada akan kejutkan kami untuk bangun sahur. Si Mus dan Nada boleh dikatakan setiap kali waktu sahur akan banyak bercakap. Ini bagus untuk kami supaya sentiasa segar. 

Pagi itu, saya terjaga sendiri. Saya terdengar si Nada dan Mus sedang berbual-bual rancak di meja belajar sambil makan KFC. Oh! Sudah waktu sahur rupanya. Lampu bilik pun sudah dibuka. Saya terus ke tandas untuk segarkan diri dan menyempatkan diri untuk bersahur. Mereka makan di meja sementara saya makan di halaman ruang tengah bilik. Si Ija rasanya masih lagi tidur masa tu. 

Sahur makan KFC! Sudah tentu rasa mewah. Saya terus baca doa panjang-panjang. Agak bersungguh-sungguh saya baca doa masa tu. Yang saya tahu, doa kita berkat masa nak sahur dan berbuka. Lagi-lagi nak makan KFC. Huuhuhuhu. 

Sakan betul saya bersahur pagi itu. Selepas habis makan, saya terus berwuduk. Bersiap-siap untuk solat subuh. Sementara menunggu waktu subuh tiba, saya duduk sebentar di meja belajar. Ingatkan nak baca Quran dulu sekejap. 
Saya terlihat jam di atas meja. Eh? Rosak ke jam ni? Jarum jam menunjukkan 1.30pagi. Kemudian saya bertanya kepada mereka. 

"Mus, Nada. Sebenarnya sekarang ni tengah pukul berapa?"

Balas si Nada, "Laa...Ly, tengah pukul 1.30 lah"
"Hah????????????????" Terkejut beruk dibuatnya masa tu.

Mus menyapa, "Itulah...kitaorang pelik betul tengok Lily lama giler baca doa nak makan"

Hahahaha. Kami tertawa. Seriusly, saya bermati-matian ingat masa tu memang waktu sahur dalam sekitar pukul 5 pagi. Tambah lagi si Mus dan Nada belum tidur, mereka rancak berbual seperti kebiasaan waktu sahur.

Kisah ini memang membuatkan saya tersenyum setiap kali datangnya bulan Ramadan. Kisah ini jugalah mengingatkan saya supaya sentiasa menjaga masa, memperbanyakkan doa dan menjaga kualiti puasa tersebut. Sebabnya apa yang saya rasakan hari ini. Musim puasa semakin rasa tercabar. Selepas sahur,kerap rasa mengantuk lalu tertidur membuncitkan perut. Bila berbuka dan bersahur, lebih melayan nafsu makan daripada mencari berkat doa. 

Bulan puasa, bulan memperbaiki diri.
Salam Ramadan ke 17.
:-D 
Dedikasi buat: Ija,Mus & Nada <3




  

Tuesday, June 3, 2014

Tragedi Last Paper


Bismillahirrahmanirrahim,
InshaAllah, esok last paper utk subjek Information Security. Semoga dipermudahkan.


Tragedi Last Paper...
Teringat kembali 2sem yg lepas, last paper subjek Computer Organization, antara subjek paling payah dan sukar difahami. Malam sebelum exam dah study bersama kawan2. Mentang2 ini last paper, gembira rasanya.

Keesokkan hari, selepas bangun subuh, mata mengantuk lagi, akhirnya jatuh ke pangkuan katil. Tertido jadinya. Mentang2 ini last paper.
Exam start pukul 9pagi. Buka mata tengok jam sudah hampir 9.30pagi!!!

Ya Allah..Ya Allah...nak tercabut jantung. Kalut,panik. Tak tau nak buat mcmne. Cepat2 capai jubah, kayuh basikal laju2 menuju ke dewan KICT. 

Masuk dewan,semua memandang. Malu rasanya. Sepanjang jawab exam, terfikir2, 'adakah ini satu petunjuk buruk buatku?' Tak tau pula masa tu kalau lewat, tidak dibenarkan masuk dewan.

Tak menyempat jawab satu soalan panjang. Habis jawab exam, risau membuak2. Sedih..balik sambung mandi :-P

Akhirnya...
Sebulan kemudian, keputusan exam diumumkan. Gred yg tak disangka-sangkakan utk subjek ini! Alhamdulillah...
P/s: Jgn pernah berputus harap dengan Allah, sentiasa bersangka baik dgn apa yg Dia nk bagi. Tak semestinya buruk, akan buruk semuanya. Overslept pun boleh berjaya apa :-P

Sunday, May 25, 2014

Salam Imtihan, Semester Ke-4

Bismillahirrahmanirrahim,
InshAllah, esok bermula peperiksaan yang pertama untuk sem ini untuk subjek Management Information System (MIS). Semoga Allah berkat segala usaha kita. Tak sangka, ini dah semester keempat :') InshaAllah akanku cuba sedaya boleh.
Photo: 'Whoever Strives Shall Suceed'
Salam Imtihan
"Whoever Strives, Shall Suceed"
Man Jadda, Wa Jadda
-Salam Imtihan-

Wednesday, April 9, 2014

Flash

Bismillahirrahmanirrahim,
Flash. Pernah dengar perkataan ini? Banyak mini-games menggunakan platform ini. Pernah tonton video animasi 'Dunia Akhir Zaman' karya Brofat? Bagi saya ianya satu dokumentari menaraik yang menggunakan Flash.

Sem ini, saya berpeluang untuk belajar cara membuat animasi menggunakan Adobe Flash. Namun....topik melibatkan 'Flash' memang agak menggerunkan saya. 

Setakat ini, memang agak mencabar cara nak membuatnya. Padahal, hasil animasinya terlalu simple dan ringan. Tutor praktikal saya tak pernah miss. Setiap minggu wajib datang sekali. Tapi saya datang lebih dari itu sebab susah nak tangkap. Memang agak payah.

Minggu ini merupakan minggu yang stress buatku walaupun midterm exam baru sahaja berlalu. Lusa dah kena submit. Untuk subjek multimedia ini, saya berpasangan dengan Sarah. Kami ditugaskan untuk membuat 'Splash Screen' dan 'Introduction' game yang bergenre 'Shooting'. Ini baru permulaan projek. Belum masuk game sebenar nanti.

Ini sample story board untuk proses membuat projek kami itu nanti.
Ya Allah kepala ini stress.

Bagi saya, proses yang sukar adalah 'the conception', pencetusan idea.
Kalau kita sudah idea yang baik, inshaAllah proses 'blue print' nya pun mudah dilaksanakan. Itulah....kita ini hanya mampu merancang, Allah lah yang menentukan. Sebaik-baik perancang hanya terletak padaNya.

Semoga Allah permudahkan segala urusan.... :'(


Saturday, March 22, 2014

Booth Aman Palestin

Bismillahirrahmanirrahim,
Hari ini merupakan hari terakhir Expo Buku Islam UIAM Gombak diadakan. Expo ini berlangsung sejak 17 hingga 22 Mac. Banyak buku-buku ilmiah dan islamik dijual di sini. Apa yang best semestinya boleh menggunakan baucer buku BB1M.
Alhamdulillah, dalam expo ni saya berpeluang bertugas sebagai salah seorang committee di booth Aman Palestin gabungan daripada Aman Palestin dan Kelab Pembina.
Walaupun bertugas hanya seketika, banyak ilmu bermanfaat, pengalaman dan pengajaran yang dapat ditimba.

Masa tengah-tengah menjaga, kami cuba mengajak para pengunjung yang ada di sekitar kawasan untuk sama-sama bantu dana untuk Palestin. Ramai betul warga UIA yang datang menginfaq, menderma, dan mewaqafkan harta buat rakyat Palestin ini. Mereka juga cakna dan mengambil berat tentang saudara kita nun di sana.
 
Usai ketika itu, di suatu sudut saya melihat ada beberapa orang yang datang ke booth kami, menderma sambil 'menyorok-nyorokkan' apa yang ada di genggaman mereka.

Sungguh pemurahnya mereka ini, sedangkan di suatu masa diri ini pun masih lagi ada sifat kedekut dan risau yang harta akan berkurang jika kita bersedekah.

Semoga pengalaman ini jadi satu tarbiyyah... :')

InshaALLAH lepas ini nak join aktiviti daripada Aqsa Syarif & Malaysia Life Line for Syria. Nak sumbangkan tenaga masa muda-muda ni...







Sunday, March 9, 2014

GREEN IT


Bismillahirrahmanirrahim,
Bersempena 'KICT GREEN IT CAMPAIGN', madam meminta kami mereka satu poster berkaitan 'Green IT'. Ini juga dijadikan sebagai assignment kedua bagi subjek multimedia. Assignment pertama kami ditugaskan untuk buat 'Selfie Postcard'. Tempoh masa diberikan hanyalah selama seminggu.
Pada mulanya saya fikir ianya senang, apatah lagi benda-benda melibatkan 'go green' ni memang dekat dengan saya dan saya sangat suka.

Tapi bila tengok semula tajuk dia, 'Green IT' bukannya 'Go Green' yang lebih sinonim dengan hidupan dan amal gaya hidup hijau. Saya bertanya dengan kawan-kawan, apa yang diakatakan dengan 'Green IT' ni. 
Kebanyakkan semua pun tertanya-tanya. Rupanya persepsi kami selama ini agak kurang tepat.

Jadi, bila saya ajukan persoalan ini, ada kawan di FB menyebut ianya ada kaitan dengan 'Green Computing' dan 'Eco-Friendly'.

Wikipedia: 
Green computinggreen IT,Green ICT as per IFGICT or ICT Sustainability
is the study and practice of environmentally sustainable computing or IT. 
San Murugesan notes that this can include "designing, manufacturing, using, and disposing of computers, servers, and associated subsystems—such as monitors, printers, storage devices, and networking and communications systems — efficiently and effectively with minimal or 
no impact on the environment."

Jadi pada hemat saya, Green IT ni lebih mudah dikatakan; 
Jika Go Green merujuk pada amalan 3/5 R dalam kehidupan seharian, Green IT ini boleh dikatakan amalan gaya hidup hijau dalam penggunaan teknologi. Kot?

Oleh kerana agak buntu sedikit dalam tempoh tersebut, saya cuba menyiapkan poster tersebut pada hari terakhir submission. Saya cuba menyiapkan dari jam 8.30pagi hingga 11.20pagi Jumaat lalu.

Dan, inilah hasilnya...
Harapannya, mudah-mudahan department multimedia bolehlah terima hasil kerja saya ini. Dan semoga isinya boleh terima pakai (Serious ini part paling ditakuti)

Sunday, February 2, 2014

4 Ahlak Pelajar UIAM Yang Perlu Diperbaiki

Photo: Kenangan semalam hndaklah disimpan buat pedoman di hari depan,
Kenyataan hari ini hndaklah ditempuhi dgn tabah,
Tetapi kita harus bersedia menempuhi hari esok.
Caranya?
Teruskan berdoa semoga kita tabah mghadapi hari yamg mendatang....Bismillahirrahmanirrahim,
Memandangkan hari esok bermulalah langkah ke semester 4, ini adalah cebisan peringatan daripada senior MPP UIA sebagai pedoman buat warga pelajar. 
Ini penting buat saya untuk mengahadapi hari mendatang. Kadang-kadang, hidup sebagai mahasiswa ini agak membosankan sehinga kita kerap buat 'kepala' sendiri.







4 Ahlak Pelajar UIAM Yang Perlu Diperbaiki
daripada: Bro.Azhar Al Banna

1. Berapa ramai antara kita yang berusaha untuk menghormati lecturer-nya. Bila berselisih, bagi salam. Bila tamat kelas,ucap terima kasih. Bila nak dekat exam, minta keberkatan dan mohon maaf. Tidak mengumpat akan kelemahan lecturer di luar kelas. Menyakitkan hati lecturer bila datang lambat, assignment lewat hantar, kurang berdiskusi dengan lecturer dll. Patutlah selama ini kita belajar susah nak faham, susah diingati, result exam tak cantik. Keberkatan ilmu tidak usahakan. Entahlah kalau pelajar jurusan bukan agama hanya menganggap ini untuk pelajar irkhs sahaja.

2. Berapa ramai yang menghormati staff-staff uia. Di ofis mahallah, di stadd, pakcik dan makcik cleaner, pekerja-pekerja cafe, abang-abang ip, pegawai pembantu di lab dll. Senang sahaja nak berurusan cara yang Allah suka, bagi salam dan ucap terima kasih. Bila servis mereka kurang baik, tanyalah dengan penuh baik. Entahlah mungkin kita perasan pandai dan lagi baik dari mereka. Mungkin sebab kita pelajar di universiti dan mereka hanya pekerja biasa di universiti. Sangat kotor pemikiran sebegitu.

3. Berapa ramai pula yang berusaha untuk mendatangi majlis-majlis ilmu di uia ini. Dah la hampir setiap malam akan ada pelbagai forum, ceramah, talaaqqi, talk untuk percambahan ilmu di uia ini. Bertuah pelajar uia. Tapi, sayang pula, suka lepak kosong, main game berjam-jam, keluar ke wangsa walk, berinternet lamanya, menonton movie setiap malam. Itu semua bukan tidak boleh tapi kawallah, seimbangkan diri dengan program keilmuan. Kita masih banyak tak kenal apa itu akidah, akhlak dan syariat Islam. Malu pelajar uia tak berebut peluang sebegini.

4. Berapa ramai pula yang menjaga kebersihan dirinya dan biliknya. Pergi kelas selekeh, diri tidak terurus, bilik berhabuk, kipas tidak dibersih, buku berterabur, baju tak berbasuh, tutup aurat main-main, entah berapa lama tidak disapunya bilik itu. Sampah depan mata yang boleh diangkat dibiar sahaja. Plastik-plastik kecil dibuang selamba sahaja. Kebersihan luaran itu jelmaan dari kebersihan dari hati. Hati yang bersih mengkehendaki suasana sihat dan persekitaran sejahtera. Sudah besar tapi masih tidak matang mengurus diri sendiri.

Marilah kita perbaiki akhlak kita. Rugilah masuk uia, tapi masih sama. Betapa ramai masyarakat luar memandang tinggi keluaran produk uia ini sebagai ustaz walaupun dia pelajar ict dan engine. Allah dah bagi nikmat, jangan dituju pada maksiat.

Wednesday, January 29, 2014

Result Sem 1 2013/2014

Bismillahirrahmanirrahim,
Malam tadi, result exam sem lepas telah pun diumumkan.
Alhamdulillah...masih boleh menarik nafas lega.

Cuma ada satu benda yang saya titik beratkan. Selepas ini, dalam apa-apa subjek belajarlah rasa sayang pada lecturer tu.Tak di nafikan, memang ada salah seorang lecturer yang mengajar sebelum ini, memang saya tak minat langsung cara beliau mengajar. Tak pasal-pasal memang perasaan macamni akan effect pada result. huhu

Result Exam:
"It is not about your grade, 
it's all about how you survive during whole semester"

Sunday, December 15, 2013

Ukhuwah Kerana Burger

Bismillahirrahmanirrahim,

12Disember2013: Buat pertama kalinya, sister-sister KICT batch 2012/2013 dihimpunkan di bawah satu bumbung di kedai Burger Bakar Abang Burn, Jajahan Danau Kota. 

Batch ni kesemuanya dari CFS IIUM. Batch kami tak seramai mana pun jika dibandingkan dengan Kuliyyah lain yang lagi ramai pelajar perempuannya. Malam tu ada 6 buah kereta.

Ini juga adalah pertama kalinya saya ke kedai Burger Bakar Abang Burn. Dari dulu mengidam nak makan burger ini sejak dia popular dalam FB suatu ketika dahulu. Tak sangka ada berdekatan dengan Gombak ini. 
Sedap tu memang sedap. Tapi sayang sikit, kebanyakan kedai makan di Malaysia ini beroperasi pada waktu malam. Lemak badan pun akan mudah terkumpul.

Meleleh tengok cheese burger ini. 
Saya beli burger daging supremo. Harganya dalam RM10.50.


Nak bayar pun sampai kena beratur panjang. Malam itu, memang kami riuh sekampung. Benda sekeliling tak dihiraukannya. Agaknya kami teruja bila dapat berkumpul ramai-ramai macam ini. Huuhuhu
 
Alhamdulillah, Ukhuwah Kerana Lazatnya Burger Bakar.



Saturday, November 9, 2013

Travelog Ke UIA Kuantan

Bismillahirrahmanirrahim,
Ini adalah secebis coretan pengalaman saya ke UIA Kuantan pada 1 - 3Nov 2013 yang lalu.  Travelog ini sungguh bermakna, kerana sukar untuk dirasai di lain waktu tambah lagi saya pergi ke sana secara bersendirian. 

Entahlah macamanalah saya boleh sebegitu nekad nak ke sana. Padahal, minggu tu banyak paper midterm. Semuanya bermula bila sahabat di sana, Shifa ajak datang ke sana memandangkan hari Sabtu haritu cuti Deepavali. Banyak nilai yang saya pelajari melalui travelog bersendirian ini.



Pertama-tamanya, saya tidak berniat untuk 'kondem' mana-mana pihak dalam entri ini. Cukuplah kita melihat dan menilai denga sudut hati ini. Penulisan kali ini agak kurang serius.


::Kronologi:: 

-1 NOVEMBER 2013-
Pagi ni, ada last paper midterm di CAC. Lepas habis exam, terus ke bust stop depan Edu. 
Masa tu dah terlepas bas. Nasib baiklah ada seorang sister ni yang boleh diajak berbual. 

Si Nafisah misscall sampai 6kali. Dia sempat kejar Lily. Rupa-rupanya dia belikan Lily kek kopi oreo dengan pavlova sempena ulang tahun kelahiran lily. Sungguh pemurah si Nafisah ni. Kami sempat makan kek tu sekejap dekat bus stop tu. Sementara pavlova tu Nafisah hadiahkan untuk dimakan bersama sahabat, Shifa di sana.

Bas rapid takde pulak waktu orang tengah solat jumaat. Jadi Lily dengan sister tu naiklah teksi. Ni first time naik teksi sejak masuk UIA Gombak. Tambang dikenakan dalam RM8.

Sampai je di LRT Gombak, keadaan di situ sangatlah sunyi. Sungguh, rasa takut & risau menyelubung diri. Ye lah, baru sahaja minggu lepas ada kejadian tikam menikam di situ. Sampailah masa nak beli tiket pun rasa menggigil. Barulah masa ni fikir betapa pentingnya  baca Mathurat setiap hari untuk kita minta perlindungan daripada Allah. Mati tu boleh datang tiba-tiba je. Samada tragis, sadis, nostalgis atau sebagainya. :-(
Tiba di stesen bas Jalan Pekeliling, Lily terus beli tiket bas. Bas yang ada pukul 3.30petang iaitu bas Cosmic ape ntah. Harga tiket dalam RM24.20. Kali ini tak sangka pulak dapat naik bas 2 tingkat. Seram sejuk rasanya. Lagi-lagi nanti nak kena lalu highway karak. 
Masa jalan di lebuhraya Gombak, terkejut juga bila nampak kuliyyah Lily iaitu KICT betul-betul ada dekat dengan highway ni. Baru tahu, belakang KICT ni rupa-rupanya ada jalan ke arah pantai timur. Patutlah Shifa kata dia asyik nampak UIA Gombak masa perjalanan yang lalu.
Sepanjang dalam bas, Lily tak tidur langsung. Sebab jalan lebuhraya di sana agak menarik perhatian. Banyak hutan sepanjang perjalanan. Orang yang duduk sebelah pun tengok pelik je Lily asyik ambil gambar dalam bas tu.

SubhanaAllah. Cantik seni awan pada petang itu.
Selepas 3jam perjalanan, alhamdulillah tibalah jua di terminal bas Kuantan. Terminal ni agak baru. Bentuknya pun macam di TBS. Selepas solat zuhur& asar di sini. Lily terus ke UIA dengan perkhidmatan delivery oleh pelajar UIA sendiri.Dia charge dalam RM7. Di sini, kalau naik teksi agak mahal, dalam RM15 sebabnya teksi di sini tak menggunakan meter. Konsepnya lebih kepada kereta sewa.

-------------------------------------------------------------------


Tiba je di UIA Kuantan, MasyaAllah kelihatan pintu gerbangnya agak cantik, menarik perhatian bagi pengunjungnya. Jalan di sini agak pelik sikit. Kalau di UIA Gombak, jalannya satu hala mengelilingi kampus, di sini walaupun 2 hala tapi tak dapat mengelilingi satu UIA Kuantan ni. Lagipun jarak bagi setiap kuliyyah dan semua bangunan semuanya berjauhan.

Lily terus ke Mahallah Maimunah. Mahallah ni berdekatan dengan Masjid. Keluar je dari kereta, tengok lampu jalan sangatlah malap dan suasana di sini sangatlah sunyi bak kata orang 'xde life'. Di situ, bermulalah pemerhatian mengenai fasiliti di kampus ini. Sebenarnya, Lily fikir student2 dekat sini selama ini hidup serba 'mewah' dan 'senang' di sini. Sangkaan itu meleset. Lily mula insaf pada waktu itu.

Masa sampai di sini, terlupa nak mesej si Shifa dek sakan teruja merasa UIA Kuantan ni. Tersempaklah dengan Shifa di Mahallah. Allah...rindu rasanya jumpa Shifa masa tu selepas 2 bulan berjauhan. Shifa pun nampak semakin kurus. Kurang makan agaknya. Sedangkan hidupku di Gombak, asyik makan je kerjanya. 

Malam itu, Lily solat maghrib&isyak di musolla Mahallah. Macam biasa, di musolla mesti ada sister-sister buat usrah. Cuma keadaan musolla di sini takdelah 'seindah' mana seperti di Gombak. Kedudukan one stop center mahallah pun seperti kurang strategik. Benarlah kata Shifa, bila duduk di IIUMK ni, kita asyik nak bandingkan je antara IIUM Kuantan dengan IIUM Gombak.
Selepas itu, kami terus ke cafe mahallah. Cafe ini terletak berdekatan dengan Mahallah Talhah. Tempatnya terpencil dan agak jauh dari Mahallah Maimunah. Lily order kue teow kungfu sementara si Shifa order bihun sup herba dengan burger daging cheese special. Tapi kan....yang tak bestnya harga makanan di sini agak mahal dan  rasanya agak masin!          Mungkin cara orang sini memasak kot. Kami makan kek pavlova yang Nafisah bagi tu bersama.

Seterusnya kami pulang ke bilik. Reka bentuk mahallah di sini lebih kurang seperti di Gombak cuma di sini lebih cantik dan unik. Lagi-lagi bila kedudukannya berdekatan dengan hutan. Nampak seperti tinggal di villa atau resort. Damai rasanya.  

Inilah gambar compartment mereka. Ruang tamunya agak luas. Compartment menggunakan papan. Susunan katil, meja belajar, almari sama seperti Mahallah Asma UIA Gombak. 

Cuma di sini lebih banyak nilai tradisionalnya. Itu yang Lily suka. Sebab rasa tenang.


Malam itu, Lily berkenal-kenal dengan roomate Shifa iaitu Aisyah, Siti dan Atie. Mereka semuanya baik-baik belaka dan sangat periang. Patutlah, walaupun fasiliti di sini agak 'kurang' dibandingkan Gombak, tetapi sikap mereka banyak bagi impak positif dalam kehidupan di sini. Malam itu kami, menonton filem 'Curse of Chucky' bersama.

Lily dan Shifa tidur pukul 3.30pagi. Kami banyak berbual-bual tentang keadaan di sana dan  banyak bincang pasal soal fiqh, isu politik dan isu semasa.

------------------------------------------------------
-2 NOVEMBER 2013-

Pagi itu, kami takde buat apa sangat. Banyak meluangkan masa di dalam bilik. Sementara Lily sibuk menyiapkan kerja-kerja design untuk AGM silat nanti. Masa tu juga, kami sibuk plan untuk pergi jalan-jalan di East Coast Mall (ECM).
Ini adalah pemandangan dari tingkap bilik. Cantik kan?

Petang itu, kami ke ECM menggunakan perkhidmatan delivery oleh Kak Kim. 5 orang penumpang sumbat dalam satu kereta. Kesian Shifa & roomate nya kena berhimpit-himpit dalam kereta tu. Kui..kui..kui...

Di sini, pengangkutan awam amatlah sukar untuk ditemui. Memang di sini ada bas Rapid Kuantan yang keluar masuk dalam UIA ini. Tapi susah sangat nak jumpa bila bas tu akan lalu. Pelajar-pelajar di sini banyak berdikari mencari perkhidmatan delivery atau kereta sewa. Mungkin juga mereka sudah berhabis banyak wang untuk mendapatkan perkhidmatan seperti ini. 

Sedangkan Lily hanya perlu berkorban RM1 untuk naik bas Rapid KL selama ni. Kita dah terlalu senang kot!
Dalam perjalanan ke ECM, kami ternampak sekumpulan pemuda yang naik kereta sedang bergaduh dengan orang cina. Dipercayai kereta cina tu tercalarkan  bumper belakang kereta pemuda itu. Padahal takdelah calar mana pun. Lily rasa takut masa tu. Risau ada kejadian yang tak diingini berlaku. Kalau tak pun, takut je ada rusuhan kaum antara Melayu dengan Cina je nanti. Melayu ni dah lah semakin bobrok ahlaknya. Agama jelah yang dapat bimbing kita sekarang ini.

Perkara pertama yang kami buat di sini adalah makan! Lapar sangat masa ni. Kami singgah di KFC. Shifa yang belanja Lily makan sempena hari lahir Lily. Terima kasih Shifa, sayang sangat kat Shifa ni.
Ecah : "Jom! Kita makan!" [muka lapar]
Ct: "Copeklah makan, den lapor benor nih" [muka tahan lapar]
Lily : "Makanlah burger untuk tmbesaran sihat" [sihatlah sangat]
Aty : "Makan sudu pun boley" [xde benda lain ke nak makan] 
Shifa : "Comeynya daku..." [perasan. kikikiki]

Kami sibuk berjalan-jalan di sini sambil membeli barang-barang keperluan di gedung Big Aeon. Kami pulang ke UIA pada malam itu dengan menaiki teksi yang tambangnya RM20. Kalau naik ramai-ramai murahlah sikit.

Si ecah ada beli shawl/pashmina di situ. Tapi sayangnya shawl itu tertinggal atau tercicir semasa perjalanan pulang. Ini pertama kali dia nak mengenakan pakai shawl tu. Dia ada mengingatkan, 'mungkin ada hikmahnya shawl tu tercicir. Mungkin Allah tak izinkan dia pakai shawl tu buat masa ini'. Kalau Lily, dah panik & kalut nak cari barang yang hilang tu. Seolah-olah macam tak redha dengan 'kehilangan'. Inilah yang dikatakan, 'terima dengan penuh hikmah'.

---------------------------------------------------

Malam itu juga, Lily ke Mahallah Talhah untuk berjumpa dengan bekas roomate tercinta iaitu Fathin Nur Syakirah. Allah...part ni sangat rindu. Teman sebilikku yang selalu membawa keceriaan selama ini, kini ku temui di bumi Kuantan ini. Fathin ni memang tak banyak berubah. Asyik study dan makan kue teow kungfu. 

Kami banyak berkongsi cerita kehidupan semasa di Gombak dan di Kuantan ini. Fathin ini pernah duduk di UIA Gombak masa tahun pertama dulu. Dia juga asyik membandingkan kehidupan sekarang dengan yang dahulu. Demi cita-cita, dia juga banyak mengingatkan dirinya untuk menerima hidup di situ dengan redha.

Inilah keadaan bilik di Mahallah Talhah. Ruang tamu tersangatlah luas. Keadaan compartmentnya sama seperti di Mahallah Hafsa UIA Gombak. Kebanyakkan perabotnya terdiri daripada besi.

-----------------------------------------------------
-3 NOVEMBER 2013-

Hari yang menyedihkan memandangkan hari ini hari yang terakhir Lily berada di sini. Singkatnya waktu. Kalau diikutkan, Lily nak balik ke Gombak hari selasa (cuti Awal Muharram). Tetapi, Shifa mengingatkan tanggungjawab untuk pergi ke kelas hari Isnin tu.

Pagi itu, Lily & Shifa pergi melawat Ija, roomate masa CFS. Ija pun semakin comel. Kami sempat berkongsi cerita dan khabar. Ikut plan, kami nak bertawaf satu UIA Kuantan ini, tapi  Allah tak izinkan. Bumi UIAM Kuantan dibasahi hujan. Jadi kami terus ke Cafe untuk makan tengahari. Masa ni, tersempak dengan si Qila, kawan semasa CFS. Nak jumpa Ruru, dia pulak ada di Gombak ketika itu (nak melawat suaminya la tu). 

Inilah keadaan cafe di sini. Terletak di atas sungai. Lily makan lauk ikan keli masak sambal dan sayur kangkung. Bukanlah nak mengata, tapi kedua-dua lauk itu sangat masin dan mahal. Kalau di UIA Gombak boleh dapat harga RM3. Di sini dikenakan RM4-5. Hmm...entahlah macamana pelajar-pelajar di sini banyak belajar bersabar.

Selepas itu, kami meneruskan perjalanan untuk melihat kuliyyah-kuliyyah di sini. Ini adalah laluan dari Mahallah talhah ke kuliyyah.
Cuaca ketika ini amatlah panas walaupun selepas hujan. Yang di belakang itu kuliyyah Pharmacy. Lily tak sempat nak ambil gambar penuh di situ. Tengah-tengah jalan ini ada roundaboard.

Ini mahallah baru yang sedang dibina. Tahun depan pelajar-pelajar akan berpindah di mahallah ini. Cantik dan besar sangat. Konsep mahallah ini pun dah lari dari konsep UIA sebab biasanya mahallah UIA cumalah 4 /5 tingkat dan bentuknya sama dengan semua mahallah. Inilah ganjaran buat pelajar-pelajar UIA yang sudah banyak bersabar di sini.
Perjalanan seterusnya ke Kuliyyah of Science (KOS). Jauh juga nak ke KOS ini dengan berjalan kaki. Jaraknya lebih kurang dari Mahallah Asiah ke KICT yang memerlukan 15-20minit perjalanan. 
Ihsan gambar Lily Insani yer
Ramai kata, KOS ni satu-satunya kuliyyah paling buruk di UIA Kuantan ini. Lily tengok cantik je. Harmoni gitu. Cuma kesian sikit bila Shifa kata di sini takde cafe. Yang ada pun macam orang jual nasi lemak di satu tempat. Kesiannya pelajar-pelajar di sini. Nak dapat cafe pun payah.Terpaksalah mengharapkan cafe di mahallah sahaja.

Oleh kerana penat dan kepanasan, kami pulang ke mahallah sementara Lily boleh bersiap-siap untuk pulang.Tak dapatlah nak tawaf satu UIA ini. Tapi ini pun sudah memadai.  Sebelum itu, Shifa sempat belikan kek coklat moist untuk Lily. Sweetnya Shifa belanja kek ini. 

Petang itu, Lily terus ke terminal bas. Tiket yang ada pukul 4.30petang melalui bas Utama Ekspress.Tak best sikit masa ini, sebab dapat tempat duduk belakang sekali & kena duduk sebelah lelaki. Di sini, Lily tersempak dengan Syarif, pengawas junior masa sekolah dahulu. Tak sangka, dari Batu Pahat boleh tersempak di Kuantan ini.
Tiba je di Kuala Lumpur, keadaan di situ sedang banjir kilat dan sesak dengan kereta yang nak ke Shah Alam sempena perlawanan bola sepak. Perasaan semakin sayu ketika ini. Rindu pada UIA Kuantan masih lagi terpahat di hati....


Sungguh, UIA Kuantan banyak mengajarku erti sabar,syukur dan redha.
Kalaulah kita tak reti nak menghargai dan rasa bersyukur dengan nikmat kesenangan
(walaupun ada peritnya) ketika zaman belajar ni, 
suatu hari nanti kita akan rasa lelah dengan rasa bodoh.
Mahu apa lagi, wahai manusia yang tamak ini?

------------------------------------------------
Untuk Shifa dan roomate,
Terima kasih sudi menjemput dan menerima kehadiran Lily sepanjang Lily berada di sana.
Semoga Allah membalas jasa budi kalian.
Sungguh tabah diri kalian menempuhi hari-hari di sana.
Semoga dipermudahkan segala urusan di sana.

Untuk Shifa, Lily sayang Shifa <3
Ramai kata kita macam adik beradik, 
walaupun kita tak pernah sama dan serasi dalam apa jua aspek,
inshaAllah kita sama dalam perjuangan dalam mencari erti redha Allah.