Post Terbaharu :

Saturday, December 20, 2014

Usrah Farewell

Bismillahirrahmanirrahim,
Biasanya kalau di penghujung sem, mesti akan ada yang nak buat gathering, reunion, jamuan, dinner dan makan-makan. Saya memang agak jarang nak join mana-mana jamuan sebabnya tak nak terlalu berseronok. Tambah lagi tengah diet dan nak berjimat cermat.

Cuma, malam semalam, rakan-rakan usrah ada nak buat 'potluck' sempena minggu terakhir halaqah untuk sem ini. Masing-masing bawa makanan sendiri untuk makan bersama. Paling sedap si Bahiyah bawa bihun goreng sedap dan si Syahirah bawah lasgna paling enak di dunia.

Dalam usrah ini, memang kita berseronok dan bahagia dapat makan sedap-sedap, dan dapat bergambar sakan, tapi kewajipan saling mengingatkan tentang akhirat dan masalah umat tidak dilupakan. Sebab itu saya lebih suka jamuan 'underground' seperti ini. Biarlah bersederhana tapi penuh dengan pengisian diri. Alhamdulillah.

Teringat satu pesan daripada seorang Madam daripada IKRAM semasa Tanzim IKRAM PJ di CFS suatu ketika dahulu,

"Sesibuk mana pun kita, janganlah tinggalkan usrah"

Ya betul. Bila kita dah berjauhan dengan keluarga ni, siapalah yang nak saling mengingatkan kita? Sebab itu kena join usrah. Lagi-lagi UIA ini penuh dengan lubuk usrah. Agak sayang kalau kita sia-siakan. Paling penting, segala pengisian itu dapat diamalkan dan istiqamah.

Terima kasih Acu, Shifa, Lily, Syahirah, Aleeya, Atikah, Farhanah dan Bahiyah. Ukhuwah Fillah! :')

Saturday, December 6, 2014

Kapal Terbang Kertas

Bismillahirrahmanirrahim,
Zaman kecik-kecik dahulu, pastinya kita selalu buat origami kapal terbang atau roket seperti ini kan? Ada yang buat sampan, bunga, kotak dan macam-macam lagi. Sungguh ianya mempunyai nilai nostalgia tersendiri. 

Hari ini,permainan origami ini tak sepopular seperti dahulu. Generasi hari ini mungkin asing dengan origami seperti ini.

Katakanlah kita diminta membuat dan menerbangkan kapal terbang/roket menggunakan kertas. Semasa kita buat, pasti terdetik kita mahu ianya dapat dibaling dan terbang lebih jauh. 

Semalam, saya ada cuba buat dan balingkan ia. Namun kapal terbang tu tak terbang sejauh mana yang diharapkan. Baru baling sikit, dah jatuh.

==============================

Sama juga dalam kehidupan ini. Kadang-kadang, apa yang kita harapkan, mungkin tak kesampaian. Seperti kapal terbang kertas itu, apakah kita sudah pastikan ianya ada ciri-ciri untuk pergi lebih jauh?

Kita perlu pastikan ia mempunyai ciri-ciri yang diharapkan. Ya, kita sendiri perlukan usaha yang kuat untuk pergi lebih jauh. Tak semua apa yang kita nak di dunia ini, kita akan dapat.



Friday, November 28, 2014

Pra FYP1 (Final Year Project 1)

Bismillahirrahmanirrahim,
Minggu ini merupakan minggu prereg subjek untuk semester hadapan. Sudah tiba masanya saya mengambil subjek Final Year Project (FYP). Rasa gentar dan takut  itu ada. Tinggal ini sahaja project yang kena buat dan ini juga sebagai produk yang kita hasilkan setelah berhempas pulas belajar degree di sini. 

Kadang-kadang tu cemburu juga tengok pelajar kos lain, takde FYP. Kalau ada pun setakat thesis dokumen. Praktikal pun cuma 2-3 bulan. Tapi kami ni kena sampai 6 bulan. Itulah cabaran ambil bidang sains teknologi ni. Ada kualitinya di situ.

Kalau jadi pelajar IT, akan ada dua FYP iaitu FYP1 dan FYP2. Kalau jadi pelajar CS pula, cuma perlu ambil satu FYP. FYP kami tu bukanlah bermakna kami perlu menghasilkan dua projek, ianya cuma dibahagikan kepada dua bahagian, teori/proposal dan prototaip.

Saya teringat lagi pesanan senior saya, Bro Pdaus semasa zaman tahun pertama. Dia kata 'Start by now, think about your FYP'. Masa itu, saya blurr. Perkataan FYP pun saya tak tahu apekah bendanya itu. Lagipun masa tu saya masih di tahun pertama. So 'chill and relax' sahaja yang saya tahu. Kononnya banyak masa lagi untuk fikirkannya.

Bila sudah masuk tahun ketiga sekarang ini, Nah! Rasakan. Terkinja-kinja mahu mencari idea benda yang nak dibuat!

Berdasarkan survey yang saya buat pun, masih ramai juga yang tak tahu lagi nak buat apa. Kami boleh buat sesuatu berdasarkan apa yang telah kami belajar di kuliyyah ni seperti software, aplikasi, sistem dan sebagainya.

=================================================
Selain perlu memikirkan projek yang nak dibuat, pencarian project partner pun perlu dititik beratkan. Ini juga banyak bagi kesan pada diri kita dan juga projek itu sendiri. 

Berhempas pulas juga saya mencari rakan projek yang sesuai dengan saya. Masing-masing mahu dengan kawan sendiri. Kalau ikutkan, saya lebih selesa buat seorang diri. Pengalaman buat projek berkumpulan sebelum ini, rasanya macam asyik buat kerja sorang-sorang. Nak buat kerja partner ni kadang-kadang bagus. Kadang-kadang pun tidak. Risau juga kalau tak sependapat. 

Ada seorang brother ni ajak saya jadi partner dia. Dia nak buat website katanya. Tapi saya yang nak ambil concentration in multimedia dan security ni, dia suruh saya ambil subjek advanced database. Tak kan lah sebab dia saya kena berkorban buat benda yang saya tak nak.

Saya terpaksa menolaknya. Saya ada tanya beberapa senior,ada yang buat seorang diri. Itu yang membuatkan saya mahu buat seorang diri. Sudah-sudahlah hidup kita asyik bergantung pada orang lain. 

Sebenarnya saya nak buat projek ada kaitan dengan multimedia. Dah itu yang saya yakin mampu buat. Jangan sebab kita berseorangan, kita tidak boleh nak buat dan berpijak pada kaki sendiri.

Malam itu juga, ada seorang brother ni wassap, ajak jadi partner FYP dia. Kebetulan pula kami ada minat yang sama. Tiba-tiba itu jugalah saya dapat idea apa nak buat untuk projek kami nanti. Apa yang saya fikir, mungkin kami boleh saling melengkapi, ada benda yang saya tak tahu, mungkin dia tahu. Bro Pdaus pun pesan, partner pun jangan ramai-ramai. Mesti ada yang kurang kerja nanti.

Semoga perjalanan sepanjang FYP ini nanti dipermudahkan. 








Monday, November 24, 2014

Pengalaman Bermain Paintball

Bismillahirrahmanirrahim,
Alhamdulillah tiba juga di UIA setelah 4 hari berada di Arau dan Kangar Perlis,
mewakili atlet PKPIM bersama sahabat dalam sukan Paintball bersempena Pesta Sukan dan Kebudayaan 2014 Majlis Belia Negara Peringkat Kebangsaan.
Tidak pernah-pernah mencuba sukan ini, tiba-tiba sahaja jadi bidan terjun. Agak sedikit janggal ketika ia berlangsung. Manakan tidak, kebanyakan atlet yang hadir ketika itu didominasi oleh kaum lelaki. Hanya dalam 3, 4 orang perempuan sahaja yang ada. Mereka yang menyertainya kebanyakan sudah peringkat professional.

Sebanyak 6 pusingan game, 5 daripadanya kami kalah. Namun, pada game terakhir kami menang jua.

Saat yang paling ditakuti adalah saat ditembak oleh pihak lawan. Jujur saya katakan, bagi sesiapa yang tak pernah mencuba sukan Paintball ini lagi, dengan memegang senapang Marker yang berat bersama topeng Mask, akan merasa seolah-olah berada di medan perang. Kawan-kawan saya ada yang sampai tercedera. Saya ditembak di bahagian kepala. Rasa seperti peluru menusuk kepala ketika itu. Sudahlah pula tu, kami tak membawa sebarang peralatan perlindungan diri. Menakutkan.

Terfikir, bagaimana agaknya mereka yang berada di medan perang sebenar? Mudahkah mahu mati syahid itu?

Benarlah, jihad/mujahadah itu pahit, bukan semudah disangka.

Kita bukan tentera persis Sang Al Qasam, kita ini manusia biasa.
Dan jihad yang paling kecil itu adalah jihad melawan nafsu sendiri.


Sunday, November 16, 2014

Rehlah Di Sungai Kanching

Bismillahirrahmanirrahim,
Alhamdulillah, semalam berkesempatan ber-rehlah bersama rakan-rakan satu persilatan, Silat Cekak Ustaz Hanafi UIAM Gombak di Sungai Kanching, Kepong. Kalau diikutkan program ni dah ditangguhkan banyak kali. Tapi kali ni mereka nekad juga untuk buat.









So far puas. :-)




Thursday, October 30, 2014

Kita, Tutor dan Sombong

Bismillahirrahmanirrahim,
Minggu ini merupakan minggu yang agak sibuk. Banyak midterm exam, assignment, presentation, kelas tutorial dan kuiz diadakan sepanjang minggu ini. Memang kena banyak kejar masa.

Dipendekkan cerita, saya pergi ke kelas tutor jam 5 petang pada hari Selasa yang lalu. Basikal saya pula bocor pada waktu itu. Jadi saya kenalah berjalan kaki selama 20minit untuk pergi ke kelas. Apatah lagi sekarang tengah musim hujan di waktu petang. Jadi, saya terlewat beberapa minit.

Setibanya saya di hadapan pintu kelas sambil mengetuk-mengetuk pintu untuk masuk. Alangkah sedihnya, langsung tak diendahkan kehadiran saya ketika itu. Sedangkan sesi belajar pun tak dimulakan lagi. Kerusi pun banyak kosong. Saya tanya kawan dari sudut luar kelas, dia kata tutor tu tak kasi masuk.

Saya pulang dengan perasaan dan harapan yang sangat hampa. Kita datang tutor ni sebab nak tolong diri kita. Kita mahu perbaiki subjek itu. Tapi tutor itu sendiri sepertinya tak beri peluang. Tak kanlah terlewat beberapa minit sudah sebegitu? Bukan kita tak datang langsung!

Detik hati ketika itu, "Aku bersungguh-sungguh mengerah keringat berjalan jauh mendaki bukit KICT, naik ke tingkat tinggi kelas. Kesudahannya aku pulang macamtu sahaja."

Cuba bertimbang rasa sedikit, ada pelajar yang kelasnya sampai pukul 5 petang. Mahu solat Asar lagi. Sudah pastinya memerlukan sedikit masa untuk selesaikannya.  Sedangkan kuliah biasa bersama pensyarah pun tak macamtu. Bak kata orang, 'Kelas tutor je kot!'.

Ya, saya faham. Kalau kita sendiri yang jadi tutor, then kita lihat pelajar-pelajar ramai yang datang lewat, muka yang sama, sambil belajar sambil lewa dalam kelas. Sudah pastinya kita marah.

Kalau ditakdirkan suatu hari nanti saya jadi tutor ke, guru ke, pensyarah ke atau apa sahaja. Saya akan guna konsep 'Tegas tapi mesra'. Ya, kita jangan terlalu sombong.

Sebagai pelajar, kita harus hormat siapa pensyarah dan tutor kita. Cuma, rasanya kalau ada sebab-sebab yang tak dapat dielakkan, mereka pun rasanya ada budi bicara untuk pertimbangkannya. Ya, mereka pun jangan terlalu sombong.

Selepas ini, kita hargailah bila ada sesi tutor. Ambil peluang itu. 

Monday, October 27, 2014

Kisah di Surau LRT Gombak

Bismillahirrahmanirrahim,

Al-kisah, semalam pulang dari Masjid Jamek bersama seorang sahabat. Sebelum itu, sempat juga kami singgah di kedai roti dan membeli roti yang enak untuk dijadikan sebagai alas perut. 
Jam 4.30 petang, kami tiba di LRT Gombak, kawan mengajak makan roti tersebut di Surau LRT yang kecil itu. Seperti hari kebiasaan di sini, setiap petang pasti akan hujan. 

Kawan : "Lily, jom la kita makan roti sedap ni kat surau LRT".
Lily : "Eh tak mahulah. Surau tu kan kecik. Kita ni menyemak je nanti".
Kawan : "Jangan risau.  Orang akan ramai nak solat bila dah nak akhir-akhir waktu je"
Lily : "Erkkkk....eh? Macam betul jugak."

Mungkin satu pemerhatian yang rambang. Boleh jadi itulah realiti hari ini. Memang itu jugalah yang saya perhatikan sbelum-sebelum ini. Jika tiada halangan, kita segerakannlah solat itu. Satu renungan... :'(

Friday, October 24, 2014

Prejudis Terhadap Foreigner

Bismillahirrahmanirrahim,
Sejak masuk UIAM Gombak ni, saya didedahkan dengan ramai dan suasana bersama pelajar antarabangsa atau lebih dikenali sebagai 'Foreigner' (sebenarnya tak elok guna istilah ni, tapi suka hati saya lah).

Pengalaman bersama mereka sebelum ini, iaitu semasa tinggal satu bilik dan buat kerja satu group membuatkan sikap prejudis saya terhadap mereka semakin menjadi-jadi. Dengar-dengar cerita daripada kawan-kawan lagi lah bertambah racunnya. Setakat ini, hubungan bersama kawan-kawan yang dari negara jiran seperti Singapura dan Indonesia takde masalah. Mungkin wujud persamaan. Tapi ianya jadi sangat berbeza dengan negara lain khususnya Timur Tengah.

Kebiasaannya, kalau bab di bilik, foreigner ni banyak dikaitkan dengan isu kebersihan dan kebisingan. Manakala kalau bab buat kerja assignment atau projek, mereka ni ada yang tak nak beri komitmen, diam seribu bahasa.  Ada pula yang kononnya bersemangat nak buat kerja, tapi pengakhirannya buat kerja tahi-tahi ayam. Propa sahaja lebih. 

Pengalaman kawan saya sendiri, mereka buat kerja projek penting, tapi si foreigner sorang tu tak pernah nak sumbang apa-apa walaupun sudah disuruh. Yang dia buat hanyalah, duduk dan tekan slide semasa sesi pembentangan!

Itu membuatkan saya betul-betul 'allergic' nak buat kerja dengan foreigner ni.
====================================================
Al-kisah apa yang berlaku hari ini, semasa di kelas Project Management tadi, ramai betul classmate tak datang termasuklah semua groupmate saya kecuali seorang foriegner ni. Dia selalu juga tak datang kelas. Susah juga, kalau ada kuiz atau assignment, dia banyak tertinggal. Maka ditakdirkan hanya saya dan dia sahaja ada.

Cuma saya memang tak berkenan, dia suka duduk di sebelah saya. Bukan tak suka, cuma kadang-kadang foreigner ni ada 'bau' minyak wangi tersendiri. Setakat ni, hidung saya tak terpikat. Yang paling saya tak suka, dia ni selalu tak bawa pen dan kertas. Selalu pinjam saya punya. Kita ni kalau dah nama pun student, buatlah cara student life. Kita boleh meragam cantik-cantik datang kelas, tapi tak kanlah setakat bawak pen/kertas pun malas.

Aktiviti di kelas hari ini, pensyarah meminta kami buat case-tudy tentang isu yang berlaku dalam ekonomi dunia. Kami kena baca dan buat analisis berdasarkan artikel diberikan. Pening juga nak membaca dan analyze. Apatah lagi maklumat mengenai ekonomi. 

Macam-macam karenah juga si dia ni. Angin satu badan saya dibuatnya.  Dia nampak bersungguh-sugguh baca artikel tu. Then, dia tanya saya, "What do you understand about this articel?" Saya balas sambil buat muka takde selera, "I want to know your understanding first." bernada tegasSaje nak tengok reaksi dia. Mujur dia cuba beri keterangan. Cuma saya takdelah dapat pick up apa yang dia cakap sangat. Sebab foreigner ni kalau cakap, ayat dia tanpa henti dan slanga bahasa yang kurang difahami. 

Selepas itu, saya kongsikan apa yang saya faham. Kemudian saya banyak diamkan diri. Dia tanya macam-macam. Tapi saya buat muka takde mood. Biasalah perempuan. Hmm....mungkin ketika itu saya sudah mula rasa rimas dan tak suka malah menyampah. Persepsi prejudisku bertambah-tambah. Terdetik dalam hati, 'Eh apalah yang aku buat ni...tak baik buat orang lain macam tu'.

====================================================
Kebetulan pula masa tu, saya sempat scroll FB, terjumpa post video dari Maaruf Club tentang hubungan dan adab kita dengan foreigner ni. Hah....tersentap lah saya. 

Prinsip saya mudah sahaja, 'Kalau kita buat kat orang, orang akan buat kat kita'. Bila difikirkan semula, siapalah kita nak membenci mahluk Allah yang lain. Angkuh dan sombongnya diri ini. Setiap orang ada kelemahan dan kekurangannya termasuk saya sendiri. Mungkin saya sudah cop awal-awal semua foreigner sebegitu. 

Apa gunanya saya belajar di UIA berteraskan konsep Internationalization tanpa mengamalkannya. Nabi kita pun tak beza-bezakan manusia mengikut bangsa atau warna kulit. 

Selepas fikir-fikir, saya cuba ubah persepsi saya terhadap dia. Bukan semua foreigner sebegitu, yang bagus memang bagus. Yang hancur,memang hancur. Itulah fungsi kita, saling membantu dan melengkapi. Saya cuba selesakan diri dengan dia. Berbincang secara beradab tanpa ada prejudis. Alhamdulillah...case study itu akhirnya dapat penyelesaiannya, dan prejudis itu kurnag sedikit demi sedikit.InshaAllah. :-D

"Bukankah kecurigaan terbunuh bila kita bersapa"
-AI Usher-









Wednesday, October 22, 2014

Usrah Yang Hilang...

Bismillahirrahmanirrahim,

Di sekolah, aku join  usrah bersama BADAR sekolah.
Selepas SPM, aku join usrah bersama ABIM Johor.
Di UIA PJ, aku join usrah bersama IKRAM PJ.
Di UIA Gombak, aku join usrah Masjid SHAMS dan IKRAM.

Tapi, sejak sem lepas. Tiba-tiba aku rasa sunyi. Baru perasan, rupa-rupanya aku takde usrah yang biasanya dibuat setiap minggu. Aku tak tahu apa puncanya. Kakak usrah lamaku tu pun dia baru je graduate.

Aku tanya macam-macam badan kerohanian di UIA ni. Tapi diorang tak respon. Aku harap diorang tak taksub pada jemaah untuk memilih. Aku tahu aku ni insan lemah. Aku mencari, bukan aku tidak mencari! Sebab tu aku perlukan usrah. Usrah itu penting kot!

Saturday, October 18, 2014

GoKart! @ Stabaz 2014


Bismillahirrahmanirrahim,
Alhamdulillah, Rabu yang lepas berkesempatan bermain GoKart Stabaz 2014 di Convest Hill, UIAM. Sebenarnya tak rancang pun nak main. Cuma terfikir, bila lagi lah kan nak main benda ni.

Kebetulan pula, hari tu saya pergi kelas pakai seluar. Jadi, bolehlah nak main tanpa rasa ragu-ragu. Tambah lagi, saya yang belum ada lesen kereta ni, teringin juga nak merasa macamana lah agaknya bawak kereta ni. Orang di sekeliling pun tak ramai. Takdelah rasa malu sangat.

Harga yang dikenakan sebanyak RM15 untuk 5 pusingan. Nak lebih pusingan pun boleh. Cuma yang tak berapa best, litar dia tak berapa besar. Kurang puas. Masa saya pergi tu merupakan hari terakhir Stabaz ni. Penganjur ada bagi diskaun dengan harga RM10.

Sebelum giliran saya, ada seorang budak ni. Dia bawa GoKart ni sampai terlanggar semua tayar penghadang dan batu-batu di tepi tu. Agak mengerikanlah juga disebabkan dia tertekan minyak banyak sangat.

Mula-mula tu, saya bawa slow-slow dulu. Takut pada mulanya. Lepas ada orang lain potong, saya terus bawa laju-laju tak ingat dunia. Terbayang naik kereta F1.
GoKart ni memang kecil. Saya nak masuk dan duduk pun payah. Kaki tersangkut dekat besi kereta tu. Enjin dia betul-betul ada di belakang kerusi. Memang akan terasa panasnya. Steering dia pun agak berat. 
Kereta ni memang kena bawa laju-laju. Baru rasa seronok. Sejujurnya, saya memang takut kelajuan. 

Secara kesuluruhan, rasa puas. Yang penting ada pengalaman yang bermakna ketika bujang ni. Alhamdulillah...


Tuesday, October 14, 2014

Subjek & Cara Belajar

Bismillahirrahmanirrahim,
Post ini sebenarnya nak ambil mood study.


'Semakin kita belajar, semakin terasa kerdil'

Bila semakin naik semester, semakin naik level, maka kebiasaannya subjek yang kita belajar akan menjadi lebih sukar. Lagi-lagi sekarang saya berada di tahun ketiga.

Tapi saya sendiri kadang-kandang tu rasa pelik juga. Setakat ini, Alhamdulillah syukur. Result exam sem demi sem semakin baik. Padahal subjek semakin susah kot.

============================
Biasanya kalau kita di tahun pertama, bak kata orang 'Ala..Kacang je..'
Tapi bagi saya, kalau lihat dari segi prestasi agak 'kureng' dan biasa-biasa sahaja. Di tahun pertama itu jugalah saya pernah terkandas dalam satu subjek iaitu subjek akaun. Pertama kali gagal subjek selepas SPM. Remuk hati ketika itu. Semester seterusnya saya cuba lah 'move on'. Alhamdulillah, akhirnya lepas juga subjek yang menjadi igauan bagi pelajar-pelajar KICT di sini.

Selepas peristiwa 'gagal' itu, di awal-awal sem saya akan perbetulkan niat belajar. Dan setiap kali ada kuiz, exam dan sebagainya, saya akan letak 'mind setting' ke tahap optimum. Skor habis-habisan pada carry mark. Jadi, kalau waktu saya nak study, saya memang akan study bersungguh-sungguh. Sematkan rasa sayang pada pensyarah meskipun subjek itu kita tak berapa minat. 

Alhamdulillah...usaha terbalas. Allah hadiahkan saya Anugerah Dekan pada semester lepas. Rasa puas bila kita berpenat-lelah sebab untuk menuntut ilmu. Bukan senang tau nak survive. Orang lain semuanya hebat-hebat. 

Jujur saya katakan, sejak ambil degree ni saya jadi orang yang pemalas. Zaman sebelum tu (masa sekolah dan asasi), lepas subuh tak tidur, tapi akan study. Petang,maghrib,malam memang akan study meskipun masa tu rajin join macam-macam program.

Tapi bila masuk degree ni, mungkin diberikan kebebasan. Tu yang jadi kelaut.
                            ============================
Walaupun subjek semakin susah, tapi mungkin sebab pengalaman yang lepas-lepas serba banyak mengajar saya hari ini untuk perbaiki cara belajar. Itupun kalau kita benar-benar sedar dan mahu berganjak.
'For things to change, You must change first'
   ============================

OPERATING SYSTEM

WEB PROGRAMMING II

DATA STRUCTURE ALGORTIHM


Subjek-subjek untuk sem ini. Huh, mencabar. Ada rasa takut dan gentar. InshaAllah Lily boleh. Hidup mesti berani terima kenyatan.
Lily yang rajin...Rajin Online.
Jangan sia-siakan masa belajar sekarang. 
Zaman Universiti inilah zaman paling menyeronokkan. Bakal dirindui.


“Jikalau engkau lelah mengerjakan kebaikan, maka ingatlah rasa lelah itu akan segera menghilang, sedang kebajikan akan kekal dalam keabadian.” (Ali bin Abi Thalib).




Saturday, October 11, 2014

Sistem Koswer, Suatu Kerja Yang Tertangguh

Bismillahirrahmanirrahim,
Entahlah, sepanjang hari semalam dah berapa banyak cawan kopi saya habiskan.Memang sudah menjadi amalan hidup saya, jikalau sedang berasa  dalam keadaan stress dan tertekan, saya akan minum air kopi. Lagi-lagi White Coffee. Bila minum, akan rasa 'release'. Entah macam dadah dibuatnya.
Post ini sekadar mahu kongsikan 'kesedihan' hidupku dalam bidang multimedia baru-baru ini. Bak kata orang, kita kerja ni kenalah enjoy. 
Ye....disebalik kegembiraan, pasti akan ada terpalit kesedihan disebaliknya.

Projek Pembangunan Sistem Koswer. 
Projek bersama pelajar Master pendidikan UTHM. Merangkap juga guru sekolah lama saya. Bertemakan 'Sistem Multimedia dalam Pendidikan'. Suatu projek yang tertangguh. Atau lebih baik disebut 'The Extended Postponed Project'.

Bagi sesetengah pelajar IT, sistem koswer (courseware) adalah suatu sistem yang mudah. Kebanyakan sistem seperti ini dibangunkan menggunakan software Flash. Kacang.
Huh? Yeke? Cuba buat....

Seriously, saya hampir menangis bila sambung buat projek ni. Bayangkan, projek ini bermula sejak sekitar bulan Mei 2014, harini sudah masuk bulan Oktober. Maka bersamaan lebih kurang 5 bulan saya bertarung untuk menyiapkan benda ni.

Waktu hari Raya Aidilfitri yang lalu, saya cuma beraya 2 hari sahaja. Selebihnya saya menyiapkan projek ini. Sepatutnya projek ini sudah pun dihantar pada bulan september yang lalu. Tetapi selepas dikritik, kenalah extend buat penambahbaikan.

Tak dinafikan, penglibatan saya dalam projek ini serba serbi banyak mendedahkan saya tentang dunia pengajian Master dan bab-bab IT yang lain..

Walaupun dalam projek ini saya bertindak sebagai pembantu (Research Assistant) sahaja, Tetapi.....ambil pengajian Master bukanlah semudah yang disangka. Report Thesis, bagaikan Kamus Dewan.

Report....Pembentangan...VIVA...sudah banyak kali di-reject oleh supervisor. Setiap apa tindakan kita, perlu ada bukti dan alasan yang kukuh.


Bukan senang-senang je nak buat. Pengisian projek ini perlu bertepatan dengan dasar sistem Pendidikan Negara dan konsep Multimedia Global. Paling tak tahan wajib bertepatan dengan konsep Psikologi manusia. Tambah lagi, pengisian projek ini terlalu banyak.
Nah....benda IT tapi kena ada elemen psikologi yang utama. Dah macam ambil kos Psikologi je.

Misalnya, cara kita menyusun gambar dalam antaramuka, kenapa kita letak di bahagian itu? Kenapa bentuk dia begitu? Kenapa warna dia begitu? Mana bukti di situ lebih bagus? Siapa yang cakap?
Bla...bla....

Multimedia...suatu bidang yang agak cerewet.

Sudah mau masuk pertengahan semester, how can I manage myself very well? Sem ini bakal berhadapan dengan 6 projek. MENCABAR.
Kelemahanku, sukar membuat banyak kerja dalam satu masa. Saya bukan jenis multitasking.

Teringat petikan ketakutanku suatu ketika dahulu,
'Sebenarya Kelemahan Itulah Sumber Kekuatan'

Masalah bakal mematangkan kita.

May Allah ease my teacher and me :')

"It's like this.. No entity in this world can help you improve your life if you were to just sit and complain.. Heck.. Even the Divine mercy require prayers and lots of effort to earn.." -Bro Addam Rashidi






Sunday, October 5, 2014

Oh Web Programming!

Bismillahirrahmanirrahim,
InshaAllah hari ini hari submission assignment untuk subjek Web Programming II. Tapi saya tak buat apa pun lagi. Sebab nak kena study bagi faham dulu.

Hampir 2 sem tak amik subjek Programming. Totally lost dan lupa. Antara subjek programming C++, Java dan Web Programming I, saya lebih prefer C++ dan Web Programming I. 

Bila ambil subjek Web Programming II bagi sem ini, memang saya blurr  je dalam kelas. Lecutrer pun tak tunjuk sangat. Memang sem ini kena blajar inter-dependent. Tak boleh mengharapkan lecutrer sahaja. Bila tanya senior, Abang Kimi. Semakin seram pula bila dia kata subjek ni memang mencabar. Senior-senior lain pun cakap macamtu.



InshaAllah, sementara masih di awal sem ni, boleh lah saya maximize usaha. Semoga saya terus kuat dan boleh menghadapi cabaran ini. 


Wednesday, September 17, 2014

Sebenarnya Mudah

Bismillahirrahmanirrahim,
Sejak sem lepas, saya agak bersedih sedikit. Sebab sejak sem itu saya terpisah dengan kakak dan rakan-rakan seusrah yang lain. Terkontang-kanting hidup kalau takde usrah ni. Penting kot usrah ni. Yelah, siapa lagi nak mengingatkan diri kita bila berada di kampus ni.

Saya ada kenalan seorang senior sesama kuliyyah. Tapi akak tu dah grad dan sekarang dah kerja dah pun. Beza umur kami dalam 5-6tahun. Setakat ni, dia jelah yang banyak beri peringatan dan semangat buat saya. Malam tadi kami sempat bertemu dan berbual. Akak tu ada kongsikan sesuatu:

=========
Akak tu timbulkan satu persoalan, 'Sebenarnya, apa yang kita cari kat dunia ni?'

Macam akak tu kata, dia mencari kawan. Ada orang, dia cari ketenangan. Ada orang cari duit. Ada orang cari itu ini. Setiap orang ada tujuan hidup tersendiri. Pengakhirannya, semuanya kita akan berbalik semula pada tujuan asal kita dihidupkan jugak. 

=========
Soal cinta dan kahwin?
Kalau disebut dari segi umur, akak tu dah masuk fasa sesuai untuk berkahwin. Tapi dia masih lagi membujang. Kawan-kawan dia kebanyakan sudah pun berkahwin. Pastinya kita akan 'terasa'. 

Nak cari lelaki yang bagus-bagus pun, bukannya mudah sekarang ni. Kita tak naklah bercinta. Jadi macamna nak dapat jodoh kalau macamtu?

Akak tu ada tanya kawan-kawan dia(yang baik2) tentang ini. Sebenarnya, mudah je kita nak menjemput jodoh dan rezeki. Jawapannya ialah solat. Kita mohon diperluaskan rezeki. Dipercepatkan dan dipermudahkan mendapat jodoh yang baik. Dengan solat ni, inshaAllah akan permudahkan kita dipertemukan dengan orang yang baik-baik.

=========
Kat bilik saya ni, ada banyak buku-buku dan majalah ilmiah dan kerohanian. Seriously, dulu masa di CFS, hampir setiap hari saya baca majalah-majalah tu semua. Nak makan dan tidur pun saya baca.

Tapi sekarang...hmmm....
Saya banyak menghabiskan masa dengan membaca di internet. 

Tak sama membaca buku dan membaca di Internet. Apatah lagi kandungannya tak bertapis. Akak tu ada lah pesan, kita ni sebenarnya kena banyak membaca buku yang 'real', baru ada nampak auranya dan berkat di situ.

InshaAllah, semoga yang baik tu datangnya dari Allah...






Tuesday, September 16, 2014

Bilik & Mahallah Sem Ini

Bismillahirrahmanirrahim,
Alhamdulillah, untuk semester kali ini saya dapat bilik di tingkat 1. Sudah 2 tahun duduk di tingkat 4, iaitu paling atas sekali. Saya masih lagi duduk di Mahallah Asiah sejak tahun pertama. Kebanyakan penghuni di sini terdiri daripada kuliyyah ICT, Engineering, Human Science, dan Architecture.

Di UIA, mahallah (kolej keidaman/asrama) cuma ada 4 tingkat. Cuma Mahallah Sheikh Humaid, sebuah mahallah baharu yang ada 5-6 tingkat. 

Ruang belajar dan tidur.

Bilikku yang kemas.

Meja belajar & stick board.

Keluar je bilik, terus jumpa mesin basuh, sinki, tandas dan water cooler.


Ruang tamu. Bahagian luar agak bersepah sedikit.
Untuk pengetahuan, semakin 'tua' kita di UIA ini, semakin kurang tingkat bilik. Bilik di tingkat atas dikhususkan kepada adik-adik junior. Kalau ada kosong di tingkat bawah-bawah, bolehlah junior-junior masuk. Sistem bilik Mahallah di UIA ini, kita guna sistem booking. Ala-ala booking tiket flight. Boleh pilih bilik dan compartment yang kita mahu. Tapi biasalah, nak booking ni memang kena cepat sebelum disambar orang lain.

Yuran bagi Mahallah ialah RM420 + RM12.50 (kos elektrik) bagi setiap semester. Mahallah Asiah ni boleh dikategorikan Mahallah yang baharu lah juga sejak dia siap dibina pada tahun 2006.

Walaupun saya agak kecewa dengan kebanyakan admin-admin UIA ni, saya bersyukur masih ditempatkan dengan tempat tinggal yang selesa dan berkonsepkan privasi. Cuba bandingkan di universiti lain, ada yurannya mahal sangat. Berkongsi bilik yang ramai. Ada yang tak dapat kolej langsung, terpaksa tinggal di rumah sewa.  

Bersyukurlah...

Misi kita sekarang, adalah misiku kuza, manfaatkan peluang kemudahan sebaik-baiknya.










Friday, September 12, 2014

Semester Ke-5, Tahun Ketiga UIAM

Bismillahirrahmanirrahim,
Pejam celik, pejam celik. Rasa seperti baru masuk UIA. Rupa-rupanya sudah masuk tahun ketiga. Lagi 4 semester untuk dihadapi iaitu lebih kurang 2 tahun lagi. 
Kali ini bukan masa untuk bermain-main lagi. Sudah patut mula serius. Belajar dari pengalaman yang lepas. 
Semester yang sudah berlalu, saya sudah merasa zaman gemilang, menjadi aktif, menjadi pasif, berseronok bersama kawan-kawan, berseorang diri, dapat rezeki yang tak dijangkakan, zaman kurus gemuk, zaman senang susah, boros, kena saman, dapat keputusan cemerlang, dan pernah gagal dalam subjek. Dan macam-macam lagi. 

Ini semua rencah kehidupan. Apatah lagi itulah kehidupan seorang pelajar. Itulah pengalaman. Pengalaman sememangnya mematangkan hidup.

Tahun Pertama
Zaman 'Pengenalan'

Tahun Kedua
Zaman 'Kejahatan'&'Kejatuhan'

Tahun Ketiga
Zaman 'Kembali'

Tahun Keempat
Zaman 'Bekerja'

Cuma apa yang saya tidak tahu dan anda juga tidak tahu, apa yang akan berlaku dalam masa 2 tahun ini? Semoga Allah permudahkan urusan duniawi dan ukhrowi kita.

Ayuh Tajdid Niat!


Thursday, September 4, 2014

Kecewa : Jangan Suka Sangat

Bismillahirrahmanirrahim,
Tiba-tiba hati mula goyah. Tak tenteram. Jiwa kacau. Aku tak sure apa sebabnya. Atau sememangnya aku cuba menafikan sesuatu.

Frust. 
Perasaan seperti ini susah aku jumpa. Melainkan merajuk. 

Bila teringinkan sesuatu itu secara mendalam, dan kesudahannya kita tak dapat apa yang kita nak itu, kecewalah jawapannya.

Ayah aku selalu berpesan, 'jangan berlebih-lebihan dalam sesuatu'. Kakakku pun kata, 'jangan terlalu suka/happy pada permulaan'. Sebab ianya belum pasti.

Sama juga bab jodoh, kadang-kadang kita suka kan seseorang dan kita mengharapkan lebih. Sedangkan orang itu tak mahu kan kita. Jangan begitu. Allah kan sudah tetapkan siapa jodoh kita.
Aku tak nak kalah dengan perasaan seperti ini. Aku tak mahu perasaan ini menguasai diriku. Aku sepatutnya bersandarkan pada Tuhan. Semoga Dia tetapkan hati dan iman dalam diri.

Aku malu tulis benda-benda macam ni dalam blog. Aku tulis sebab aku nak 'lepaskan' nya. Biar terpahat dalam blog, bukan dalam hati. Tak kisahlah sape yang sudi nak baca.







Wednesday, August 27, 2014

Quotes: Forrest Gump

Bismillahirrahmanirrahim,
Filem-filem lakonan Tom Hanks sememangnya menjadi filem kegemaran saya untuk ditonton. Kebanyakan filem dia bertemakan 'kehidupan survival'. Bagi saya, filem ini sarat dengan intinya, tentang kehidupan, setia kawan, pengorbanan, kasih sayang, percintaan, kesedihan dan inspirasi. Memang patut filem ini dilabelkan sebagai filem yang cemerlang. 

Saya sendiri tak sangka, filem ini dibuat pada tahun 1994. Tapi penggunaan teknologi CGI dalam filem ini sangat baik. Seni gambar dia pun cantik je. Seperti biasa, filem yang sarat dengan elemen motivasi akan meninggalkan bekas di hati.

Forrest Gump ini ialah seorang lelaki yang lemah IQ-nya. Berbekalkan panduan dan didikan daripada ibunya, dia meneruskan kehidupannya seperti orang lain mengikut acuan tersendiri walaupun orang sekeliling melabelkan dirinya seorang yang bodoh.  Jangan disangka, sebodoh-bodoh dia pun banyak kelebihan dan kemuliaan dia berbanding dengan orang lain yang serba sempurna.
Antara quote yang saya suka ialah:

"Mak saya selalu kata, 'Hidup ini umpama sekotak coklat, kita tak akan tahu apa isi di dalamnya'"


"Percayalah, setiap hari-hari kita, pasti ada keajaiban"


"Kita perlu buat yang terbaik dengan apa yang Tuhan sudah beri pada kita"


"Mak, kenapa mak dah nak mati? Sebab ia sudah tiba masanya. Mati itu sebahagian daripada kehidupan"


"Kamu ni bodoh ke? Tak, orang bodoh je buat benda bodoh"


"Kenapa kita tak dapat banyak hasil? Sebab engkau kurang berdoa"


Semoga ada manfaatnya. Lepas ni nak tengok cerita Laskar Pelangi & Sang Pemimpi pulak. :-)

Friday, August 22, 2014

Mengharapkan Perubahan...

Bismillahirrahmanirrahim,
Baru seminggu berdiet. Alhamdulillah, sudah 4kg turun. Harap-harap, sebelum masuk sem baharu ni nanti dapat turunkan banyak sikit supaya nanti boleh jadi lebih aktif. Apa yang diperlukan sekarang ni, determination dan semangat perlu tinggi dan berterusan. :')
Semoga diizinkanNya.
Kenangan silam je ni. 
Target loss 10kg.

Thursday, August 14, 2014

[UPDATE] Projek Koswer

Bismillahirrahmanirrahim,
Saje nak tunjuk progression projek koswer untuk cikgu sekolah. Rasa nak release sikit. Kot-kot2 ada orang nak komen. Seriusly, susah nak buat benda ni. Pengisian dia terlalu banyak. Kena banyak bersabar.
Ini sebahagian sahaja. Banyak lagi nak kena buat. :-(