Post Terbaharu :

Showing posts with label Coretan. Show all posts
Showing posts with label Coretan. Show all posts

Sunday, May 31, 2015

Nama Blog Bertukar

Bismillahirrahmanirrahim,
Saya mula berjinak-jinak dalam dunia blog sejak tahun 2009 iaitu semasa zaman SPM. Masa tu nama blog saya "Lileez Studio-Insaniah Corner".

Lileez - nama samaran.
Studio - angan-angan ada studio seni/workspace sendiri.
Insaniah - peringatan yang kita ini seorang insan, manusia yang ada kelemahan.
Corner - suatu sudut.

Masa ini, saya banyak menulis sudut penulisan ke arah kerohanian.


Kemudian, pada awal tahun 2011, saya tukar ia kepada nama "Ketuk-Ketuk Hati". Saya saje guna istilah ketuk-ketuk untuk menampakkan ianya santai. Saya sedar hati kita ni 'mengada-ngada' yang perlu diketuk sedikit. 

Masa ini, saya banyak tulis pengisian secara ringkas. Ye lah, panjang berjela pun orang malas nak baca.

2 tahun kemudian, masih menggunakan nama blog yang sama. Penulisan nampak lebih panjang. Saya banyak kongsikan pengalaman hidup. Kadang-kadang mengenai coretan peribadi dan rohani. Saya catatkan supaya suatu masa bila saya baca semula, membuatkan saya berfikir semula dan tersenyum. 

Kini sudah tahun 2015, saya tukar ia kepada "Blog Lily Insani". Mungkin ia lebih mudah diingati dan sebagai 'easy recognizable'. Header blog akan tukar tak lama lagi. Selepas ini juga, saya akan fokus untuk membangunkan blog untuk hasil kerja seni dan design, sebagai rujukan portfolio saya.

Bila saya fikir semula, kenapa saya mahu ketuk hati ni? Sedangkan hati ini milik Allah? Layakkah? Hati ini sifatnya sedih. Kita bertanggungjawab nak menguruskannya. Dan...sampai bila mahu diketuk jika bukan kita sendiri yang mengubahnya sekarang jua?

Semoga terus istiqamah dalam dunia blog ini dan tidak jemu untuk kongsikan pengisian yang ada manfaatnya untuk orang lain...









Friday, May 15, 2015

Tragedi Last Class 14 Mei

Bismillahirrahmanirrahim,
Kalau di UIA, 13 Mei 2015 pastinya diingati kerana isu rampasan mikrofon Rafizi Ramli ketika berucap dalam Forum Gst. Lain pula kisah aku pada hari keesokkannya.

14 Mei merupakan hari sesi terkahir kuliah pada sem ini. Kelas terakhir semua pelajar semestinya gembira. Aku baru sahaja selesai buat pembentangan projek Animasi. Aku cadang nak raikan rasa penat lelah itu dengan pergi makan di KLCC bersama kawan. Release tension. Aku seronok sangat pada masa tu.

Namun....bila tiba di KLCC, ada satu peristiwa besar berlaku. Tak sampai 15 minit kami balik semula ke UIA dengan bermuka masam. Ada konflik berlaku antara aku dengan kawan rapat aku itu. Aku tak nak ceritakan apa yang berlaku. 

Cuma apa yang aku nak highlightkan:
Kita merancang, Allah menentukan. 
Manusia merancang dgn cita, Allah merancang dgn cinta.

Bila kita merancang sesuatu, jangan terlalu gembira.
Cukuplah bersederhana...

Minta maaf wahai sahabat....



Sunday, March 22, 2015

Kaki Kiri Lemah

Bismillahirrahmanirrahim,

Hari ini dalam sejarah, saya telah memandu kereta Kancil kat rumah ni buat julung-julung kalinya. Tadi ayah ajarkan cara memandu kereta. Patutnya, dari tahun lepas saya dah belajar memandu, tapi disebabkan ada hal yang tak dapat dielakkan, maka terpaksalah ditangguhkan buat sekian lamanya. 

Ikutkan perancangan hidup, memang saya nak amik lesen pada umur 22 tahun. Nak kurangkan fobia dulu2 yang pernah terlibat dengan kemalangan. 

Nasiblah kat belakang rumah ni ada tanah lapang. Boleh lah belajar dan cuba memandu kereta. Mula-mula tu agak pening juga bila ayah ajar macam-macam benda bila nak gerakkan kereta ni.

Ayah suruh saya tekan klac,brake dan minyak berkaki ayam. Sebab takut bila saya pakai kasut, tertekan semua pedal. Kereta banyak kali enjin termati. Sebabnya saya ada masalah nak tekan pedal. Kaki kiri khususnya.

Sejak kena leg dislocation, kaki kiri saya memang terasa lemah. Susah nak bergerak,menekan atau nak sepak. 

Risau jugak bila nak ambil test JPJ nanti. Apatah lagi kalau nak memandu di jalan raya. Nampaknya mungkin nanti kenalah ambil kereta auto. :-(





Sunday, March 15, 2015

Ujian SRP

Bismillahirahamanirrahim,
Alhamdulillah, pada 14 Mac 2015 semalam, saya bersama rakan-rakan sepersilatan Silat Cekak Ustaz Hanafi UIAM Gombak telah menduduki ujian Sijil Rendah Persilatan (SRP) di Akademi SCH dan syukur kami telah lulus dalam ujian ini.
SRP ni kira macam ujian PMR. Apa yang kita sudah belajar dalam silat cekak, kita apply dalam ujian ini. Boleh tahan dasyat. Dalam ujian ini ada ujian teori dan praktikal. Dalam ujian praktikal lah saat paling menakutkan. Kita menangkis serangan musuh. 

Pada awalnya, memang saya berat hati nak ambil ujian ini disebabkan tidak rasa begitu yakin. Orang yang hebat-hebat je boleh ambil. Bila kawan saya ajak, saya kata pada dia: 
"Alah....ujian SRP ni bukan boleh bawa ke kubur pun nanti".

Kami sempat berlatih silat selama 2 minggu hasil didikan dan bantuan Tuan Penyelia, Abang Husni yang tak jemu-jemu mencurahkan ilmu. 

Bila sudah berada di pentas ujian, perasaan takut itu membuak-buak. Bila sang musuh datang di hadapan kita, perasaan itu boleh diketepikan. Yang penting kita dapat menjatuhkan musuh, Perasaan takut boleh bertukar jadi berani. Sebenarnya, lemah itulah sumber kekuatan.

Bila diumumkan kami lulus,
"Memang silat ini tak bawa ke kubur, 
tapi boleh bawa ke restoran depan kubur"


Muka-muka lega selepas tamat bahagian masing-masing.
 
Awesome Team!




Terima kasih Abg Husni, pengajar yang setia, UIA Kuantan sponsor bas, Si Gendut yg byk tolong mengajar, Zahra suka mengajak, Kak Fika,Nina dan Amal yang spend masa utk berlatih dan sahabat2 yang lain. :-)








Wednesday, March 4, 2015

Berapa Harga Sebuah Pengalaman?

Bismillahirrahmanirrahim,
Masa balik dari kelas tadi, saya ada lalu dekat centre UIA. Nampak ada seorang brother bawa 2 buah pasu aiskrim pasu yang dibelinya di Dewan CAC. Memang nampak mengiurkan. Ada kawan bagitahu harga dia RM5 untuk sepasu. Ais krim pasu ni mula popular sejak awal tahun ini. 
Bila nampak tu rasa teringin juga nak ada pengalaman makan ais krim pasu. Tapi kalau diikutkan, ais krim pasu ni boleh je buat sendiri. Tak ada apa yang menarik melainkan dia letak ais krim tu dalam pasu plastik bersama cebisan biskut oreo. Sama juga masa pisang goreng cheese jadi viral dulu.

=======================================
Sebelum ini, saya ada prinsip 'Tak apa bayar mahal sikit untuk sebuah pengalaman' dan 'belum cuba belum tahu'.

Berbaloikah kita laburkan duit hanya untuk sebuah pengalaman? 

Contoh kalau kita pergi jalan-jalan, teringin nak masuk muzium, zoo atau taman tema itu ini di mana perlu membayar tiket masuk dengan harga yang mahal, apa kita rasa berbaloi?

Dulu, saya dengan kawan ada pergi ke Taman Tema Times Square (klik sini). Harga dia mahal RM45 macamtu. Masa tu saya berkobar-kobar, kononnya ini pengalaman beharga. Kami hanya sempat bermain satu game sahaja dan kami termuntah-muntah di situ akibat pening. Kesudahannya, kami beredar macamtu sahaja. Rasa duit itu hangus.

Bagi saya, kalau pengalaman itu tak mendatangkan manfaat, memang ia satu sia-sia. Pengalaman memang guru terbaik kita. Di situ kita boleh menilai melalui apa yang kita lalui sebelum itu. Bila ada bab melibatkan duit tu, kita perlu fikir dua tiga kali. Utamakan yang mana penting dulu. Kalau rasa benda tu sekadar trend, tak payah lah kot. Kurangkan budaya membazir.


Tuesday, February 17, 2015

Malam

Bismillahirrahmanirrahim,

Malam.
Dah macam tajuk buku-buku Fixi je tajuk post ini. Saje je nak catatkan rasa untuk sem ini.

Sem kali ini, aku mula luangkan masa di atas katil. Biasanya nak online, aku selalu duduk di kerusi. Agaknya dah tua. Mula rasa sakit. Tambah lagi sejak wifi UIA bertukar jadi IIUM-Student, kelajuan wifi semakin perlahan.
Kali ini aku jarang buka lampu bilik. Mengharap lampu koridor luar dan lampu court badminton depan bilik ini menerangi malamku. 

Radio dibuka, siaran yang boleh didengar cuma siaran radio Ikim.fm, Sinar.fm dan Nasional.fm. Nak dengar Era atau Hot.fm tak dapat, mungkin UIA tak kasi pelajar jadi lagha agaknya.

Bosan...

Mungkin patut malam-malam yang lapang dan sepi ini, aku patut luangkan masa dengan majlis-majlis ilmu ataupun aktiviti persatuan. Dan semakin malam menjelma itu,patut aku luang masa untuk tahajud padaNya...

Tak patut alu biarkan masa itu pergi begitu sahaja.




Thursday, February 12, 2015

Belajarlah Explore Sendiri

Bismillahirrahmanirrahim,

"Kak Lily, boleh tak ajarkan saya semua pasal Photoshop?"
"Kak Lily, boleh tak tolong buatkan maklumat macamni dalam Word?"
"Lily tolong burn kan CD ni. Tak retilah...."
"Lily....tolonglah.....bolehlah....."
"Lily tolong buatkan semua ni" - paling kurang ajar

Bla...bla...bla...

Pagi-pagi lagi saya sudah bengang. Ada seorang junior minta tolong tunjuk ajar berkaitan IT. Tak kurang pula tu, ada seseorang SMS minta saya ajarkan dan explain pada dia tentang photoshop. Saya ni dahlah banyak kredit hour untuk sem ini, 21.5 jam. Sudah pastinya agak sibuk sedikit dan banyak kekangan masa. Sudahlah ada yang tidak beretika pula tu, main sergah sahaja. 

Nak melayan seorang sahaja sudah makan banyak masa. Kasihanlah pada diri saya, tak kan nak suruh explain satu per satu. Apa yang saya sarankan pada dia 'just Google'. Tapi saya takdelah suruh dia google macamtu sahaja, saya sediakan 'keyword' atau website yang boleh diguna pakai.

Ada pula tu, ada yang suruh saya betul kan hardware komputer. Ditohmahnya "Tak kanlah belajar IT tak reti nak format laptop & betulkan skrin ni" 

Bila saya jelaskan kebanyakan kami pelajar IT di UIA ni belajar lebih tentang sistem perisian (software), bukan lebih kepada peralatan (hardware). Kalau macam bab-bab seperti format laptop tu, kena belajar sendiri atau masuk kursus teknikal. Budak bukan kos IT pun reti bab-bab seperti ini.
Kuliyyah ICT UIAM Gombak
Inilah senario yang selalu berlaku pada kebanyakan 'non-IT' terhadap 'IT person'. Saya bukanlah mahu berbangga dengan kos IT, saya juga dibesarkan bukan semasa arena IT sedang pesat. Saya belajar dari zero secara total. Kadang-kadang berguru, kadang sendiri sahaja. Saya lebih suka explore sendiri dahulu. Jika benar-benar tidak faham, barulah saya akan rujuk pada yang lebih pakar. Usahlah semuanya mahu dimakan suap. 

Pagi tadi ada kelas IT&Islam. Saya ajukan soalan kepada pensyarah, 
"Sir, before this I heard that if we want to seek knowledge 
we need to have a book and a teacher to learn. 
Is it okay if we just explore by ourselves 
like Goggling or just refer to Youtube to learn?"

Jawapan yang dibalas oleh pensyarah mengatakan ianya boleh cuma perlu dapatkan kesahihan oleh orang yang berilmu. Jangan mengharap Ulamak Google atau Lebai Youtube sahaja. 

Terfikir juga, sombong sangat ke saya ini? Cubalah saya jadi seperti mereka, pastinya terpompang-pompang kabur tentang IT.

Orang kata kos ICT ni kos bodoh-bodoh je. Boleh belajar sendiri? Semua ada dalam Google. Bodoh ye?   Kami sudah pernah menderita. Jujur, saya juga tak pandai mana dalam bab-bab IT. Bukan lokek ilmu, tapi apa yang saya ingin tekankan, cubalah dahulu walaupun dapatnya sedikit ATAU kata mudah, 'Belajar explore sendiri'. Paling tidak buat research sedikit.

Sekurang-kurangnya begini, "Assalamulaikum kak Lily, akak tengah sibuk ke? minta maaf kacau. Nak tanya sikit, kalau saya klik ni ada efek apa-apa tak sebab saya ada baca kat bla bla..." 

Bukan,"Kak, tolong ajar semua ni" =_= 

Botak kepala akak.

Wednesday, February 4, 2015

Suatu Pemberian

Bismillahirrahmanirrahim,
Sedang IPT lain masih lagi cuti semester, saya yang di UIA ni dah kena balik ke kampus. Berat hati nak balik. Kurangnya belajar di UIA ni memang akan cuti sedikit sahaja.

Baharu sahaja haritu saya post tentang 'Mintak duit kat Parents'. Dijadikan cerita, pada hari sabtu yang lalu, mak menghadiahkan saya sebiji Gaming Mouse, Powerlogic X-Craft Trek 1000.  Agak serba salah juga nak menerimanya disebabkan harganya yang agak mahal, sedangkan saya boleh cari lebih murah. Mak memang tahu saya ni kuat main game.

Dulu masa kecik-kecik, selalu lah juga dapat hadiah. Tapi bila dah besar ni, kuranglah sikit. Agaknya mak hadiahkan mouse sebab tak nak saya bersedih bila dah balik kampus. 

Saya tulis post ni sebab biar saya beringat pemberian mak ayah yang mengharapkan terbaik buat anak-anaknya. Ya, sentimental value itu biasanya ditafsirkan pada barangan. Tak kira apa atau rupa. Sebagai anak, kita cuba kurangkan sifat 'meminta-minta'. Terima kasih mak. :')

Review: gaming mouse ni boleh dikatakan selesa untuk dipegang. Warna LED dia menarik perhatian. Permukaan dia bergetah, memang sedap dipakai. Cuma bila tekan tu dia masih lagi berbunyi. Saya cadang nak cari yang soundless. Takdelah nak menggangu orang lain. Ini pemberian mak, guna je lah sebaik mungkin.



Saturday, January 24, 2015

Berat Susut

Bismillahirrahmanirrahim,
So far, alhamdulillah setakat ni berat badanku sudah mula susut 6kg dalam masa 1 minggu. Kira agak dasyat jugalah sebabnya kadang-kadang nak turun 1kg dalam masa seminggu pun belum pasti lagi. Setiap hari rasa badan lemah gemalai. Tapi saya percaya berat yang turun ini cumalah berat air.  Tapi, rasa selesa sikitlah bila nak solat atau buat kerja. Rasa ringan sikit.

Usah rasa terlalu riang dengan berat turun, kerana berat cuma nombor sahaja. Yang penting meta badan sihat dan fit serta ada inchloss.

Cuti di rumah sepatutnya semakin bertambah-tambah berat. Itu cuma mentaliti sahaja. Lain jadi pada diri saya. Entah apalah yang saya buat. Di rumah, saya banyak buat kerja-kerja rumah dan kurang selera makan. Mungkin di situlah penyebabnya. Minggu depan mula nak pergi jog. Hope istiqamah. 

Tahun 2015, tahun fit!

Wednesday, January 21, 2015

Barang Merepek

Bismillahirrahmanirrahim,

Kalau ikut perancangan asal, di waktu cuti ni saya nak main game puas-puas di rumah. Nak melepaskan rasa stress setelah menempuhi peperiksaan akhir semester.
Tapi bila balik rumah, saya tengok rumah agak bersepah. 

Dalam keluarga saya, yang paling rajin mengemas rumah cuma kakak yang sulung dan saya sendiri. Tapi kakak yang sulung baru je kahwin, dia tinggal di rumah suami dia. Maka tinggal saya seorang sahajalah yang kena mengemas rumah selain mak ayah. 

Saya kuburkan sahaja perancangan nak main game itu. Keutamaan bersama keluarga itu lebih utama. Saya nak rumah sentiasa kemas dan selesa didiami mereka. Cuma kadang-kadang tu rasa sedih dan merungut juga. Adik-beradik lain boleh bergoyang kaki,  sedangkan saya sibuk mengemas rumah keseorangan. Entah, kenapalah mereka tak terdetik rasa nak bantu bersama. 

Biasanya saya akan mulakan kemas ruang tamu, dapur, tandas dan akhir sekali di bilik tidur. Bila kemas-mengemas rumah ni, macam-macam benda saya jumpa. Majoriti ahli keluarga saya perempuan. Jadi, perempuan ni faham-faham sahajalah macam-macam barang dia ada. Sampah-sampah kertas zaman belajar tak dibuang. Botol-botol barang kecantikan dan kesihatan dibiarkan macamtu sahaja. Berguni-guni beg-beg tangan terdampar macamtu dan macam-macam lagi. 

Saya tafsirkan ini semua barang merepek! Menyemak sahaja. Pakai sekali, kemudian bila jumpa yang baru, yang lama dibiarkan begitu sahaja. Saya tak gemar sikap sebegini. Kalau kita beli sesuatu barang itu, guna se-optimum mungkin. Jangan sekadar pakai buang sahaja. Lagi satu, bila sudah habis digunakan, bukalah tong sampah dan buang. Barang-barang lama yang memang tak akan diguna lagi, buanglah. Kalau saya, misi saya mengemas adalah mengurangkan sistem pepejal di rumah.

Bagi saya, kita ni sebagai anak, kita cuma menumpang. Menumpang rumah mak ayah untuk berteduh. Apalah salahnya tolong bantu-membantu mengemas rumah. Jangan harapkan seseorang sahaja. Tak kira dia anak lelaki atau perempuan. Kat luar pandai bercinta dengan pakwe, tapi bila suruh uruskan hal remeh temeh di rumah pun gagal. Ada hati nak kahwin. Failed!





Tuesday, January 13, 2015

Not very good ending...

Bismillahirrahmanirrahim,
Alhamdulillah, paper exam dah berakhir pada hari Sabtu yang lalu. Bila dah habis exam ni biasanya orang rasa merdeka. Tapi apa yang dirasakan kali ini bukanlah suatu 'happy ending'. Exam kali ini yang dirasakan hampir semua paper tak dapat jawab dengan baik. Padahal carry mark semua subjek dah cantik.

Saya kongsikan pengalaman exam kali ini bersama kakak saya yang belajar di UM. Dia pun ada exam sama dengan saya.

"Kak, exam kali ni rasa macam 'not happy ending' la. Rasa kali ini macam tough sangat. Semua paper rasa xboleh jawab".

Dia membalas,
"Lily ada rasa tak sikap Lily berubah atau apa-apa yang rasa lain sem ni?"

Deep persoalan dia itu. 

Muhasabah balik. Bersangka baik dengan Tuhan.
Sambungan: (Result Exam & Istidraj)



Thursday, January 1, 2015

Kisah Kotak Pensel Hilang dan 7 Batang Pensel Kayu

Bismillahirrahmanirrahim,

2 minggu lepas, saya ada kehilangan kotak pensel di KICT.Kotak pensel itu amat bernilai buat saya apatah lagi banyak nilai nostalgia sejak ianya digunakan dari zaman PMR hingga degree hari ini. 
Sudah menjadi tabiat, saya jenis study yang perlu ada sekurang2nya pensel mekanikal dan pembaris. Memang agak sedikit stress kalau xde dua benda ini. 

Suatu hari tu, saya pulang ke rumah dek terlalu tertekan dengan lambakan assignment, project, report dan presentation.Ketika di rumah, ayah nampak saya kelihatan terlalu tertekan. Apatah lg sy sedang kehilangan kotak pensel yg bermakna itu. Saya pinjam alatan tulis drpd adik.Nak belajar pun rasa x sama dgn alatan tulis sendiri.

Ayah menyapa, "Ly, kenapa macam stress sangat?"

Saya membalas, "Rasa stress lah yah...ly banyak tugasan...pastu kotak pensel pun hilang. Susah nk buat kerja...  "

Tanpa banyak soal, ayah terus mencari sesuatu dicelah-celah gerobok(almari). Ayah terus hulurkan lebih kurang 6-8 batang pensel kayu kepadaku sambil berkata, "Nah ly....jangan stress2".


=========================================

Nak menangis ketika itu walaupun saya x prefer guna pensel kayu. Maklumlah sekarang ni standard pakai pensel mekanikal. Tpi bila ayah bagi ketika itu, terasa ianya sangat bermkna. Ayah cuba meredakan tekanan anaknya.

Saya terfikir,
Kadang, ada mak ayah tunjukkan kasih sayangnya dengan hadiahkan sesuatu material yang best seperti gadget2.

Kadang, ada mak ayah tunjukkan kasih sayangnya dengan hadiahkan percutian yang menarik.

Kadang, ada mak ayah tunjukkan kasih sayangnya dengan hadiahkan itu ini.

Ikutkan hati memang cemburu. Tapi kita ni lupa, kehadiran ibu bapa itu lah sebenarnya hadiah cukup terindah buat kita. Belajarlah benda2 yang basic dan simple yg ada di sekeliling kita. Alhamdulillah, kotak pensel sy sudah ditemui.

Terima Kasih mak ayah. :')



HCI Day

Bismillahirrahmanirrahim,
Sekarang memang  tengah minggu perang penilaian poster di beberapa Kuliyyah. Biasanya Kuliyyah Engineering dan Kuliyyah ICT yang ada sesi ini sebab mereka ada subjek Final Year Project (FYP).

Saya teringat lagi semasa di awal bulan Disember iaitu pada 8 Disember lalu, saya baharu sahaja melepasi sesi pembentangan dan penilaian Poster Projek HCI di KICT HCI Day. Dalam sesi ini, memang seakan-akan FYP dan ini merupakan kali pertama saya buat sesi pembentangan poster. Kebiasaannya, bila ada projek kita cuma perlu bentangkan di dalam kelas.

HCI atau nama sebenarnya Human Computer Interaction merupakan subjek yang saya ambil dalam sem ini. Pada awalnya saya memang agak kurang faham dengan subjek ini. Tapi lama-kelamaan faham la juga. HCI ini lebih kurang subjek multimedia tapi perlu dikaitkan dengan elemen psikologi dan sosiologi. Agak 'strict' berbanding multimedia. Dalam apa-apa reka bentuk perlu menepati citarasa dan tindak balas manusia. 

==========================================

Projek yang kami bentangkan adalah mengenai 'Baby Walker'. Tema projek kali ini memang fokus untuk golongan kanak-kanak. Kawan saya yang mencadangkan untuk buat walker ni. Saya sebenarnya tak berapa nak setuju sebabnya perlu memikirkan samada ia relevan atau tidak untuk dibentangkan dan ada atau tidak pembaharuan yang boleh dibuat pada walker ini. Sedangkan ada pilihan lain yang boleh kami buat iaitu buat game dan aplikasi yang mana lebih mudah untuk disediakan.

Saya setujukan sahaja cadangan ini memandangkan saya tak berapa arif tentang dunia kanak-kanak. Jadi, kami hantar 'kertas proposal' dahulu. 

Baby walker hari ini kurang sekuriti dan pembelajaran asas kehidupan. Jadi kami menambah aspek keselamatan dengan menyediakn remote control dan sensor untuk mengawal walker ini. Selain itu juga, kami membuat penambahbaikkan pada dashboard walker ini dengan menyediakn butang bunyi-bunyi binatang dan zikir. Secara rasional, kami tidak buat game atau aplikasi sebab tak kanlah budak-budak kecik kita nak dedahkan dengan teknologi terutama yang ada radiasi tinggi!

Kami menamakan projek kami sebagai 'D-Walker' (Dynamic Walker).

Selang beberapa hari, lecturer dah 'approve' kami punya proposal. Madam cuma komen 'Ok, proceed'. Sedangkan tengok komen orang lain, 'Well done', 'Excellent! Proceed'. Luluh semangat saya ketika itu. Saya agak risau sebab tak tahu nak buat prototaip yang menjurus pada fizikal. Kiranya, dalam banyak-banyak grup, cuma grup kami yang buat benda fizikal. Grup lain kebanyakan buat game.

==========================================

Ada beberapa fasa dalam penghasilan projek HCI ini, mula-mula kena buat proposal, kemudian PACT analysis, Pictive-LowFi Prototype dan akhir sekali Prototype & Project Poster yang dibentangkan semasa HCI Day.
Pictive Day.
Pictive ni kiranya buat low prototype menggunakan barang-barang
seperti kertas kotak,pen dan sebagainya
Lakaran yang saya buat untuk dihasilkan.
Barang-barang untuk menghasilkan prototaip penuh.
Suasana menyiapkan projek, kami buat di bilik UG KICT.
Hasil menyiapkan prototaip. Buat dari pukul 11pagi hingga 5 petang.
Proses menyiapkan poster menggunakan template yang sudah ditetapkan. Saiz A3.
Penghasilan 'Walk Thru System' menggunakan Flash. Sistem ini sebagai penujuk interaksi bagaimana projek kami itu berfungsi. Kalau jadi student engine, mesti kena buat litar terus dan sistem penuh.
HCI Day. Agak rumit juga semasa sesi penilaian. Macam-macam soalan diajukan oleh penilai.
Ada juga soalan maut. Nasiblah masa tu saya ingat semua ayat madam dalam kelas. 
Waktu petang itu, ada pengumuman pemenang projek. .

Syukur Alhamdulillah..Projek kami, 'D-Walker' ini mendapat tempat PERTAMA dalam kelas section 1 dan juga dinobatkan sebagai pemenang KESELURUHAN dalam Pertandingan Projek HCI Day, KICT. 

Tak tahu pun projek ini dipertandingkan. Apa yg diketahui cuma ianya sebagai carry mark utk final exam. 

Walaupun rasa getir, saat2 melihat projek grup lain membuat pelbagai aplikasi yang menarik dan hebat, sedangkan grup kami cuma buat replika. HCI bukan semudah disangka. Suatu reka bentuk perlu integrasikan 'physical design', 'cognitive design' & 'spiritual design', dan pelbagai aspek lain.

Terima kasih buat rakan2 grup, Fadh,Cla dan Sarah atas sumbangan dan jasa diberikan. Masing2 walaupun sibuk, ada yang jadi SRC(MPP UIA), ada yang jadi Programme Manager, ada yang banyak kelas dan ada yg sibuk nk habiskan game, masing2 sudah beri komitmen yg terbaik buat projek ini.

Haaza fadhli min rabbi
 


'D-Walker'















Saturday, December 20, 2014

Usrah Farewell

Bismillahirrahmanirrahim,
Biasanya kalau di penghujung sem, mesti akan ada yang nak buat gathering, reunion, jamuan, dinner dan makan-makan. Saya memang agak jarang nak join mana-mana jamuan sebabnya tak nak terlalu berseronok. Tambah lagi tengah diet dan nak berjimat cermat.

Cuma, malam semalam, rakan-rakan usrah ada nak buat 'potluck' sempena minggu terakhir halaqah untuk sem ini. Masing-masing bawa makanan sendiri untuk makan bersama. Paling sedap si Bahiyah bawa bihun goreng sedap dan si Syahirah bawah lasgna paling enak di dunia.

Dalam usrah ini, memang kita berseronok dan bahagia dapat makan sedap-sedap, dan dapat bergambar sakan, tapi kewajipan saling mengingatkan tentang akhirat dan masalah umat tidak dilupakan. Sebab itu saya lebih suka jamuan 'underground' seperti ini. Biarlah bersederhana tapi penuh dengan pengisian diri. Alhamdulillah.

Teringat satu pesan daripada seorang Madam daripada IKRAM semasa Tanzim IKRAM PJ di CFS suatu ketika dahulu,

"Sesibuk mana pun kita, janganlah tinggalkan usrah"

Ya betul. Bila kita dah berjauhan dengan keluarga ni, siapalah yang nak saling mengingatkan kita? Sebab itu kena join usrah. Lagi-lagi UIA ini penuh dengan lubuk usrah. Agak sayang kalau kita sia-siakan. Paling penting, segala pengisian itu dapat diamalkan dan istiqamah.

Terima kasih Acu, Shifa, Lily, Syahirah, Aleeya, Atikah, Farhanah dan Bahiyah. Ukhuwah Fillah! :')

Monday, November 24, 2014

Pengalaman Bermain Paintball

Bismillahirrahmanirrahim,
Alhamdulillah tiba juga di UIA setelah 4 hari berada di Arau dan Kangar Perlis,
mewakili atlet PKPIM bersama sahabat dalam sukan Paintball bersempena Pesta Sukan dan Kebudayaan 2014 Majlis Belia Negara Peringkat Kebangsaan.
Tidak pernah-pernah mencuba sukan ini, tiba-tiba sahaja jadi bidan terjun. Agak sedikit janggal ketika ia berlangsung. Manakan tidak, kebanyakan atlet yang hadir ketika itu didominasi oleh kaum lelaki. Hanya dalam 3, 4 orang perempuan sahaja yang ada. Mereka yang menyertainya kebanyakan sudah peringkat professional.

Sebanyak 6 pusingan game, 5 daripadanya kami kalah. Namun, pada game terakhir kami menang jua.

Saat yang paling ditakuti adalah saat ditembak oleh pihak lawan. Jujur saya katakan, bagi sesiapa yang tak pernah mencuba sukan Paintball ini lagi, dengan memegang senapang Marker yang berat bersama topeng Mask, akan merasa seolah-olah berada di medan perang. Kawan-kawan saya ada yang sampai tercedera. Saya ditembak di bahagian kepala. Rasa seperti peluru menusuk kepala ketika itu. Sudahlah pula tu, kami tak membawa sebarang peralatan perlindungan diri. Menakutkan.

Terfikir, bagaimana agaknya mereka yang berada di medan perang sebenar? Mudahkah mahu mati syahid itu?

Benarlah, jihad/mujahadah itu pahit, bukan semudah disangka.

Kita bukan tentera persis Sang Al Qasam, kita ini manusia biasa.
Dan jihad yang paling kecil itu adalah jihad melawan nafsu sendiri.


Thursday, October 30, 2014

Kita, Tutor dan Sombong

Bismillahirrahmanirrahim,
Minggu ini merupakan minggu yang agak sibuk. Banyak midterm exam, assignment, presentation, kelas tutorial dan kuiz diadakan sepanjang minggu ini. Memang kena banyak kejar masa.

Dipendekkan cerita, saya pergi ke kelas tutor jam 5 petang pada hari Selasa yang lalu. Basikal saya pula bocor pada waktu itu. Jadi saya kenalah berjalan kaki selama 20minit untuk pergi ke kelas. Apatah lagi sekarang tengah musim hujan di waktu petang. Jadi, saya terlewat beberapa minit.

Setibanya saya di hadapan pintu kelas sambil mengetuk-mengetuk pintu untuk masuk. Alangkah sedihnya, langsung tak diendahkan kehadiran saya ketika itu. Sedangkan sesi belajar pun tak dimulakan lagi. Kerusi pun banyak kosong. Saya tanya kawan dari sudut luar kelas, dia kata tutor tu tak kasi masuk.

Saya pulang dengan perasaan dan harapan yang sangat hampa. Kita datang tutor ni sebab nak tolong diri kita. Kita mahu perbaiki subjek itu. Tapi tutor itu sendiri sepertinya tak beri peluang. Tak kanlah terlewat beberapa minit sudah sebegitu? Bukan kita tak datang langsung!

Detik hati ketika itu, "Aku bersungguh-sungguh mengerah keringat berjalan jauh mendaki bukit KICT, naik ke tingkat tinggi kelas. Kesudahannya aku pulang macamtu sahaja."

Cuba bertimbang rasa sedikit, ada pelajar yang kelasnya sampai pukul 5 petang. Mahu solat Asar lagi. Sudah pastinya memerlukan sedikit masa untuk selesaikannya.  Sedangkan kuliah biasa bersama pensyarah pun tak macamtu. Bak kata orang, 'Kelas tutor je kot!'.

Ya, saya faham. Kalau kita sendiri yang jadi tutor, then kita lihat pelajar-pelajar ramai yang datang lewat, muka yang sama, sambil belajar sambil lewa dalam kelas. Sudah pastinya kita marah.

Kalau ditakdirkan suatu hari nanti saya jadi tutor ke, guru ke, pensyarah ke atau apa sahaja. Saya akan guna konsep 'Tegas tapi mesra'. Ya, kita jangan terlalu sombong.

Sebagai pelajar, kita harus hormat siapa pensyarah dan tutor kita. Cuma, rasanya kalau ada sebab-sebab yang tak dapat dielakkan, mereka pun rasanya ada budi bicara untuk pertimbangkannya. Ya, mereka pun jangan terlalu sombong.

Selepas ini, kita hargailah bila ada sesi tutor. Ambil peluang itu. 

Monday, October 27, 2014

Kisah di Surau LRT Gombak

Bismillahirrahmanirrahim,

Al-kisah, semalam pulang dari Masjid Jamek bersama seorang sahabat. Sebelum itu, sempat juga kami singgah di kedai roti dan membeli roti yang enak untuk dijadikan sebagai alas perut. 
Jam 4.30 petang, kami tiba di LRT Gombak, kawan mengajak makan roti tersebut di Surau LRT yang kecil itu. Seperti hari kebiasaan di sini, setiap petang pasti akan hujan. 

Kawan : "Lily, jom la kita makan roti sedap ni kat surau LRT".
Lily : "Eh tak mahulah. Surau tu kan kecik. Kita ni menyemak je nanti".
Kawan : "Jangan risau.  Orang akan ramai nak solat bila dah nak akhir-akhir waktu je"
Lily : "Erkkkk....eh? Macam betul jugak."

Mungkin satu pemerhatian yang rambang. Boleh jadi itulah realiti hari ini. Memang itu jugalah yang saya perhatikan sbelum-sebelum ini. Jika tiada halangan, kita segerakannlah solat itu. Satu renungan... :'(

Friday, October 24, 2014

Prejudis Terhadap Foreigner

Bismillahirrahmanirrahim,
Sejak masuk UIAM Gombak ni, saya didedahkan dengan ramai dan suasana bersama pelajar antarabangsa atau lebih dikenali sebagai 'Foreigner' (sebenarnya tak elok guna istilah ni, tapi suka hati saya lah).

Pengalaman bersama mereka sebelum ini, iaitu semasa tinggal satu bilik dan buat kerja satu group membuatkan sikap prejudis saya terhadap mereka semakin menjadi-jadi. Dengar-dengar cerita daripada kawan-kawan lagi lah bertambah racunnya. Setakat ini, hubungan bersama kawan-kawan yang dari negara jiran seperti Singapura dan Indonesia takde masalah. Mungkin wujud persamaan. Tapi ianya jadi sangat berbeza dengan negara lain khususnya Timur Tengah.

Kebiasaannya, kalau bab di bilik, foreigner ni banyak dikaitkan dengan isu kebersihan dan kebisingan. Manakala kalau bab buat kerja assignment atau projek, mereka ni ada yang tak nak beri komitmen, diam seribu bahasa.  Ada pula yang kononnya bersemangat nak buat kerja, tapi pengakhirannya buat kerja tahi-tahi ayam. Propa sahaja lebih. 

Pengalaman kawan saya sendiri, mereka buat kerja projek penting, tapi si foreigner sorang tu tak pernah nak sumbang apa-apa walaupun sudah disuruh. Yang dia buat hanyalah, duduk dan tekan slide semasa sesi pembentangan!

Itu membuatkan saya betul-betul 'allergic' nak buat kerja dengan foreigner ni.
====================================================
Al-kisah apa yang berlaku hari ini, semasa di kelas Project Management tadi, ramai betul classmate tak datang termasuklah semua groupmate saya kecuali seorang foriegner ni. Dia selalu juga tak datang kelas. Susah juga, kalau ada kuiz atau assignment, dia banyak tertinggal. Maka ditakdirkan hanya saya dan dia sahaja ada.

Cuma saya memang tak berkenan, dia suka duduk di sebelah saya. Bukan tak suka, cuma kadang-kadang foreigner ni ada 'bau' minyak wangi tersendiri. Setakat ni, hidung saya tak terpikat. Yang paling saya tak suka, dia ni selalu tak bawa pen dan kertas. Selalu pinjam saya punya. Kita ni kalau dah nama pun student, buatlah cara student life. Kita boleh meragam cantik-cantik datang kelas, tapi tak kanlah setakat bawak pen/kertas pun malas.

Aktiviti di kelas hari ini, pensyarah meminta kami buat case-tudy tentang isu yang berlaku dalam ekonomi dunia. Kami kena baca dan buat analisis berdasarkan artikel diberikan. Pening juga nak membaca dan analyze. Apatah lagi maklumat mengenai ekonomi. 

Macam-macam karenah juga si dia ni. Angin satu badan saya dibuatnya.  Dia nampak bersungguh-sugguh baca artikel tu. Then, dia tanya saya, "What do you understand about this articel?" Saya balas sambil buat muka takde selera, "I want to know your understanding first." bernada tegasSaje nak tengok reaksi dia. Mujur dia cuba beri keterangan. Cuma saya takdelah dapat pick up apa yang dia cakap sangat. Sebab foreigner ni kalau cakap, ayat dia tanpa henti dan slanga bahasa yang kurang difahami. 

Selepas itu, saya kongsikan apa yang saya faham. Kemudian saya banyak diamkan diri. Dia tanya macam-macam. Tapi saya buat muka takde mood. Biasalah perempuan. Hmm....mungkin ketika itu saya sudah mula rasa rimas dan tak suka malah menyampah. Persepsi prejudisku bertambah-tambah. Terdetik dalam hati, 'Eh apalah yang aku buat ni...tak baik buat orang lain macam tu'.

====================================================
Kebetulan pula masa tu, saya sempat scroll FB, terjumpa post video dari Maaruf Club tentang hubungan dan adab kita dengan foreigner ni. Hah....tersentap lah saya. 

Prinsip saya mudah sahaja, 'Kalau kita buat kat orang, orang akan buat kat kita'. Bila difikirkan semula, siapalah kita nak membenci mahluk Allah yang lain. Angkuh dan sombongnya diri ini. Setiap orang ada kelemahan dan kekurangannya termasuk saya sendiri. Mungkin saya sudah cop awal-awal semua foreigner sebegitu. 

Apa gunanya saya belajar di UIA berteraskan konsep Internationalization tanpa mengamalkannya. Nabi kita pun tak beza-bezakan manusia mengikut bangsa atau warna kulit. 

Selepas fikir-fikir, saya cuba ubah persepsi saya terhadap dia. Bukan semua foreigner sebegitu, yang bagus memang bagus. Yang hancur,memang hancur. Itulah fungsi kita, saling membantu dan melengkapi. Saya cuba selesakan diri dengan dia. Berbincang secara beradab tanpa ada prejudis. Alhamdulillah...case study itu akhirnya dapat penyelesaiannya, dan prejudis itu kurnag sedikit demi sedikit.InshaAllah. :-D

"Bukankah kecurigaan terbunuh bila kita bersapa"
-AI Usher-









Wednesday, October 22, 2014

Usrah Yang Hilang...

Bismillahirrahmanirrahim,

Di sekolah, aku join  usrah bersama BADAR sekolah.
Selepas SPM, aku join usrah bersama ABIM Johor.
Di UIA PJ, aku join usrah bersama IKRAM PJ.
Di UIA Gombak, aku join usrah Masjid SHAMS dan IKRAM.

Tapi, sejak sem lepas. Tiba-tiba aku rasa sunyi. Baru perasan, rupa-rupanya aku takde usrah yang biasanya dibuat setiap minggu. Aku tak tahu apa puncanya. Kakak usrah lamaku tu pun dia baru je graduate.

Aku tanya macam-macam badan kerohanian di UIA ni. Tapi diorang tak respon. Aku harap diorang tak taksub pada jemaah untuk memilih. Aku tahu aku ni insan lemah. Aku mencari, bukan aku tidak mencari! Sebab tu aku perlukan usrah. Usrah itu penting kot!

Saturday, October 18, 2014

GoKart! @ Stabaz 2014


Bismillahirrahmanirrahim,
Alhamdulillah, Rabu yang lepas berkesempatan bermain GoKart Stabaz 2014 di Convest Hill, UIAM. Sebenarnya tak rancang pun nak main. Cuma terfikir, bila lagi lah kan nak main benda ni.

Kebetulan pula, hari tu saya pergi kelas pakai seluar. Jadi, bolehlah nak main tanpa rasa ragu-ragu. Tambah lagi, saya yang belum ada lesen kereta ni, teringin juga nak merasa macamana lah agaknya bawak kereta ni. Orang di sekeliling pun tak ramai. Takdelah rasa malu sangat.

Harga yang dikenakan sebanyak RM15 untuk 5 pusingan. Nak lebih pusingan pun boleh. Cuma yang tak berapa best, litar dia tak berapa besar. Kurang puas. Masa saya pergi tu merupakan hari terakhir Stabaz ni. Penganjur ada bagi diskaun dengan harga RM10.

Sebelum giliran saya, ada seorang budak ni. Dia bawa GoKart ni sampai terlanggar semua tayar penghadang dan batu-batu di tepi tu. Agak mengerikanlah juga disebabkan dia tertekan minyak banyak sangat.

Mula-mula tu, saya bawa slow-slow dulu. Takut pada mulanya. Lepas ada orang lain potong, saya terus bawa laju-laju tak ingat dunia. Terbayang naik kereta F1.
GoKart ni memang kecil. Saya nak masuk dan duduk pun payah. Kaki tersangkut dekat besi kereta tu. Enjin dia betul-betul ada di belakang kerusi. Memang akan terasa panasnya. Steering dia pun agak berat. 
Kereta ni memang kena bawa laju-laju. Baru rasa seronok. Sejujurnya, saya memang takut kelajuan. 

Secara kesuluruhan, rasa puas. Yang penting ada pengalaman yang bermakna ketika bujang ni. Alhamdulillah...